Tuesday 4 August 2015

BINTANG MEDIA SOSIAL!!!




KUALA LUMPUR: Sikap bersahaja yang ditunjuk ahli keluarga kerabat Diraja Johor khususnya menerusi laman sosial sering menarik perhatian rakyat jelata termasuk ada ketika ia mencuit hati ramai pengguna media sosial.

Terbaharu, anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan adindanya, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil dilihat mengejutkan pengguna media sosial apabila mereka saling berbalas ‘serangan’ antara satu sama lain.

Menerusi laman sosial Instagram Tunku Jalil lebih kurang 10 jam lalu, baginda meluahkan perasaan puas hati setelah berjaya ‘membalas dendam’ terhadap Tunku Aminah.

Dalam sesi serangan balas itu, Tunku Jalil memuat naik satu klip video memaparkan aksi lucu Tunku Aminah sedang membunuh lebah, sebelum kakandanya itu menjerit ketakutan.

“Sebab dia upload video saya menjerit kena cabut bulu kaki, ini balasannya.

“Pertama kali tengok orang cuba bunoh lebah dalam plastic bag,” tulis Tunku Jalil yang mana sehingga kini video tersebut disukai lebih 5,000 pengikutnya.

Difahamkan ‘pergaduhan’ antara dua beradik ini bermula apabila Tunku Jalil beberapa hari lalu secara tidak sengaja dilihat bertindak mewarna seekor kucing yang dipercayai milik kakandanya, Tunku Aminah dengan warna biru.

Susulan itu, Tunku Aminah menerusi entrinya, tunku_tun_aminah kelmarin membalas kembali perbuatan Tunku Jalil dengan memuat naik video yang menunjukkan adindanya sedang menjerit kesakitan ketika dicabut bulu kaki.

“U paint my cat blue. Revenge is sweet,” tulis Tunku Aminah.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan ia sangat kelakar. 

mD

No comments: