Thursday, 27 August 2015

BUKA PEKUNG ORANG AKHIRNYA TERBUKA PEKUNG SENDIRI !!!








Mereka kata orang UMNO mereka-reka cerita fitnah pasal DEIG kononnya untuk menutup cerita pasal 1MDB dan duit derma RM2.6 billion.


Tetapi ternyata cerita penyelewengan RM7.65 billion dan RM30 billion adalah benar. Buktinya ahli parlimen PKR sendiri yg mempertikai perkara tersebut.

Kenapa perlu wujudkan syarikat RM2 yang pemegang sahamnya 2 orang yang memegang saham RM1 seorang 
adalah pegawai MBI.

Kenapa perlu letak duit rakyat RM30 billion dalam syarikat yang tidak dilaporkan kepada DUN Selangor?


Kenapa tidak MBI yang uruskan sedangkan pegawai-pegawai DEIG adalah orang yang sama berada di dalam MBI?

Bukankan ada yang terselindung disebalik perancangan kotor untuk menggelapkan duit rakyat?

Mungkinkah perancangan atau persiapan untuk memudahkan melesapkan duit rakyat apabila kerajaan PR berkubur?

Mungkin mereka sudah menyedari dengan pergolakan yang tidak menentu parti-parti yang sedang bercakaran yang telah menyebabkan PAS disisihkan dari PR. Ini bererti mereka akan kehilangan banyak undi PAS yang telah memenangkan mereka di kawasan yang majoriti Melayu dan kawasan-kawasan dimenangi UMNO dulu.

Apabila berlaku PRU14 nanti banyak tempat akan berlaku pertandingan 3 penjuru iaitu antara BN, PAS dan PR. Sudah tentu undi-undi mereka akan berpecah 2 iaitu PAS dan PR. Gabungan undi mereka dan ditambah dengan undi Cina yang kini sudah tidak menyokong BN berjaya mengalahkan BN. Perpecahan undi ini telah menguntungkan BN kerana pada PRU13 majoriti kemenangan PR adalah kecil.

Perkiraan yang mencemaskan ini membuatkan MB tidak tidur lena memikirkan masa depan kerana PRU14 semakin dekat. Persiapan perlu disusun lebih awal. Jika tiada persiapan awal apabila kalah dalam PRU14 tentu akan meninggalkan tampuk pemerintahan dengan sehelai sepinggang.

Tentu akan kempunan yang amat sangat sehingga boleh menyebabkan mati dalam penyesalan seperti yang berlaku terhadap kerajaan PAS Terengganu dan kerajaan boneka DAP di Perak.

Dengan meletakkan duit tersebut di dalam DEIG, apabila berlaku sebarang perkara yang tidak diduga mereka masih punya masa untuk melakukan sesuatu terhadap duit-duit tersebut kerana mereka mengawalnya dari luar pentadbiran negeri.

Memang licik perancangan mereka dalam usaha-usaha yang kononnya memudahkan pengurusan pelaburan duit rakyat.

Dalam situasi mereka menghentam kerajaan DSN berkenaan sehingga melekakan rakyat yang hampir 100% menunpukan perhatian terhadap 1MDB dan ditambah lagi dengan 2.6 billion mereka mengambil kesempatan merancang agenda tersembunyi duit rakyat untuk kepentingan peribadi.
Wallahua'lam ....

No comments: