Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata mereka tidak seharusnya dipergunakan
untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggung
jawab sedangkan mereka hanya memerhati
tanpa melibatkan diri dengan aktiviti tersebut.
berkata mereka tidak seharusnya dipergunakan
untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggung
jawab sedangkan mereka hanya memerhati
tanpa melibatkan diri dengan aktiviti tersebut.
Menurut Presiden PAS itu, demonstrasi jalanan
akan mengundang keganasan sekiranya dibiarkan
apatah lagi jika terdapat pihak yang membuat
provokasi.
akan mengundang keganasan sekiranya dibiarkan
apatah lagi jika terdapat pihak yang membuat
provokasi.
KD:
Apakah benar Demonstrasi termasuk dalam
cara yang dibenarkan oleh Syarak untuk kita
melakukan ‘perubahan’, ‘islah’, ‘reformasi’
dan ‘menukar’ ketetapan sesebuah kerajaan
Islam yang sedia ada dengan yang lebih baik?
cara yang dibenarkan oleh Syarak untuk kita
melakukan ‘perubahan’, ‘islah’, ‘reformasi’
dan ‘menukar’ ketetapan sesebuah kerajaan
Islam yang sedia ada dengan yang lebih baik?
Apa yang pasti, demonstrasi bukan daripada
Islam. Sebaliknya ia dipelopori oleh orang
Kafir Barat dan telah diserapkan ke negara-
negara Islam sejak akhir-akhir ini.
Islam. Sebaliknya ia dipelopori oleh orang
Kafir Barat dan telah diserapkan ke negara-
negara Islam sejak akhir-akhir ini.
1. Adapun cara yang dituntut Syarak dalam
mengubah kesalahan-kesalahan yang dilakukan
oleh pemerintah; ia adalah dengan cara nasihat,
berdoa, serta membantu pemerintah dalam hal-
hal kebaikan.
Hadis Nabi SAW:
1. “Barangsiapa yang ingin menasihati
pemerintah maka janganlah dia melakukan
nya secara terbuka, sebaliknya hendaklah
dia mengambil tangannya (pemerintah itu) dan
(menasihatnya secara) tertutup; sekiranya dia
menerimanya maka itu yang diinginkan dan
jika tidak, maka dia telah menunaikan
tanggungjawabnya.
(Riwayat Ibnu Abi Al-Asim dalam Kitab
Al-Sunnahnya. Disahihkan oleh Sy. Albani)
2. Demonstrasi yang dilakukan dengan tujuan
untuk mengubah ketetapan sesebuah negara
Islam yang diperintah oleh pemerintah yang
juga Islam bercanggah dengan hadis-hadis
yang begitu banyak sehingga mencapai darjat
mutawatir yang menuntut supaya taat serta
bersabar terhadap pemerintah walaupun
mereka zalim.
Hadis Nabi SAW:
“Setelah pemergianku akan ada pemerintah
yang tidak beramal dengan petunjukku mahu
pun dengan Sunnahku, dan akan ada di
kalangan mereka lelaki yang hati mereka
(seperti) hati syaitan dalam badan
manusia.” Berkata Huzaifah (perawi hadis):
Saya bertanya: Apa yang perlu aku lakukan
sekiranya aku berdepan dengannya?
Sabda Baginda:
“Engkau dengar dan patuh terhadap pemerintah
walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil
hartamu. Kamu dengar dan patuh.”
(Riwayat Muslim)
3. Peristiwa pertama yang mirip kepada Demonstrasi
dalam Sejarah Islam telah dilakukan oleh mereka yang
berkumpul di sekeliling rumahSayyidina Othman radhi
yallahu ‘anhu yang mana kesudahannya telah berakhir
dengan pembunuhan beliau dan timbulnya fitnah yang
besar di kalangan Umat Islam sehingga mengakibatkan
berlakunya peperangan Jamal (36H) dan Siffin (36H)
yang mengorbankan ribuan Umat Islam.
Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa:
i. Kebanyakan perbalahan yang berlaku di kalangan Umat Islam berpunca daripada keinginan untuk mencegah
kemungkaran tanpa menggunakan cara yang betul atau
tanpa memahami hakikat kemungkaran itu sendiri di samping mengabaikan masalahat umum dan kerosakan yang lebih
besar semata-mata kerana ingin melaksanakan apa yang
diistilahkan pada hari ini sebagai ‘perubahan’ atau
‘REFORMASI’.
ii. Musuh Islam akan berjaya menawan sesebuah negara
Islam apabila umatnya bercakaran sesama mereka.
4. Seluruh Demonstrasi-Demonstrasi yang dilakukan di
negara-negara Islam sejak dahulu sehingga sekarang telah mengundang keburukan-keburukan yang jauh lebih besar
berbanding dengan pembaikanyang diharapkan.
Antaranya ia menimbulkan kekecohan, perbalahan, caci-maki,
ejek-mengejek, percampuran lelaki perempuan, diangkat
slogan-slogan yang bercanggah dengan Islam dan orang-orang fasik bahkan orang kafir juga diangkat menjadi ketua mereka yang berdemonstrasi. Kesemua
ini jelas dilarang Syarak.
No comments:
Post a Comment