Friday, 7 August 2015
Kerana Kentut Jadi Kaya Mendadak!
SOOPERBOY - Kentut memang hal yang tidak menyenangkan bahkan boleh menimbulkan pertikaian. Namun, kentut juga boleh membawa tuah bagi pemiliknya. Hanya gara-gara kentut, Goran Andervass mendapat sejumlah wang RM 330,000 . Bagaimana boleh jadi macam tu?
Dipetik dari Mirror.co.uk, pemuda berasal dari Sweden yang bekerja sebagai juruteknik komputer ini sedang melayan klien dari Bank National Sweden. Tetiba ada bau kentut yang menyengat dan Andervass menuduh kliennya tadi.
Tak menerima tuduhan, keduanya pun bertengkar dan saling menuduh. Pertengkaran ini pun didengar oleh bos klien tadi dan memanggil Andervass. Kerana dirinya tak bersalah, Andervass pun tetap berkeras bahawa dia tidak kentut.
Bos klien tadi pun mengadukan ke pihak atasan Andervass, dan dia pun dipanggil kembali kerana malu dan dianggap menggagalkan rundingan klien. Andrevass pun dipecat.
Tak terima pemecatan itu, akhirnya Andervass pun membuat tuntutan terhadap Bank National Sweden sejumlah wang RM330,000. Tuntutan tersebut berjaya dan ternyata pihak Bank National Sweden dianggap gagal dan harus membayar kerugian tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment