Wednesday, 12 August 2015

SUDAH TUA MUDAH LUPA.BOLEH PULAK SOKONG DEMONSTRASI


Peristiwa pertama yang mirip kepada Demonstrasi dalam Sejarah Islam telah dilakukan oleh mereka yang berkumpul di sekeliling rumahSayyidina Othman radhiyallahu ‘anhu yang mana kesudahannya telah berakhir dengan pembunuhan beliau dan timbulnya fitnah yang besar di kalangan Umat Islam sehingga mengakibatkan berlakunya peperangan Jamal (36H) dan Siffin (36H) yang mengorbankan ribuan Umat Islam.

Seluruh Demonstrasi-Demonstrasi yang dilakukan di negara-negara Islam sejak dahulu sehingga sekarang telah mengundang keburukan-keburukan yang jauh lebih besar berbanding dengan pembaikan yang diharapkanAntaranya ia menimbulkan kekecohan, perbalahan, caci-maki, ejek-mengejek, percampuran lelaki perempuan, diangkat slogan-slogan yang bercanggah dengan Islam dan orang-orang fasikbahkan orang kafir juga diangkat menjadi ketua mereka yang berdemonstrasi. Kesemua ini jelas dilarang Syarak.


Apakah benar Demonstrasi termasuk dalam cara yang dibenarkan oleh Syarak untuk kita melakukan ‘perubahan’, ‘islah’, ‘reformasi’ dan ‘menukar’ ketetapan sesebuah kerajaan Islam yang sedia ada dengan yang lebih baik?

Apa yang pasti, demonstrasi bukan daripada Islam. Sebaliknya ia dipelopori oleh orang Kafir Barat dan telah diserapkan ke negara-negara Islam sejak akhir-akhir ini.

Hadis Nabi SAW:

1. “Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah maka janganlah dia melakukannya secara terbukasebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (pemerintah itu) dan (menasihatnya secara) tertutup; sekiranya dia menerimanya maka itu yang diinginkan dan jika tidak, maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya. (Riwayat Ibnu Abi Al-Asim dalam Kitab Al-Sunnahnya. Disahihkan oleh Sy. Albani)


كل من خرج على الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يُسمى خارجياً سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين بإحسان والأئمة في كل زمان

“Setiap orang yang memberontak kepada pemimpin yang sah yang disepakati oleh rakyat sebagai pemimpin mereka maka dia disebut sebagai Khariji (kata tunggal dari Khawarij). Sama saja apakah dia melakukan pemberontakan itu pada masa sahabat masih hidup kepada para pemimpin yang lurus, atau setelah masa mereka iaitu kepada para tabi’in yang sentiasa mengikuti pendahulu mereka dengan baik, serta para pemimpin di setiap zaman.” (al-Milal wan-Nihal [1/28] as-Syamilah)

Jangan sampai jadi khawarij.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0173.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Ishak Al-Azraq, dari Al-Amasy, dari Ibnu Abu Aufa, dia berkata: Rasulullah SAW, bersabda: “Orang-orang Khawarij adalah anjing-anjing neraka.” 

Ada hajat juga nak berdemo.

Ni apa dah jadi dengan Tun ni?


Tun dah berevolusi jadi macai peearr ke?

Taksub sungguh Tun nak jatuhkan Najib 
sampai hasut rakyat turun atas jalan.


-Diharapkan usia senja boleh mendalami ilmu 
agama


-Diharapkan di usia senja boleh menyatu-padukan 
rakyat


-Diharapkan di usia senja boleh membantu negara 
untuk tambah lebih maju.


-Diharapkan di usia senja boleh bertaubat dan insaf 
kut ketika beliau jadi PM takut-takut banyak kumpul dosa.



"Rupa-rupanya di hari senja Tun menjadi  
parasit serta penghasut tegar agar rakyat 
membelot dan jadi penghianat kepada pewaris 
kepimpinannya yang diwarisikan kepada Najib.

Apa dosa yang kamu buat sampai Allah 
palingkan kebaikan yang ada dirimu Tun?

1 comment:

Anonymous said...

Mahacelaka mahathir mudah lupa had nyanyok, buat semua yg bertentangan bila kantong sendiri bocor ker kosong, kosong, kosong....