Saturday, 15 August 2015

SEJARAH PERSENJATAAN MELAYU YANG DIGELAP-HITAMKAN!!!PART-1.

Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, 
terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-
kota yang besar dan istana-istana yang 
mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat 
kilang-kilang membuat peralatan logam;
kilang melebur besi.


Zaman berganti zaman, tahun berganti tahun, 
peperangan demi peperangan, hasad dengki, 
khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi 
tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. 
Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit 
kembali membina empayar…perang saudara…
kedatangan bangsa Eropah yang tamak….
dijajah…dijajah…dijarah…

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya 
merdeka. Kemudian bina negara bina peradaban 
kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. 
Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu 
memegang tombak. Panglima Melayu menghunus 
keris.

Selak lagi..apa dilihat lagi? Tak cukup dengan 
itu , anak-anak zaman sekarang ini dihidangkan 
lagi dengan filem 'buta sejarah' seperti Puteri 
Gunung Ledang. Logikkah, tentera dari sebuah 
empayar yang kaya, pergi berperang memakai 
baju senipis tisu? 

Logikkah, pahlawan Melaka dahulu berperang 
memakai keris dan tombak sahaja? Setahu saya, 
zaman Arab Jahiliyah pun mempunyai pedang. 
Agaknya, inilah sebab mengapa filem berbajet 
RM 20 juta itu gagal meraih trofi ketika Festival 
Filem Malaysia.

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, 
dengan askar-askar Melayu menentang 
penjajah Portugis menggunakan tombak 
dan keris. 

Bertembokkan pancang-pancang kayu dan 
batang pisang . Gambar askar Melayu mati 
ditembak istinggar musuh. Gambar rumah 
beratap rumbia musnah dibedil meriam. 

Selak lagi, gambar gabenor British bercekak 
pinggang dengan orang-orang Melayu 
berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi, selak lagi, gambar orang-orang 
Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan 
selekeh, miskin dan nampak kurang 
berpendidikan. Membosankan. 

Bagaimana seorang berpendidikan yang
mengendalikan kementerian yang bersangkutan
hal-hal Kebudayaan, boleh membiarkan 
sejarah tamadun bangsanya dipadamkan 
dari peta sejarah?

Dalam artikel ini, penulis akan mendedahkan 
realiti sebenar peperangan yang disertai 
orang-orang di Semenanjung mahupun di 
pulau-pulau Nusantara (Indonesia). 

Penulis akan mendedahkan betapa antara 
orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai 
mencipta meriam dan menggunakan senjata 
api. Ini sekaligus menafikan anggapan popular 
ketika penjajahan dahulu “hendak buat 
sebatang jarum pun tak mampu”

Benarkah begitu?

Apabila teknologi meriam semakin maju pada 
abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba 
mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan 
Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar 
Abbasiah dan Turki Uthmaniyyah, Empayar 
China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak 
ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau 
memiliki meriam malah merekrut rakyat 
mereka mempelajari cara membuat meriam.

Adakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki 
PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR menjadi 
pekak, tuli, buta dan bisu dengan perkembangan 
ini?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika 
itu sudah biasa bermain dengan pistol dan 
menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? 
Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu 
mencabut ‘kemelayuan’ mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan 
Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan 
berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) 
dan ubat bedil? 

Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka 
yang pernah menakluk sebahagian Sumatera 
dan tanah semenanjung malah mengalahkan 
tentera Siam menggunakan keris dan lembing 
sahaja. 

Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan 
Melaka ketika itu kecuali gabungan tentera Portugis, 
kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa, 
askar-askar upahan dari Goa, Jawa dan Siam 
ditambah dengan pembelot dan pengkhianat 
dalaman dari para pedagang asing dan orang 
Melayu sendiri.

Hang Tuah juga pernah dikerahkan ke Rome 
untuk membeli persenjataan canggih yang 
besar iaitu bedil (meriam) untuk memperkukuh
kan pertahanan kerajaaan Melaka. Memang 
terdapat riwayat bagaimana semasa serangan 
Portugis terhadap Melaka, Melaka tidak mudah 
tumbang.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di 
Malaysia sahaja menggambarkan pendekar 
Melayu berperang menggunakan keris dan 
lembing selepas bergaduh di warung 
berdinding buluh dan beratapkan rumbia. 
Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang 
Melayu, mereka menggambarkan pendekar 
Melayu menggunakan pistol, meriam dan 
senapang. 

Malah pendekar Melayu memakai baju kulit 
dan sesetengahnya memakai baju zirah, baju 
besi untuk mengelakkan serpihan peluru 
meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka 
mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan 
sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, 
Winsted, Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan 
asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah 
Melayunya sendiri:


Cannon : Meriam, Lela

Portable Cannon/swivel gun : Lela Rentaka

Flintlock Musket : Istinggar

Blunderbuss : Pemuras

Pistol : Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ 
Melayu ini:















*pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar 
digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. 
Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris 
menyatakan orang-orang Melayu amat pandai 
menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris 
terpaksa menghantar beberapa kali pasukan 
tenteranya menentang Dol Said dan Perang 
Naning juga berlaku dalam beberapa siri. 

Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang 
Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu 
menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam 
bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis 
alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber 
pendek, besar, yang mempunyai muncung 
peledak hadapan yang berbentuk kembang 
(funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini 
menggunakan peluru timah hitam (lead).

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak 
dekat dan selalu digunakan oleh pasukan 
berkuda (Dragoons).












*terakol

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai 
Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol 
inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras 
juga adalah senapang atau bedil yang pertama 
sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. 

Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras 
dan Tarkul adalah agak popular berbanding 
di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah 
lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa 
perang Melayu berbanding istinggar atau 
Flintlock Musket. Mengapa?











Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu 
adalah pelaut dan pengembara yang gigih. 
Penggunaan blunderbuss ini adalah amat 
popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. 
Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara 
pantas dan berdepan kerana ia mampu mencedera
kan beberapa orang musuh dengan hanya satu 
tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras 
kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras 
senapang lantak biasanya melebihi 90 cm 
(tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambar
kan senjata dari awal hingga pertengahan abad 
ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul 
kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm 
(sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas 
inci) panjang bagi Pemuras.























Terakol atau Tarkul adalah antara senjata 
popular dikalangan pelaut, pedagang dan 
lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya 
menggunakan teknologi ‘wheel lock’ 
(kancing roda) di mana kemajuan teknologi 
ini membolehkan ia membakar serbuk bedil 
secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. 

Terakol berbentuk seperti pistol dan ia 
adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang 
dikecilkan. Terakol digunakan di dalam 
peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan 
di Filipina melawan Sepanyol, juga askar 
Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. 
Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. 
Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju 
dengan penggunaan teknologi flintlock 
(kancing batu api) dan sejak itu ia lebih 
dikenali sebagai pistol di Barat.













*Istinggar

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada 
awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat 
dengan penggunaan fius atau wheel lock. 
Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang 
menggunakan teknologi flintlock (kancing batu 
api). 

Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar 
tembakan dan mengurangkan kos pembuatan 
senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 
sebagai flintlock musket, istinggar dengan 
pantas menggantikan teknologi picu senjata 
api lebih awal,seperti mekanisme kancing 
sumbu (matchlock) dan kancing roda 
(wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat
-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah 
Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. 

Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan 
bahawa Megat telah berjaya membunuh 
seorang hulubalang yang kebal dan hebat 
bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan 
sebagai seorang yang tidak lut kepada segala 
jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat 
khas pelurunya. Istinggar yang digunakan 
untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah 
hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada 
raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu 
banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-
tentera Portugis. Istinggar juga digunakan 
oleh tentera Johor-Riau terutama ketika 
membantu Belanda menyerang Portugis. 
Istinggar juga digunakan oleh penduduk 
di Perak ketika menyerang Belanda yang 
membina loji-loji di Sungai Perak.
-bersambung

No comments: