Saturday, 8 August 2015

Ibu 52 Tahun Bagi Rahsia Awet Muda Seperti Umur Masih 20-an !





 Bolehkah Anda meneka usia seseorang dari wajahnya? Kalau Anda memiliki keahlian itu, dijamin Anda akan salah meneka usia wanita yang satu ini. 

Seperti yang dipetik daripada Goodhouse
keeping.com, seorang ibu, Pamela Jacobs, yang nampak seperti wanita 20-an ini sebenarnya telah berusia 52 tahun.


"Orang lelaki sering komen tentang penampilan saya dengan berkata hal-hal seperti 'aku tidak mempercayaimu' atau 'kamu pasti berbohong'. Dan saya selalu menjawab, "apa alasan seorang wanita melebih-lebihkan usianya?'", kata Pamela.

Lalu, apa rahsianya agar dia nampak jauh lebih muda dari usianya ye? Selain genetik yang ia miliki memang bagus, ia juga menerapkan diet sihat. 

Selain itu Pamela juga yakin bahawa kebiasaannya memakai sunscreen selama ini turut berperanan, juga kebergantungan
nya pada minyak kelapa yang membuatkannya nampak lebih muda, dan selalu merasa muda.

Pamela mengaku menggunakan minyak kelapa pada banyak hal, dressing untuk salad yang ia makan, pemanis dalam kopinya, menghapus makeup, perawatan rambut, dan pelembab tubuh. 

"Saya penggemar tegar minyak kelapa. Ibu saya memakaikannya pada rambut dan kulit kami saat kami (dia dan saudaranya) masih muda, jadi saya sudah terbiasa", jelasnya.

Bukan hanya itu, dia juga tidak mengadun gandum serta buah-buahan dengan kadar gula tinggi, kerana dia akan berasa perutnya akan menjadi buncit. Selain itu semuanya normal. 

"Saya menerapkan pola 80/20. 80% makan sihat, 20% makan makanan manis, minuman manis, atau cokelat organik.

Pamela dan Putanya | copyright Goodhousekeeping.com/Facebook

Untuk kesihatan, Pamela rajin yoga dan body conditioning, yang seringkali ditambah sesi sauna. Dia yakin bahawa apa yang ia lakukan membuat kulitnya selalu sihat dan terasa segar.

Fikiran positif serta selalu rasa bahagia juga dirasakan turut berperanan untuk menjaga jiwa dan raganya tetap muda. 

"Saya rasa rahsia awet muda saya adalah tersenyum setiap hari. Awet muda ini membuat saya merasa bahagia dan percaya diri", tambahnya.

Mengagumkan!

Pamela sering disangkakan sebagai kekasih puteranya yang berusia 21 tahun. Jadi, mulai rajin pakai sunscreen, olahraga, dan berpikiran positif ye!!! Jangan lupa tersenyum juga.

No comments: