Sunday, 16 August 2015

SEJARAH PERSENJATAAN MELAYU DIGELAP-HITAMKAN !!! PART 2.




Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,
ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam 
Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas 
(gabungan Lela dan Rentaka). 

Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, 
kerana mereka sendiri yang menciptanya, 
sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan 
Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik 
kerana Rentaka adalah setanding dengan 
keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal 
di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat 
di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga 
atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 
meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter 
kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang 
dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai 
pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. 

Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan 
rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya 
sebagai arquebuses, portable cannons or swivel 
gun yakni meriam mudah alih. 

Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaa
nya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan 
cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, 
ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk 
rebung.
















Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya 
adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama 
didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang 
membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas 
dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan 
di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. 

Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang 
sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak 
mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga 
menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk 
kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan 
rumpun Melayu yang dikatakan sebagai 
pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro 
telah menggunakan rentaka sebagai senjata 
api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan 
ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. 

Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan 
senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak 
senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang 
menyebabkan kematian dan kerugian terbesar 
bagi pihak mereka. 

Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei 
juga dikenali umum di kalangan para pedagang 
dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak 
dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada 
rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia 
sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau 
tidak Filipina. 

Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan 
rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan 
Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini 
menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah 
barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda 
sehinggakan mereka telah meniru teknologi 
pembuatan rentaka bagi melengkapkan 
persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan 
penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin 
berkurangan malahan negara yang mengeluarkan 
rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

















*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan 
bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,
terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.
Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. 
Meriam digunakan di semasa peperangan melawan 
penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir 
Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai 
dan Inggeris dan Belanda. 

Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan 
Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan 
Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula 
adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia 
Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi 
artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang 
Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar 
Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat 
meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.
Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu 
ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam 
Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang 
terbesar di Asia Tenggara. Menariknya bukan orang 
lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang 
Melayu juga.

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.
Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan 
serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu 
Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) 
telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang 
bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai 
pembinaan meriam-meriam kerajaan. 

Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri 

Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara 
mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela 
pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 
jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat 
empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu 
pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan 
Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad 
(1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri 
daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan 
kerajaan Ayutthaya). 

Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai 

di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum 
telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam 
besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil 
sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara 
telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa 
hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela 
pula telah hilang tanpa dapat dikesan.


Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota 
Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.


*petikan gambar filem Langkasuka, dalam filem 
ini bukti yang menunjukkan senjata api sudah 
digunakan oleh orang melayu sejak zaman 
kesultanan lagi. Dalam filem ini juga menunjukkan 
putera pahang yang pakar dalam menembak 
menggunakan terakol atau lebih dikenali sebagai 
pistol. 

Di sini amatlah sedih sekali kerana orang melayu 

pada zaman kini tidak dapat mengungkapkan sejarah-
sejarah hebat orang Melayu ini ke layar perak malah 
diambil kesempatan oleh pembikin filem dari Thailand. 

Jika dilihat pada babak-babak filem itu prob-prob 

dan ketamadunan yang ditonjolkan dalam filem 
itu sudah dikaji dengan lebih terperinci dan apa 
yang ditunjukkan adalah ketamadunan sebenar 
orang melayu bukan hanya keris dan lembing.











*putera Pahang yang pakar dalam menembak.











*putera Pahang yang menembak menggunakan 
terakol.


Jangan berpandukan filem ini jika mahu mengkaji 
secara mendalam sejarah Patani. Ini filem Thai dan 
nama ‘Langkasuka’ itu pun tidak tepat. Asalnya 
penerbit mahu meletakkan nama ‘Queen of Patani’ 
namun dibantah oleh pihak berkaitan kerana tidak 
mahu mencetuskan sensitiviti dengan apa yang 
berlaku di Selatan Thai. 

Jadi diletakkan ‘Langkasuka’ padahal Langkasuka 

dan Patani adalah dua kerajaan berbeza.’Lanun’ 
dalam cerita ini hanyalah fantasi kerana dalam 
sejarah ketika pemerintahan Ratu Biru, kerajaan 
Patani diserang oleh Thai, bukannya lanun-lanun 
Melayu, Jawa dan Jepun seperti dalam filem ini. 
Dan tiada pula kerabat diraja yang membelot 
sebenarnya, ia cuma ‘rempah-ratus’ dalam 
membuat filem itu lebih sensasi.

Fakta sejarah sebenarnya, ketika itu Patani 
berperang dengan Thai dan seorang Cina Muslim, 
Lim To Khiam diarahkan oleh Ratu Patani untuk 
mengetuai tukang-tukang meriam Patani menyiapkan 
meriam besar. Penglibatan orang Belanda itu hanyalah 
sensasi sahaja padahal Thai pernah bekerjasama 
dengan orang-orang Eropah yang tamak ini untuk 
menjajah Patani.

Saya hanya sarankan untuk membayangkan suasana 
meriam-meriam Melayu ini beraksi dengan menonton 
filem ini, bukannya menjadikan filem itu sebagai 
rujukan sejarah Patani.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan 
dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir 
nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,
lembing dan keris?

Jika nenek moyang kita berperang dengan 
senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang 
bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah 
negeri Inggeris lain,seperti Australia. 

Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata

-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan 
takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak 
mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas 
dan tamak. 

Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita 
dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras 
di samping parang dan keris, menentang 
ketamakan dan kebuasan penjajah. 

Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak 

berjuang mempertahankan tanah air,mungkin 
hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian 
atau aborigine Australia. 

Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih 

menjaga ‘standard’. Mereka cuba menghormati 
perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan 
warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para 
musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli 
meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para 
Residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri 
Melayu. 

Apa salahnya Inggeris membawa bala

tenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja 
Melayu ini terus atau menghalau mereka seperti
mana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, 
Hindi dan Maharaja Moghul di India. 

Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau 
Seychelles, namun yang peliknya Inggeris 
berusaha mengadakan raja baru di Perak 
dengan membiarkan institusi beraja Perak 
menabalkan pengganti Sultan Abdullah. 

Pelikkan? 


Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh 

Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana James 
Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-
raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya 
menghancurkan dinasti raja China dan India. 
Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, 
malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ 
takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh.

Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan 
warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan 
segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, 
jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, 
sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis pun 
tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari 
papan-papan tanda jalan. 

Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri 

kita sendiri, siapa lagi hendak diharapkan menjaga 
segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama 
kita sendiri? Orang asing?

Kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah 
kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa 
yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak 
sahaja malah pandai menggunakan meriam dan 
membuatnya juga. Orang Melayu juga biasa 
menggunakan musket (Istinggar) dan pistol 
(Terakol).

No comments: