Monday, 10 August 2015

BERSYUKUR,REZEKI AKAN BERGANDA!



Alhamdulillah ulama memahami. Yang tak faham ular mak.. Atau ular dalam semak.. Atau alamak.. 

Nilai iman dalam diri telah luntur oleh pembersih yang lunak dan enak didengar apatah lagi dengan iringan janji manis.Yang walhalnya menjerat leher sendiri.

Masyarakat Malaysia tak teruk tapi orang melayu kita yang dah teruk asyik berbalah hal politik yang tak sudah sudah...sikap penting kan diri dan tak mau mengalah langsung tak ada.

 Berjuta orang luar datang cari rezeki di sini, kebanyakan cari peluang nak menetap terus, yang orang kita pulak tak sedar diri, tidak bersyukur...

Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang melayu ni tak pernah bersyukur. Aku pun susah jugak dengan anak 3 orang belajar di universiti. Nak kira gaji lagi tak cukup sejak barang naik. Aku pun mula berjimat beli barang aku pergi pasaraya sikit punya banyak ke barang diskaun, anak nak tengok wayang aku kata lain kali bila aku ade duit lebih aku kata aku bawak pergi. Aku beli cd pirate je tengok anak beranak. 

Cuti hujung minggu duduk rumah suruh isteri masak. Aku tengok hari tu satu keluarga cina makan kat restoran melayu nasi je asing lauk. Semua kongsi lima orang. Air beli tiga je datang pulak naik kereta besar. 

Bawa keluarga pergi masjid ramai-ramai berjemaah baru berkat gaji kecil pun cukup. Macam tu lah nak hidup sementara anak nak besar dan kita lepaskan tanggung jawab, bila kerajaan bagi kemudahan kutuk je tak pernah bersyukur. 

Dapat duit kerajaan tak ingat apa terus bawak pergi luar belanja makan tak ingat susah, bila banding dengan negeri lain yang susah marah pulak. Aku makan pun dikedai sekarang ni lauk 2 jenis je tak macam dulu 4,5 jenis. Macam tu baru rasa redha dengan keadaan dan kita akan rasa syukur rupanya kita masih berkeadaan
baik dalam keadaan orang lain ramai lagi yang susah berbanding kita!

No comments: