Monday 3 August 2015

MENIPU MEMANG MAKANAN MEDIA PEMBANGKANG!




Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tidak mustahil untuk akhbar The Edge menipu seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana, katanya, akhbar itu telah melakukan perkara yang sama iaitu berbohong kepada penjenayah licik, Xavier Andre Justo bagi mendapatkan maklumat mengenai laporan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sebuah organisasi berita tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat, tetapi mereka juga tidak sepatutnya menipu dalam mendapatkan maklumat,” katanya.

Beliau yang memuat naik status di Facebook nya juga menyatakan reputasi akhbar tersebut menjadi taruhan apabila mereka menipu bagi mendapatkan maklumat yang dicuri.

Katanya, The Edge sepatutnya menjelaskan maklumat yang diperolehi dari awal lagi dan mengisytiharkan bagaimana mereka memperolehi maklumat tersebut.

“Memalukan apabila The Edge tidak menjelaskan perkara tersebut dari awal. Hanya apabila Justo mendedahkan segala kesalahannya, The Edge bertindak melindungi kesalahan mereka.

“Mereka mengeluarkan laporan itu untuk beberapa bulan demi kepentingan politik dan berharap tiada siapa tahu siapakah Justo (bekas kakitangan PetroSaudi International).

“Sekarang, dalam keadaan terdesak, mereka berkata penerbitan maklumat yang dicuri dan yang diragui adalah perkara yang bermaruah,” katanya.

Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan itu ekoran The Edge mengaku bahawa akhbar itu memperdaya Justo untuk mendapatkan dokumen berhubung 1MDB.

Kementerian Dalam Negeri telah menggantung penerbitan The Edge selama tiga bulan kerana dua laporan berkenaan 1MDB didakwa telah menganggu ketenteraman awam.

No comments: