Saturday, 22 August 2015
APABILA TUHAN TIADA LAGI!!!
Firaun ingin sekali melihat tuhan!
Maka diperintahkan rakyat nya membina
bangunan tinggi setinggi-tingginya!
Setelah itu dia mendaki bangunan
tersebut sampai ke puncak! Di puncak
bangunan dia meihat ke serata alam.
Saujana mata memandang!
Namun dia tak dapat melihat tuhan!
Akhirnya dia mengambil keputusan
bahawa tuhan sudah tiada lagi!
Maka dia pun mengisytiharkan bahawa
dialah tuhan!
Ada juga manusia yang seperti ini!
Bila rasa dirinya dah besar dan
mendapat kuasa dia rasa dia saja
yang betul dan orang lain salah
sentiasa!
Justeru penganiayaan demi
penganiayaan berterusan!
Pemimpin yang menganiayai
pengikutnya adalah pemimpin
yang membina mahligai di
neraka!
Berfikiran secara rasional dan
matang.Melihat dari sudut mata
burung.Tidak mengamalkan prinsip
syiling dua muka.Rujuk hadis dan
al qur'an bukan perasaan.
Kenali diri sendiri baru boleh kenal
tuhan dan manusia bersebelahan.
Setiap tulis bicara depan Allah akan
dikira.Pastikan fakta nyata bukan
hanya dengar kata!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment