Tuesday, 11 August 2015

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR NANTI...





- Ditukar rupa menjadi wajah kera.

Mereka itu adalah manusia yang suka 
mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi.


Mereka adalah kalangan mereka
yang suka memakan harta anak-anak 

yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya 

di atas dan kepala di bawah.

Mereka itu 
adalah manusia yang suka 


memakan riba.


- Dihalau dalam keadaan buta dan 
dituntun (diiring).

Mereka adalah daripada kalangan
manusia yang curang dalam 
menerap
kan hukum.


- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta 
tidak berakal.

Mereka itu adalah kalangan yang bangga 
dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah 
sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga 
ke paras dada dan mulutnya pula keluar 
nanah yang menjijikkan...

Mereka adalah ahli pidato yang mana 
ucapannya berlainandengan perbuatannya.

-Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-
dua kaki dan tangan.

Mereka itu terdiri daripada yang suka 
mengganggu tetangga.

-Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan 
tersalib pada pokok kurma neraka.

Mereka itu adalah kalangan mereka yang 
suka berusaha mengajak orang ramai supaya 
membela pemerintah yang tidak jujur 
kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan
pakaian yang panas.

Mereka itu adalah manusia yang takbur, 
sombongdan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah 
bahawa walaupun ketika berada didalam dunia 
dalam keadaan normal, tiada cacat cela,tetap 
akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang 
dilakukan didunia.

Sebelum sampai hari pengadilan di Padang 
Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 

124-126 bermaksud: 

"Dan barang siapa berpaling daripada

peringatan-Ku, maka sesungguhnya
baginya penghidupan yang sempit dan 
kami akan menghimpunkannya pada hari
kiamat dalam keadaan buta.


Berkatalah ia: YaTuhanku, mengapakah
Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan 

buta, padahal aku dahulunya adalah seorang 
yang melihat? Allah berfirman:

"Demikianlah telah datang kepadamu ayat-

ayat Kami maka kau melupakannya dan 
begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."
Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan 

manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali 
menganggap ringan kerana memikirkan perkara 
itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah 
telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku.

Firman itu bermaksud: 


"Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu 

akan melihat bumi itu datar dan akan Kami 
kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami 
tinggalkan seorang pun daripada mereka."
Umat Islam sekarang harus ingat bahawa
kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila 

sampai waktunya.

Setelah manusia dibangkitkan dari kubur 
masing-masing, maka semua manusia itu 
dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan 
mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang 
berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang
berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata 
semua mengikut amal perbuatan ketika hidup 
dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh
manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan 
mendapat perlindungan.Matahari terlalu hampir 
dengan ubun kepala. 

Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana 
terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar 
itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahu
pun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, 
kelihatanlah wajah mereka yang tunduk 
cemas, kelihatan muram dan hitam.

Keadaan itu samalah seperti kita melihat 
pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.
Takut serta bimbang sentiasa bermain-main 
pada fikiran.

Bgaimana ketika di Padang Mahsyar tidak 
siapa yang dapat melepaskan diri.Bukan itu 
saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh 
juga tidak ada.Siapa saja akan tetap diadili dan 
bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah 
Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:


"Dan (ingatlah) hari(ketika) Kami kumpulkan 

daripada setiap umat segolongan orang yang 
mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka
dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." 

–(surah An-Naml:83).
*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA 

MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM
KALANGAN TERSEBUT........

No comments: