Thursday, 20 August 2015

UMPAT-MENGUMPAT MEMBAWA CELAKA!!!




Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan 
oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan 
kekal dan menerima pembalasannya 
diakhirat.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:


Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada 
zina. Sesungguhnya orang melakukan 
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.


"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa 
dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi 
sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat 
dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah 
akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.


Sabda Rasulullah S.A.W. 


"wahai orang beriman dengan lidahnya 
tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, 
dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. 


Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip 
keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada 
dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat 
Abu Daud)


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada 
rekod amalan mereka akan dicatatkan 
sebagai perbuatan menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. 
bermaksud :


"Perbuatan mengumpat itu samalah 
seperti api memakan ranting kayu kering".


Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya 
api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.


Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, 


Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia 
berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, 
dari manakah datangnya kebaikan yang 
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".


Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau 
tanpa engkau ketahui".


Sebaliknya, jika pahala orang yang 
mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa 
orang yang diumpat akan dipindahkan 
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya 
sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. 
Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya 
dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:


“Pada malam aku diIsra’kan aku telah 
melalui suatu kaum yang mencakar-cakar 
muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka 
ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-
orang yang suka mengumpat dan mereka 
juga suka menjaga tepi kain orang”.

(Abu Daud dari Anas)

No comments: