KJ Ketua Pemuda yang gagal?
yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan
masalah yang melanda Pemuda UMNO Negeri
Pahang masih berpanjangan tanpa penyelesaian.
Pemuda UMNO Malaysia yang sepatutnya
memainkan peranan menyelesaikan isu ini masih
berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa sebarang
usaha yang meyakinkan mahu menyelesaikan isu
tersebut.
Walaupun Pemuda UMNO Malaysia yang
dipimpin oleh Khairy Jamaluddin menyedari
bahawa kemelut ini mungkin menjejaskan nama
baik Perdana Manteri, Najib Razak yang tapak
politiknya adalah Pahang tetapi mereka masih
berdiam diri untuk mendamaikan isu yang
sudah lama berlarutan ini.
Jika dulu Kumpulan 11 yang dianggotai oleh 11
Ketua-ketua Pemuda Bahagian hanya memprotes
perlantikan Ketua Pemuda UMNO negeri,
Shahruddin Ahmad yang dilantik oleh KJ melalui
sidang akhbar dan pertemuan sesama mereka saja,
namun kini ianya sudah dibawa ke peringkat akar
umbi pula.
Beberapa Pemuda UMNO bahagian yang sudah
mengadakan mesyuarat perwakilannya sehingga
semalam meluluskan usul sebulat suara hilang
kepercayaan serta menolak perlantikan
Shahrudin yang dibuat oleh KJ itu.
Antara bahagian yang meluluskan usul itu ialah
Temerloh, Paya Besar, Indera Mahkota, Kuantan,
Raub manakala mesyuarat Pemuda Pekan yang
tidak dihadiri oleh Shahrudin turut meluluskan
usul yang sama.
Pemuda bahagian Bera dan Kuala Krau pula
mempertikaikan Pemuda UMNO negeri kerana
gagal mengadakan mesyuaratnya sejak hampir
setahun yang lalu manakala Ketua Pemuda
Cameron Highland mengambil pendirian tidak
mahu menghadiri mesyuarat dan memboikotnya
selagi kemelut ini tidak diselesaikan.
Selain mengemukakan usul menolak perlantikan
dan hilang kepercayaan kepada Ketua Pemuda
negeri serta menuntut Pemuda UMNO Malaysia
turun padang menyelesailan isu ini, terdapat juga
Pemuda UMNO bahagian yang meluluskan usul
hilang kepercayaan kepada KJ sendiri sepertimana
yang diluluskan oleh Pemuda Indera Mahkota.
Yang lebih menarik dan merupakan tamparan
kepada KJ ialah mesyuarat Pemuda Pekan yang
dipimpin oleh Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda
Pahang yang dipertikaikan itu, turut juga
meluluskan usul menolak kepimpinannya.
Shahruddin bagaimanapun tidak hadir dalam
mesyuarat yang meluluskan usul itu secara sebulat
suara.
Dalam masa yang sama, semua Pemuda UMNO
Bahagian di Pahang, kecuali Bentong dan Lipis,
turut memuntut pembelaan dan mempersoalkan
kesalahan teknikal dan penggantungan yang
dikenakan terhadap Ketua Pemuda Indera Mahkota,
Mohamad Faiz Hashim dan Ketua Pemuda Maran,
Saiful Anuar Mokhtar tanpa sebab yang kukuh
kecuali hanya disebabkan kelantangan
mempertikaikan kepimpinan KJ.
Dengan senario yang berlaku dalam mesyuarat
Pemuda UMNO Pahang ini, bukan saja kemelutnya
berterusan tanpa ada usaha di peringkat pimpinan
Pemuda Malaysia mencari jalan penyelesaian,
bahkan juga memperlihatkan kegagalan KJ sebagai
ketua menangani masalah yang timbul.
Sejak hampir setahun lalu, meskipun menyedari ada
bantahan daripada kumpulan majoriti terhadap Ketua
Pemuda Negeri yang dilantiknya dan Pemuda negeri
Pahang sendiri gagal mengadakan mesyuarat serta
menubuhkan jawatankuasanya, KJ hanya berdiam
diri dan membiarkan saja masalah itu terus berlaku.
Malah sebagai usaha menakut-nakutkan dan
memberi amaran, dua Ketua Pemuda bahagian
telah digantung keahlian tanpa diberitahu apa
kesalahan mereka, tanpa bela diri dan tanpa
sebarang perbicaraan.
Kegagalan menangani masalah yang melanda
Pemuda UMNO Pahang yang kini sudah menjadi
topik yang semakin merata di peringkat akar umbi
negeri itu, apa pun helah dan alasan daripada
mencari penyelesaian mengenainya, adalah satu
lagi bukti kegagalan KJ sebagai Ketua Pemuda
UMNO Malaysia.
Bersama deretan isu lain yang sudah banyak
diperkatakan sebelum ini, KJ adalah pemimpin
yang gagal sebenarnya. (SH 01/09/2014)
KD:
KJ TIDAK BERWIBAWA!!! SEHARUSNYA
KJ LETAK SAJA JAWATAN SEBAGAI KETUA
PEMUDA UMNO MALAYSIA!!!
BAYANGKAN LAH BAGAIMANA KETUA
PEMUDA UMNO PAHANG PILIHANNYA
TIDAK PERNAH MEMBUAT MESYUARAT
SELAMA DIA MEMEGANG JAWATAN
TERSEBUT!!!
JUGA TIDAK MELANTIK BARISAN
PEGAWAINYA SEPERTI SETIAUSAHA,
BENDAHARI DAN KETUA PENERANGAN!!!
APA DIA BUAT SEBENARNYA? KJ JUGA
MELANTIK ORANG YANG KALAH
BERTANDING KETUA PEMUDA DI
PAHANG SEBAGAI ORANG KUATNYA
DIDALAM KEPIMPINAN PEMUDA
UMNO PUSAT HANYA KERANA ORANG
TERSEBUT ADA HUBUNGAN PERSAUDARAAN
DENGAN BININYA!!!
APA KJ BUAT SEHINGGA 2 KETUA
PEMUDA UMNO BAHAGIAN DI PAHANG
DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG!
TIADA SURAT TUNJUK SEBAB,TIADA BICARA
DI HADAPAN LEMBAGA DISIPLIN,ALIH-ALIH
DAH KENA GANTUNG!
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR PUN TAK
RETI BUAT KERJA.LETAK JAWATAN SEKALI
DENGAN KJ!!!
KALAU BEGITULAH CARA MEREKA BERTINDAK,
MAIN GANTUNG IKUT SUKA AJE,MAKA PARTI
UMNO NI MAK BAPAK MEREKA YANG PUNYA!
TAK PERLU IKUT PERATURAN DAN PROSEDUR
YANG TERMAKTUB! BERAJA DIMATA DAN
BERSULTAN DI HATI!!!!
KJ, LETAK JAWATAN LAH!!!!!!!!!
3 comments:
Dari minta dia letak jawatan... Lebih baik minta amano letak jawatan....
MEREKA SEMUA KAT ATAS TU SUMA SAMA SAJA.... CAKAP PANDAI..... KAYA RAYA.... RAKYAT BRIMMMMMM...
Pilih Pakatan yang tetap kukuh bersama berjuang untuk rakyat walaupun diberi bermacam2 ujian.
kukuh ke benda? tamak kuasa sampai nak bini jadi MB! pakatan rakyat konon?
negeri selangor yang aman boleh jadi kecoh angkara pemimpin gila! kuca lana bengong! gangg ketenteramn rakyat danganggu sultan selangor yang berpegang kepada perlembagaan negeri! pakatan perlu di tukar menjadi palatan rakyat!
Kay Jay ( KJ ) ..
PARTI UMNO TIDAK SEPATUTNYA ..ADA MANUSIA JENIS INI !!!
Post a Comment