Wednesday, 10 September 2014

DIHUKUM PENJARA HINA NABI MUHAMMAD SAW!!!

CINA 'CHOW JACK' DIHUKUM PENJARA HINA NABI MUHAMMAD SAW.


Seorang penyelia tapak pembinaan 
dipenjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, '
hari ini selepas mengaku bersalah atas 
tuduhan membuat komen menghina Nabi 
Muhammad SAW dan Islam menggunakan 
Facebook, Jun lalu.

Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga 
menamakan nama 'Chow Jack' membuat 
pengakuan itu apabila pertuduhan 
dibacakan di hadapan Hakim Azman 
Mustapha.

 

Chow dilihat menangis di dalam kandang 
tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan 
hukuman. Mengikut pertuduhan, dia 
didakwa menggunakan perkhidmatan 
aplikasi internet iaitu Facebook dan 
menghantar komen bersifat jelik di 
https://www.facebook.com/cpm/
chow.jack.982 (yang telah dipadam) 
dengan niat menyakitkan orang lain.

Chow didakwa melakukan perbuatan itu 
di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, 
di sini, pada jam 10.30 pagi 12 Jun lalu.


Pendakwaan terhadapnya dikemukakan 
mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta 
Komunikasi dan Multimedia 1998 
(Akta 588) yang membawa hukuman 
denda maksimum RM50,000 atau 
penjara maksimum setahun atau 
kedua-duanya jika sabit kesalahan.

2 comments:

Anonymous said...

Dok kat dlm tu nanti, menung menung tengok siling tengok dinding, tengok siling tengok dinding, mudah mudahan la dpt hidayah masuk Islam.

Anonymous said...

Nasib kau le cina lakhnat.