Thursday, 6 August 2015

Najib Ligat Perangkap Musuh Politik!!!

1. Apabila, rancaknya isu 1MDB dan wang RM2.67bilion, ramai bertanya-tanya, mengapa DS Najib Razak tidak menjawab, walaupun bertubi-tubinya pertanyaan dan kritikan.

2. Kini terjawab, rupanya Perdana Menteri sedang memasang perangkap, untuk menangkap musuh-musuh politik. Musuh-musuh politik bukannya daripada pembangkang, akan tetapi daripada Parti Umno sendiri.

3. Dua pemimpin kanan Umno tidak melihat, bagaimana gerak geri dan tindakan DS Najib, sehingga mereka terperangkap dengan permainan itu.

4. Isu 1MDB adalah isu pembangkang. Najib memang tahu apa yang didakwa pembangkang memang tiada asas. Atas sebab itu, beliau membiarkan mereka menembak berbagai peluru dan menunggu sehingga peluru habis.

5. Oleh kerana peluru yang ada pada musuh-musuh politik telah habis, maka beliau bertindak. Tindakan pertama adalah melalui pemecatan. Alasan pemecatan adalah jelas, mereka itu bukan sepasukan dengan beliau.

6. Kini, wang RM2.67bilion sudah disahkan bukan wang 1MDB, yang mengesahkan adalah SPRM sendiri. SPRM adalah pihak ketiga dalam perkara ini. Jika Najib mengikut nasihat orang lain, agar beliau sendiri menafikan dakwaan tersebut, maka beliau bakal dituduh hanya menafi dan penafian itu bakal diputar belit.

7. Seperti pengakuan Najib, beliau terlibat dalam politik sejak tahun 1976, terlalu banyak sepak terajang ranjau dan duri beliau alami. Di sinilah kelemahan musuh-musuh politik beliau kerana gagal melihat dan menapis tindakan PM ke-6 itu, yang nampak lemah dalam aksi, akan tetapi apabila menikam, tikamannya bagai tikaman Hang Tuah.

8. Antara orang yang melihat perancangan Najib yang nampak terdesak dan goyah, namun tenang menghadapinya kerana percaya beliau mempunyai senjata ampuh dalam simpanan beliau adalah Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman. Atas sebab itu, selama kemelut 1MDB dan wang RM2.67bilion, Ketua Menteri Sabah tersebut tidak pernah mengulasnya, malah senantiasa meminta rakyat Sabah agar tidak berbelah bahagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

9. Demi tatapan pembaca dan rakyat, dan memberi penerangan berkaitan 1MDB, tugas tersebut diambil oleh Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said dan juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional- Dato Rahman Dahlan yang juga pemimpin Sabah.

10. Sedikit masa lagi, kemelut 1MDB akan terungkai apabila semua siasatan bakal diketahui. Masa itulah para pengkritik akan ternganga, bahawa tiada salah guna kuasa atau tiada wang yang lesap.

Bagi aku, isu penderma beri dana USD700 terus ke akaun PM adalah tujuannya memudahkan kemasukan duit berkenaan ke Malaysia tanpa banyak soal dari pihak Bank Negara. Malah dalam firasat aku juga, Najib dah isytiharkan kemasukan duit itu kepada pihak Bank Negara, jadi buat apa nak isytihar kepada rakyat pulak. Mana ada peruntukkan undang-undang yang meWAJIBkan si penerima dan penderma mengisytiharkan dana-dana dari penderma untuk parti politik diberitahu kepada rakyat???

Kalau ada pun hanya usul yang pernah dibawa ke Parlimen tetapi ditentang oleh DAP....

Jadi, tanya balik pada DAP la... nak tau sumber dana yang PM terima, pergilah sokong usul yang akan dibentangkan itu semula. Kalau tak sokong, lebih baik duduk diam tak payah menyalak macam anjing kelaparan....!!!!!!!!!!!!!!!!

Buat rakyat yang suka memekak nak tau juga sumber dana tu pun, desak la DAP supaya terima usul berkenaan. Salah BN nampak, salah DAP korang diamkan... ke korang sama-sama spesis macam DAP tu ?????!!!!!!!!!!!!

Najib ada penasihat disekeliling dia, takkan perkara seperti derma yang berbilion-bilion ringgit ni penasihat dia tak nasihatkan supaya declare perkara itu ke BNM, lagipun perlu ke dia beritahu rakyat tentang semua perkara yang dibuatnya dari perkara kecil sehingga sebesar-besarnya, lebih-lebih apa peruntukan undang-undang yang patut diambil hanya jika orang lain memberi derma kepada parti politik ni??

Keduanya, dalam peruntukan mana pulak yang memerlukan wang derma dikenakan cukai ni? Tolong beri pencerahan.

Jangan jadi bodohlah, tetiba aje ada pulak yang nak kaitkan wang tersebut dengan akta penggubahan wang haram. Sprm tak cakap apa-apa dia pulak terlebih pikir macam penyiasat handalan!!!

5 comments:

kutukDewataBuduh said...

Dungu sungguh blogger nih T__T. kalau tak salah psl apa tggu lama baru nk jwb. psl apa ahli majlis tertinggi umno tak taw psl duit ni? psl apa bendahari pon tak taw? psl apa TIMBALAN PRESIDEN pon tak taw? psl apa gugurkan muhyiddin sbb dia tanya psl duit tuh? dia bangkitkan soalan 1 Melaysia Depa Tipu dlm mesyuarat umno..org najib pi post kat blog psl apa...

Anonymous said...

Salam Tuan Dewata,

Isu 1MDB dan juga duit derma 2.6 bil. saya dah byk tya orng2 UMNO yg pure pandangan mereka tentang isu ini (Tak perlu Tanya pembangkang...pembangkang semuanya tak betul) tapi apabila saya membaca tulisan Tuan hamba rupa-rupanya masih ada lagi pengikut UMNO yang berfikir mengunakan kepala lutut... saya nak Tanya Tuan Hamba beberapa perkara :

1. Dalam Akta SPRM telah jelas menyatakan duit derma boleh di istilahkan sebagai suapan atau rasuah siapa yang meluluskan undang-undang ini kalau bukan BN yang mempunyai mejoriti di parliment(ada kepentingan kepada diri penderma ctt : jika Najib seperti Tuan hamba ada tak penderma sanggup menderma sebanyak itu saya fikir bukan setakat manusia yang tak sanggup buat perkara ini syaitan pun tak sanggup buat macam ini.

2. Najib sendiri pernah menyatakan setiap derma atau sumbangan perlu dimasukan ke dalam akaun parti (sekiranya sumbangan kpd UMNO) kalau tak silap saya pada ucapan berkaitan Intergriti pd tahun 2012 saya minta maaf jika saya tersilap. Mana mungkin derma boleh dimasukan ke akaun peribadi sedangkan kita membuka pertubuhan anak yatim dan sebagai pun perlu mendaftar dengan ROs dan perlu ada lembaga pengarah/AJK dan perlu melaporkan kewangan semasa dan juga memerlukan 2 daripada yang dilantik untuk menunaikan cek.

Saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang masih lagi ada rasa sayang kepada Negara tercinta ini marilah kita bersatu hati berganding bahu menghapuskan penipuan dan kezaliman ini dengan mengenepikan idealogi politik , kaum dan sebagainya supaya kita tidak dilaknati oleh anak cucu kita di atas kealpaan diri kita selama ini.

Anonymous said...

Bukan apa....senang kak ros nak shopping nnt. Duit you duit I....

Anonymous said...

Hampa semua yg dok hentam najib ni pun bukan boleh percaya. Nanti najib huloq sikit semua pakat diam. Kah ..... kah .....kah ......

Kutukandewata said...

he he he!!! seronok juga baca komen kau orang!ada yang berhemah ada juga yang berbahasa indah!dari segi bahasa pun orang dapat menilai setakat mana tahap pemikiran kita!lebih malang lagi ada pulak yang berprasangka buruk dan fitnah kat orang lain.perbezaan pendapat bukan tiket untuk kita melabel orang lain dengan bahasa yang terkutuk! perbezaan pendapat dapat menjana minda kita di samping memperolehi pencerahan!kadang2 orang tak dapat membezakan peraturan.ada yang melibatkan pelbagai peraturan.ada yang berkaitan dengan dengan penjawat awam,ngo dan sebagainya!ada komen berkaitan dengan penjawat awam dan ngo,ada yang berkaitan dengan pertubuhan politik.sedangkan tak ada peruntukan perlembagaan atau undang-undang yang melarang sumbangan terhadap parti politik!duit sumbangan pulak tak melibatkan duit rakyat yang tertakluk kepada perundangan pelbagai akta! ini duit peribadi sang penyumbang atas dasar simpati terhadap perjuangan pihak tertentu!sumbangan terhadap peribadi yang rapat hubungannya sesama sendiri!tidak menjelaskan atau menjawab mungkin atass permintaan si penyumbang yang tak mahu namanya didedahkan!orang tahu najib rapat dengan ramai kerabat diraja di negara arab!kalau mereka nak beri najib seberapa banyak atas nama najib pun tak salah!daripada mereka membiarkan bunga simpanan mereka dibank diberi kepada pertubuhan kristian yang mana pertubuhan kristian asia pun dapat lebih baik mereka beri kepada pemimpin negara orang islam yang memerintah! sekurang2nya malaysia masih berdiri tegak dalam keadaan negara islam arab huru hara kerana sebahagian rakyatnya bersekongkol dengan barat menjatuhkan kerajaan mereka sendiri! jangan hipokritlah!kalau beria-ia sangat nak tunjuk yang diri tu pejuang kebenaran mengapa tak desak parti pembangkang sekali supaya mendedahkan dari mana mereka dapat sumbangan kewangan?semasa sprm mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan peraturan yang jelas tentang dana untuk parti2 politik agar semuanya telus kenapa pihak pembangkang menolaknya dengan sekeras2nya dengan alasan takut para penyumbang tak berani nak beri sumbangan lagi? kenapa dana umno aje yang korang bising2? kita sukar berdepan dengan orang yang hanya mahu menerima jawapan B saja. jawapan A walau benar sekali pun tidak akan di terima.tetap mahu jawapan B dan akan spin supaya jawapan A itu bertukar menjadi B. maknanya B itu najib mesti jatuh walau apa pun caranya!