Sunday 9 August 2015

DIMANA DATANG LOJIKNYA BAHAWA 2.6 BILLION SUMBANGAN PAK ARAB ITU RASUAH? RENUNGKAN....


1. Apa itu rasuah?Antaranya ialah memberi wang atau barangan atau lain lain kepada seseorang dengan harapan mendapat balasan seperti projek atau peluang perniagaan yang menguntungkan.

2. Kalau memberi rasuah sebanyak RM100, harapan pemberi rasuah akan mendapat balasan yang boleh memberi keuntungan yang melebihi dari RM100 seperti RM200 atau RM300 atau RM400 hatta sampai ribu ribu.


3. Kalau rasuah di beri sebanyak US$700juta (RM2,600juta), bermakna harapan balasannya sekurang-kurangnya akan memberi keuntungan sebanyak US$1,000juta (RM3,700juta). Kalau keuntungan kurang dari itu, ianya tidak berbaloi untuk memberi rasuah sebanyak US$700 juta.

4. Kalau kadar keuntungan satu satu projek itu 10%, maka nilai projek yg memberi keuntungan sebanyak US$1,000juta (RM3,700juta) ialah kali 10 iaitu US$10,000juta (RM37,000juta). Besar tu, banyak tu. Apakah projek yang kontraknya bernilai sebanyak itu? Saya tak boleh fikir, jawabnya tidak ada projek/kontrak kerajaan sebesar itu.

5. Lazimnya kalau projek besar, kadar untung bersih lebih kurang 5% saja. Jadi kalau hendak dapat untung US$1,000juta (RM3,700juta), semestinya nilai projek/kontrak kena kali 20 iaitu US$20,000juta (RM74,000juta). Tak ada projek sebesar itu.

6. Maka sumbangan US$700juta (RM2,600juta) adalah BUKAN RASUAH. Ianya satu derma ikhlas untuk dana politik bagi memastikan kerajaan boleh dipertahankan dan terus mentadbir negara.

2 comments:

Anonymous said...

Eh.. x lh.kn hari tue pm kata xde bila wsj wat repot psl rm2.6 nie masok personal akaun pm.siap nk saman lg.saman lh.

Jadwal KRL Agustus 2015 said...

terima kasih atas artikelnya