Thursday 2 October 2014

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA!!!

Bajet 2015 - Harapan 1.5 Juta Penjawat Awam Mahu 'Buah Tangan' Terbaik Dari Kerajaan

Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup! Naik Elaun Kami & Bantu Nasib 630,000 Kakitangan Awam di Malaysia Termasuk Guru, Jururawat, Polis & Tentera! Cuepacs Malaysia yang mewakili 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia mahukan lebih daripada sekadar kenaikan gaji kakitangan awam naik di Malaysia. Ya…itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada Presiden Cuepacs Malaysia ini.






Menjelang pembentangan bajet 2015 Malaysia besarlah harapan 1.5 juta kakitangan kerajaan mahukan “buah tangan” yang boleh ditawarkan kerajaan Malaysia untuk mereka bagi meneruskan kesinambungan hidup bagi 12 bulan yang akan datang. Oleh itu, Cuepacs Malaysia sedang bertungkus lumus dengan kerajaan bagi menyelesaikan beberapa isu-isu yang berkaitan dengan penjawat awam di Malaysia


Berdasarkan kajian & pemerhatian Cuepacs dan majoriti kakitangan kerajaan semakin risau dengan masalah kenaikan kos sara hidup naik di Malaysia, ditambah dengan gelombang bebanan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) 6% bermula April 2015.



Kenaikan Gaji Kakitangan Naik



Kerajaan malaysia perlu membina lebih banyak rumah mampu milik terutamanya melibatkan 630,000 kakitangan awam yang menikmati gaji di bawah RM3,000 sebulan termasuklah polis, askar, jururawat dan guru.



Cuepacs mahu kerajaan kaji semula tindakan kerajaan Malaysia potong 50% elaun kos sara hidup (Cola) & elaun perumahan penjawat awam yang memilih untuk tinggal di kuarters kerajaan. Apa beza dengan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM124 sebulan jikalau kerajaan memotong elaun tersebut?


Cuepacs mahu kerajaan umumkan kenaikan elaun kos sara hidup (COLA) daripada di antara RM200 dan RM300 kepada angka yang lebih tinggi bersesuaian dengan sara hidup sekarang.


Kenaikan Elaun perumahan kakitangan awam naik sepatutnya tidak lagi berlegar RM180 sebulan, sepatutnya lebih daripada nilai yang sudah lama tidak berganjak ini.


Realitinya, ada kalangan pegawai kerajaan yang telah lama bekerja di sektor awam selama lebih 10 tahun tetapi masih lagi tidak mampu beli rumah sendiri dek kerana kenaikan harga rumah melonjak lebih laju dibandingkan kenaikan gaji mereka ditambah pula, kadar sewa yang dikenakan ke atas mereka selama ini melibatkan sebahagian besar gaji bulanan mereka.

4 comments:

. said...

Orang kampung cam kwn,
kerja sendiri amik upah nyawit.. metik,meracun,mancang,nanam,nolak,
loading,repir2 rumah..
bakal dapat ape yek???...

Anonymous said...

Penjawat Awam... Hampeh

Kerja Malas, Rasuah Sana Sini Tahu Mahu itu Ini..

Kastam Rasuah Billion...

Satu Jabatan Pulak Tuuh

Dulu Imigresen.. Satu Jabatan..

Department Lain pon sama..

Melayu Dlm Jabatan Awam memang Kaki Rasuah

Anonymous said...

jawablah di akhirat nanti.tuduh orang tanpa bukti!

THE GREEN said...

apa lg.. turun la harga minyak tu.. tak reti2 pulak..