Uyang (China): Dia dibogelkan secara paksa
dan dipukul tanpa belas kasihan oleh
sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk.
Bukan saja polis tidak datang membantu,
malah orang ramai juga tidak campur tangan
ketika kumpulan wanita berkenaan menendang
celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li,
38, walaupun dia meraung kesakitan.
Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu
kerana dia tidur dengan suami orang.
Ia kejadian terbaru seumpamanya di
China yang menyaksikan wanita dimalu
dan dipukul di khalayak ramai kerana
menjadi punca lelaki bersikap curang
terhadap isteri. Dalam kejadian kelmarin,
Lin diserbu empat wanita ketika berjalan
pulang dari membeli-belah di Puyang,
wilayah Henan, di timur China.
Dengan menumbuk dan menendangnya
sehingga Lin terjatuh sambil meraung
kesakitan, penyerangnya kemudian
menanggalkan pakaiannya sebelum
memukulnya lagi, menarik rambut dan
menendang celah kelangkang dan payu
daranya. Serangan ganas itu dikatakan
dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa
tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga
rakannya.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian
hanya memerhatikannya. Seorang lelaki
tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu
Lin selepas penyerangnya meninggalkan
tempat itu memberitahu stesen televisyen
tempatan:
"Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa.
"Isteri dan teman wanita membalas dendam
terhadap lelaki mereka dengan menyerang
wanita lain. Orang ramai tidak berminat
membantu." Lin yang calar-balar dan lebam
kemudian dibawa ke hospital selepas
merayu dipanggilkan ambulans.- Agensi
No comments:
Post a Comment