Thursday, 9 October 2014

Noktah Pilu Cinta Mazuin!!!







Episod cinta Mazuin dengan Pengiran Muda Sufri 

Bolkiah bermula pada 10 Julai 1987. 


Pertemuan pertama mereka di Vila Cinta Bersemi 
(kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) 
telah memberi kesempatan untuk sama-sama 
bertentang mata. 

Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi oleh 

Mazuin tetapi sebaliknya, rombongan artis Malaysia 
yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk 
bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu 
dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan 
baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya 
pada penghujung Julai 1987. 

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang 
cukup hebat dan beliau pula sudah tentu mendapat 
perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan 
layanan kepadanya itu bertaraf lima bintang. 

Sebelum beliau dan rombongan artis pulang ke 

Malaysia, Sufri memberanikan diri untuk 
mengadakan pertemuan dengan Mazuin yang 
ditemani ibunya, Maimon. 

Di ruang pejabat Istana Nurul Hana, Sufri telah 

menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang 
Mazuin. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan 
dalam majalah URTV, Sufri terlebih dahulu 
bertanyakan sama ada beliau mempunyai pilihan 
hati sebelum meminangnya.

Tergamam dengan pertanyaan oleh Sufri, Mazuin 

menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani 
anaknya itu juga ditanya oleh Sufri tentang 
kesediaan untuk menerima kehadirannya sebagai 
menantunya. 

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu

dibuat oleh Mazuin sendiri kerana berpendapat, 
pada usia 23 tahun adalah lebih baik jika Mazuin 
sahaja yang menentukan masa depannya. 

Setelah kata sepakat dicapai, selang seminggu 

selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri 
berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya 
untuk melamar Mazuin.















Mazuin ketika mendukung anaknya, Puteri 

Ajeerah dan turut kelihatan Sudirman di 
belakang mereka.

Berita itu juga mendapat perhatian akhbar Utusan 

Malaysia yang berjaya mendapatkan pengakuan 
eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah 
melamar Mazuin. Cinta di antara mereka bermula 
selepas detik itu.

Persiapan dalam jangka masa berbulan-bulan 

dilakukan sehinggalah kepadamajlis pernikahan 
dan persandingan yang berlangsung secara gilang
-gemilang. Mereka telah dinikahkan pada 11 
Disember 1987.

Beliau juga pernah dikenali dengan nama 

"Pengiran Bini Mazuin Hamzah" selepas 
melangsungkan perkahwinan. 

Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang 

diangkat kedudukannya sebagai permaisuri kepada 
kerabat diraja bagi antara negara paling kaya di 
dunia.

Majlis perkahwinan mereka juga dikatakan kekal 

sebagai perkahwinan paling gemilang dalam kalangan 
artis tempatan sehingga ke hari ini.

Mereka telah memperoleh cahaya mata pertama yang 

bernama "Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah" 
pada 7 September 1988. Namun, tiada siapa yang 
pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan 
noktah yang cukup pilu.

 Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para 

wartawan bagi mendapatkan reaksinya.
















Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran 
Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran 
Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan 
Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien 
berkahwin sebanyak empat kali iaitu:

Pertama -

Pangiran Anak Istri Pangiran Anak Salma bt Pengiran Anak 
Muhammad Salleh (14.07.1971 - 1981),

Kedua -

Dayang Hajjah Siti Ruhaizah binti Ibrahim (20.02.1982 - 1986), 

Ketiga - 

Dayang Hajjah Mazuin binti Hamzah (11.02.1987 - 2003)


Akhir sekali- 

Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato' Hj Nasir (1999 - sekarang

-ibu saudara Fazura). Hasil daripada empat perkahwinan 
ini beliau dikurniakan dengan tiga orang putera dan tujuh 
puteri. 

Jurucakap bagi Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam 

juga tidak mahu mengumumkan perkara mengenai 
perceraian mereka kepada peminat atau wartawan 
kerana bersifat peribadi. 

Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh 

dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum beliau 
berkahwin dengan Sufri.

Selain itu, catatan hidup Mazuin ada signifikannya 

dengan lirik lagu "Penjara Cinta" hasil nyanyiannya 
sebelum berkahwin.Sehingga kini, Mazuin sukar 
untuk dijejaki bagi mendapatkan reaksinya.

Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang 

penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya 
sebelum dia menduduki takhta di istana.

Mazuin tidak pernah meminta kehidupannya 

ditakdir sedemikian rupa tetapi hakikatnya 
musim-musim indah yang pernah dilewatinya 
sudah berakhir.

Foto terbaru Mazuin

Sebahagian daripada kehidupan Mazuin diterjemahkan 
ke dalam lirik "Penjara Cinta" yang antara lain menyebut...

 bagai merpati Sepi disangkari


 Tiada keindahan


 Tak berteman


 Tiada kebebasan


 Tiada kedamaian


 Hatiku berduka Terpenjara...



Lirik penuh bermakna oleh Seri Bayu ini bagaikan 

menjelaskan segala-galanya mengenai kehidupan 
wanita bernama Mazuin Hamzah.


Walaupun mazuin sekarang sudah tidak bersama lagi, 
mazuin masih lagi menetap(istana) di Brunei dan dengar 
cerita anak anak mazuin bersekolah diluar negeri,dan 
mazuin juga masih lagi dlm kategori VIP. 

No comments: