Sunday 12 October 2014

DARI KECIL HINGGA DEWASA ASYIK NAK BERTELANJANG!!!



KEBEBASAN YANG HARUS DIHINDARKAN DI MALAYSIA!!!!



7 Pusat Pelancongan Bogel Paling Sensasional!!!



Berlibur ke puncak gunung atau taman bermain itu buat orang biasa. Untuk orang-orang yang 'luar biasa' berikut adalah senarai sepuluh destinasi pelancongan yang paling unik  yang baru saja diumumkan HotelsCombined . Tapi hati-hati, itu adalah cara berlibur dan tempat berpelesiran di mana orang bercuti tanpa selembar benang pun!


1. World Naked Bike Ride






Festival berbasikal telanjang ini merupakan acara tahunan yang diselenggarakan tiap 12 Mac.

Festival ini dilakukan di setiap bandar di pelbagai negara. Orang yang mengikuti festival ini boleh berbasikal dalam keadaan bogel.


2. Mandi musim panas, Ooedo-Onsen-Monogatari, Tokyo, Jepun.



Dalam acara mandian musim panas di Ooedo-Onsen-Monogatari, Tokyo, Jepun, pelancong dari pelbagai negara boleh berendam sambil telanjang bulat di Onsen, air panas semulajadi yang kaya dengan mineral, yang merupakan sebahagian daripada tradisi Jepun.



3. Festival seni menghias tubuh di Portschach am Worthersee, Austria.




Fetival menghias tubuh di Portschach am Worthersee, Austria, dilakukan setiap tahun. World Body Painting Festival adalah festival seni lukis tubuh terbesar yang diadakan dari 27 Jun hingga 3 Julai setiap tahun.



4. Bandar telanjang di Perancis.



Bandar Cap d'Agde di Perancis juga disebut bandar telanjang. Di bandar ini, anda bebas untuk tidak mengenakan sehelai benang pun semasa dalam perjalanan. Mengenakan pakaian bersifat pilihan di bandar ini. Bandar ini juga dinobatkan sebagai ibukota dunia naturalisme.



5. Taman telanjang di Munich, Jerman.




Englischer Garten, di Munich, Jerman merupakan taman di mana para pengunjungnya boleh bebas berjemur dalam keadaan bogel. 

Taman ini merupakan taman bandar terbesar di Eropah dengan luas hampir empat kilometer persegi. Berjemur telanjang telah dibenarkan di taman ini sejak tahun 1960-an.



6. Pantai telanjang.



Pantai Haulover merupakan pantai di Miami, Florida, di mana orang bebas berbogel ria. 

Pantai ini mendapat izin khusus dari kerajaan Amerika Syarikat di mana mengenakan pakaian dinyatakan bersifat pilihan.



7. Kapal layar telanjang.



Sebuah kapal layar di Split, Croatia, milik syarikat kapal Waterways menawarkan perjalanan sensasi, yaitu perjalanan lapan hari di kapal layar. Pelancong dibolehkan bertelanjang dalam perjalanan ke pantai Dalmatian di Croatia.