Tuesday, 14 October 2014

POLIGAMI ADA SYARATNYA!!! BUKAN BOLEH MAIN TERJAH AJE!!!







 1. Hikmah Kahwin Lebih Dari Satu


-Poligami ialah amalan berkahwin lebih dari seorang wanita. Ianya merupakan salah satu sunah Rasulullah untuk menjinakkan dan mengawal nafsu lelaki, selain untuk menolong kaum wanita sendiri. Amalan ini sering dikaitkan ole
h musuh-musuh Islam sebagai bahan untuk memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan agama yang suci ini. Monogami pula ialah amalan berkahwin dengan seorang wanita sahaja.




2. Manfaat dan Hikmah Poligami.



- Menurur Dr. Yusof al-Qadhawi, bahawa sesungguhnya Islam adalah kalimah Allah yang terakhir di mana dengannya merupakan penutup segala risalah Nabi-nabi sebelumnya. Oleh itu syariat Islam didatangkan secara menyeluruh dan abadi untuk seluruh manusia di pelusuk dunia. 



Sebahagian lelaki pula mempunyai keinginan syahwat seks yang terlalu kuat, tetapi dia telah dikurniakan dengan seorang isteri yang rendah keinginannya terhadap lelaki. Samada kerana sakit atau mempunyai tempoh haid yang agak lama. 



Dalam masalah ini lelaki tidak dapat menahan kesabarannya terhadap wanita. Dalam keadaan begini salahkah jika dia mengahwini seorang lagi perempuan secara halal sebagai ganti dari prempan yang disimpannya secara haram.



Syed Sabiq pula telah menyatakan tentang hikmah berpoligami dengan panjang lebar. Antara yang diperkatakan oleh beliau ialah:



1. Perkahwinan poligami adalah merupakan Rahmat dari Allah Taala.


2. Memperbanyakkan rakyat dan keturunan.


3. Melindungi janda-janda yg kematian suami dan sebaliknya.


4. Sebagai jln penyelesaian ketika menghadapi masalah kekurangan lelaki.


5. Mengatasi masalah wanita tdk dpt melakukan hubungan ketika berada dlm tempoh haid selama seminggu. Tempoh mlahirkan serta nifas selama 40 hari dan selepas usia putus haid iaitu sekitar 45 atau 50 tahun. Sedangkan lelaki sntiasa dlm keadaan terbuka mlakukan hubungan seks sejak usia baligh sehingga mencecah usia tuanya.


6. Pengambilan syariat poligami dlm negara² Islam mrupakan satu kebaikan yg amat besar si dlm mengekalkan bersihnya imej negara dari gejala-gejala keruntuhan nilai sosial dan hilangnya akhlak generasi.




Syarat-syarat Poligami.


- Islam mengharuskan poligami dengan mengenakan dua syarat utama iaitu:




1. Dapat Bersikap Adil Terhadap Isteri-isterinya.



- Maksud adil di sini ialah keadilan yang mampu dicapai oleh mnusia, iaitu penyamarataan dari sudut meterial mau pun nafkah. Pergaulan yang baik dan tempat tinggal. Bukanlah yang dimaksudkan dengan adil di sini penyamarataan dari sudut perasaan, cinta dan kecenderungan hati Kerana perkara ini tidak mampu dilakukan oleh seseorang.




2. Mampu Memberi Nafkah.



-Syarak tidak membenarkan perkahwinan seorang lelaki yang ternyata tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya, sama ada isterinya itu seorang, dua, tiga atau empat.


Syarat yang dikenakan oleh Allah Taala terhadap syarat-syarat poligami hanya kepada sesiapa yang berkeinginan untuk berpoligami sahaja. Dalam Firman Allah yg bermaksud:



"Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah seorang sahaja)"
[al-Nisa': 3]



Sebuah pernikahan adalah Sah mengikut hukum syarak.Wanita yg tidak sah di kahwini seperti:


1. gila.


2. berkahwin perempuan pada masa iddah.


3. Bersetatus masih isteri orang.


4. saudara sedarah sedaging dan anak susuan


Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Hak suami atas isteri ialah tidak menjauhi tempat tidur suami, melayannya dengan benar dan jujur, mentaati perintahnya, tidak keluar rumah (berpergian) kecuali dengan izin suaminya, tidak memasukkan ke rumahnya orang-orang
yang tidak disukai suaminya."
(HR. Tabrani)




Isteri yang tidak menghormati suami bermaksud dia tidak bertanggungjawab dan lupa akan kewajipannya.



Isteri yang tidak menghormati suami akan membuatkan rumahtangga seperti neraka terutama bagi suami. Suami akan selalu berasa gelisah dan tidak akan sangup tingal serumah.



Seorang isteri yang bertakwa kepada Allah s.w.t. dan menghormati suami, akan masuk syurga sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.:



"Apabila seorang isteri melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan (Ramadan), memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka akan masuk syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya."
(HR. Ibnu Hibban)


dari FB :

No comments: