Friday, 31 October 2014

HUJAHAN PEGUAMBELA ANWAR MEMPERLIHATKAN KEBENARAN BAHAWA MEMANG BENAR ANWAR SEORANG PELIWAT!!!



GAGAL Buktikan Anwar Tidak Meliwat, Para Peguambela Anwar Beralih Kepada LIWAT SUKA SAMA SUKA!









ADAKAH PASUKAN PEGUAMBELA 

ANWAR BERKONSPIRASI DENGAN 

UMNO?


Anwar Ibrahim dan konco-konconya 
seringkali menuduh kes liwat yang sedang 
dihadapinya dan telah menyebabkan 

Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 

penjara selama lima tahun pada Mac 

adalah konspirasi UMNO semata-mata.


Kata Anwar lagi, semua itu adalah fitnah 
kerana UMNO dan Barisan Nasional sangat bimbang dan takut kerana Anwar bakal 
melakukan repformasi terutama sekali 
penentangan ke atas RASUAH dan 
PENYALAHGUNAAN serta PENYELEWENGAN 
yang kononnya dilakukan oleh para pemimpin 
UMNO sewenang-wenangnya.

Namun sudah ada yang bertanya, sepanjang mmemperjuangkan anti rasuah, 
berapa kalikah Anwar telah menghadap 
SPRM dan menyalurkan segala maklumat 
yang diketahuinya memandangkan Anwar 
Ibrahim sering mendabik dada, dia tahu 
semua perkara.



Bertentangan dengan kepercayaan yang 
cuba diterapkan oleh Anwar Ibrahim, sepanjang 
tiga hari penghujahan oleh para peguambelanya yang sudah pasti mendapat Mandat, kelulusan dan kepercayaan daripada Anwar ialah FAKTA 
yang dinyatakan oleh peguam-peguamnya. 


Hari ini sahaja, Sangeet, Ram Karpal dan 
Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah 
bahawa LIWAT ANTARA ANWAR IBRAHIM 
DENGAN SAIFUL ADALAH SUKA SAMA SUKA!

Sekaligus para peguamnya bersetuju dengan pendakwaraya bahawa Anwar meliwat 
Saiful tetapi kelebihan berpihak kepada Saiful kerana Saiful membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar.

Sedangkan apra penyokong Anwar pula yang sudah kelam-kabut cuba 'membetulkan' semula persepsi tersebut dengan menyatakan, bukti-bukti klinikal, selain penggunaan KY Jelly dan liwat berulang, selain daripada tiada 
kesan melawan oleh Saiful membuktikan 
pemaksaan liwat sekaligus tiada liwat.


Para penyokong Anwar cuba untuk menyamakan perbuatan liwat dengan rogol, sedangkan ia adalah 
dua kes yang sama sekali bertentangan dan berlainan.

Dengan kenyataan dan hujah-hujah pembelaan 
para peguambela Anwar Ibrahim itu, adakah itu bermakna barisan peguam Anwar Ibrahim sedang BERKONSPIRASI dan BEKERJASAMA dengan UMNO dan KERAJAAN MALAYSIA, memandangkan tuduhan ke atas Anwar adalah, meliwat bekas pembantunya, bukannya merogol bekas pembantunya?

Benarlah seperti yang dikatakan oleh 
Shafie Abdullah, liwat suka sama suka atau liwat paksa rela, 
hakikatnya Anwar Ibrahim adalah 
meliwat. Dan perbuatan meliwat tidak 
boleh diterima langsung di Malaysia 
dalam apa keadaan sekalipun!


No comments: