Thursday, 30 October 2014

KERANA PANJANG TANGAN WANITA DITELANJANG!!!

GARA-GARA MENCURI, PEREMPUAN 

INI DITELANJANGI PEMILIK KEDAI!!!



Foto: Mirror

Seorang perempuan di Zhejiang, China, ditelanjangi 
oleh pemilik kedai yang menangkapnya ketika 
berusaha mencuri baju di kedai beliau. 
Demikian dilaporkan Mirror, Isnin 27 Oktober 2014.

Pemilik kedai, Mei Hsueh, mengatakan pada polis 
bahawa dia hanya ingin memberikan hukuman. 
Dia melucutkan pakaian perempuan berusia 28 
tahun bernama Yu Chung itu, agar tidak melarikan 
diri sebelum polis datang.

"Pencuri itu berusaha mencuri baju dari kedai, 
jadi Saya mengambil juga pakaiannya. Dia akan 
berfikir semula kalau berusaha melakukannya lagi. 
Itu juga untuk peringatan bagi pencuri lain," kata Mei.

Mei membuka baju dan bra Yu Chung, lalu menolaknya 
ke tepi jalan untuk memalukannya. Jurucakap polis 
Chi Tuan, mengatakan Yu Chung ditangkap 
dengan tuduhan mencuri dan tidak ada tindakan 
yang akan dilakukan polis terhadap pemilik kedai.
Sumber: viva.co.id

No comments: