Monday 13 October 2014

KETAGIH BAU KASUT WANITA!!!




Seorang pencuri yang kemaruk dengan kasut dilapor mencuri kasut dari kaki wanita di beberapa stesen kereta api bawah tanah di bandar raya ini.

Polis berkata, semua kejadian aneh itu berlaku di stesen kereta api seluruh Brooklyn, New York ketika mangsa menanti untuk menaiki kereta api.

Beberapa wanita memberitahu polis, pencuri berkenaan mendekati mereka dan merampas kasut dari kaki mereka ketika mereka berdiri atau duduk menunggu kereta api.

Rakaman televisyen keselamatan menunjukkan lelaki yang berpakaian gelap dan bertopi hitam itu menghampiri wanita dari belakang dan mengambil kasut mangsa sebelum melarikan diri.

Jabatan Polis New York berkata, dua wanita mengenal pasti lelaki yang sama terbabit dalam kejadian itu.
"Suspek hanya berminat kepada kasut kanan tanpa mengira sama ada ia bertumit tinggi, kasut sukan atau kasut biasa, kerana dia sukakan semuanya.

"Pencuri ini mungkin ketagih bau kasut wanita," kata seorang anggota polis.
Kali terakhir lelaki itu mencuri ialah di stesen kereta api di Coney Island minggu lalu apabila dia merampas kasut sukan seorang wanita ketika mangsa menaiki tangga.

No comments: