Monday, 27 October 2014

Bagaimana Mengatur Konflik Dalam Berumah Tangga.....



Memupuk masalah menuai konflik Hidup berumahtangga tanpa konflik ibarat masakan tanpa garam, kata sebahagian orang. Konflik adalah bumbu kehidupan, kata sebahagian yang lain. 

Masakan tanpa garam, apalagi tanpa bumbu tentu hanya menyajikan citarasa hambar yang tidak menarik. Namun, mengapa konflik sering merosakkan hubungan sesama manusia? 

Apakah ini bermakna sebagai chef kehidupan pelaku konflik tak pandai membancuh rempah? Rasa kesal, kecewa, tak suka, tak setuju, pun tak sependapat bukan hal aneh dalam hidup berumah tangga. 

Memandangkan perkahwinan adalah bersatunya dua personaliti unik yang dibesarkan secara berbeza pula, mencari suami atau isteri yang seia-sekata, satu selera, gaya dan perilaku mustahil pula untuk dilakukan. 

Berkenaan dengan itu, Yati Utoyo Lubis, MA, psikologi klinikal dari Universiti Indonesia menyebutkan bahawa sebuah rumahtangga memang mempunyai potensi besar menjadi lahan subur konflik. 

Betapa tidak, dua personaliti yang berbeza hidup berdampingan bertahun-tahun dalam satu bumbung, tak jarang hingga akhir hayat. Namun, punya potensi konflik tak lantas berarti harus berkonflik, kerana manakala ditata dengan baik, masalah dalam rumahtangga justru bisa berakhir dengan indah tanpa perlu timbul konflik. 

Kerana itu, bila-bila suatu masalah boleh muncul menjadi konflik? Bila sudah muncul dua niat, dua destinasi atau dua harapan yang berbeza, yang sudah bertentangan diantara masing masing kepentingan, yang tidak dapat diselesaikan? ujar Yati. 

Sementara, konflik sendiri diertikan sebagai level lanjutan sebuah problem rumah tangga. Bila sekadar merasa ada perbezaan, jurang, maupun perasaan-perasaan tidak selesa, sesungguhya hal itu baru merupakan sebuah problem peribadi, namun bila problem yang dirasakan ini tak segera ditangani, ia akan berubah menjadi konflik.? 

Satu petunjuk yang mudah untuk menunjukkan adanya konflik dalam rumah tangga adalah, manakala komunikasi diantara suami isteri tidak berjalan, dan pola ineteraksi yang terbangun diantara keduanya mempunyai keadaan yang menegangkan. 

Ketika salah satu dari pasangan cuba bicara namun berakhir pada pertengkaran atau tanggapan-tanggapan yang pedas, sinis atau sarkastik, itu juga menunjukkan bahawa mereka tengah memerlukan emergency exit yang amat segera. 

Sebab asas dan sebab lanjutan Banyak sebab terjadinya konflik suami isteri, Yati Utoyo Lubis merincinya menjadi konflik dengan alasan ekonomi, keluarga besar, orang ketiga, anak hingga perbezaan-perbezaan kecil yang biasa terdapat pada diri kedua-dua pasangan. 

Namun, meski mengakui adanya sebab-sebab dengan alasan tersebut. Ada akar permasalahan yang lebih mendasar dari munculnya konflik suami isteri iaitu soal niat, tujuan dan orientasi perkahwinan yang belum beres. ketenteraman rumah tangga sudah menjadi satu pakej dengan keberlangsungan perkahwinan sejauh perkahwinan itu dijalani atas dasar niat, tujuan dan orientasi perkahwinan yang benar. 

Sehingga, manakala ketenteraman hilang dari dalam rumah tangga kita, terlebih dahulu periksa hal-hal yang berkaitan dengan soal niat, tujuan dan orientasi perkahwinan. Masihkah berada pada landasan kebenaran? 

Setelah sebab asas ini, punca utama konflik yang nampak paling dominan, adalah soal komunikasi. Baik yang tersumbat dalam melakukan komunikasi, tidak berani melakukan komunikasi maupun yang melakukan komunikasi tetapi merasa terpaksa. 

Sering berlaku, pasangan suami isteri tidak mampu mendedahkan rasa tidak suka, cemburu, tidak setuju dan seumpamanya dengan cara yang tepat. Padahal, kita harus mempunyai satu prinsip berkomunikasi yang meletakkan penghormatan, perhatian, respon dan kemesraan dalam hal mendedahkan mesej atau sebaliknya menangkap mesej.

Secara ringkasnya ia berkata, Bila penghormatan dan perhatian hilang, bersedia menyambut hari-hari panjang penuh konflik dan penderitaan. Terakhir, konflik juga boleh timbul kerana adanya pola interaksi yang tidak baik, bererti kita telah kehilangan satu pola komunikasi yang baik. 

Bila kualiti komunikasi dan pola interaksi suami isteri baik, maka masalah yang timbul dapat segera diatasi sehingga tidak menjadi konflik. Itu hanya menjadi suatu problem sahaja. Perlu kemahuan tinggi Meski tidak dianjurkan memelihara konflik, pasangan suami isteri tak perlu takut terlibat konflik. Yang penting mereka siap mengatur konflik agar boleh diatasi dengan baik. 

Konflik justru boleh bermakna positif dalam hidup seseorang, iaitu jika ia mampu meningkatkan kematangan hubungan suami isteri. Namun konflik bermakna positif ini adalah konflik yang kemunculannya adalah untuk dihadapi, diatur secara santun, dan bukannya dielakkan atau malah diumbar dalam bentuk konflik terbuka. 

Memandangkan faktor utama yang mendorong timbulnya konflik adalah soal kegagalan berkomunikasi, maka berkomunikasi atau memperbaiki komunikasi juga menjadi penyelesaian utama. Malangnya beberapa orang mengaku tidak mampu lagi berkomunikasi dengan pasangannya. 

Dan ini adalah satu perkara yang ditentang oleh ahli psikologi Yati Utoyo Lubis. Setiap orang pasti boleh berkomunikasi, tegas Yati. Memang ada orang yang belum apa-apa sudah bilang tidak boleh berkomunikasi, padahal menurut saya itu karut. 

Kenapa? "Oleh kerana komunikasi itu sesungguhnya bukan soal tidak boleh tetapi tidak mau" tambahnya. Bole juga terjadi, problem yang ada dipendam dan disusun atau kemarahan dibiarkan berlarutan tanpa disampaikan sehingga munculah ketakutan yang semakin besar untuk mendedahkannya. 

Ketakutan ini lantas saja dianggap sebagai ketidakupayaan. 
Mengatasi soal halangan berkomunikasi ini, bagi pihak yang merasakan ada masalah untuk segera membuka diri tanpa menunggu pihak lain menjadi peka atau berharap pasangan sudah faham dengan sendirinya. 

Anak-anak yang menderita Bagi pasangan yang tidak berani menghadapi konflik , ingatlah bahawa kesan adanya konflik sangat luas dan menyakitkan, baik bagi kedua pasangan, keluarga besar dan terutama bagi anak-anak. 

Jadi suami, isteri dan anak-anak adalah pihak yang kurang bernasib baik dalam hal konflik yang tidak segera diatasi. Suami atau isteri boleh merasa ragu-ragu dan sikap acuh tak acuh terhadap tindakan, pemikiran ataupun perasaan pasangannya. 

Belum lagi jika selama ini yang muncul dalam komunikasi suami isteri adalah gaya menekan atau meremehkan, maka yang mungkin terjadi adalah munculnya rasa rendah diri, rendah serta tidak percaya diri pada diri pasangan yang kerap diremehkan. Bagi pasangan yang kerap diabaikan, dibentak atau mendapat tekanan dalam berkomunikasi , sangat mungkin muncul kemurungan yang sangat memberi kesan kepada keadaan kesihatan mental. 

Bila pasangan sudah merasa tidak bahagia, dia boleh bersikap bodoh, tak lagi berkeinginan memperbaiki hubungan atau bahkan, merasa putus asa.Begitupun sebagai manusia dewasa, pasangan suami isteri masih punya kesempatan memilih sikap atau mengambil jalan keluar. 

Entah dengan mencari penyelesaian, memohon bantuan, tidak ambil peduli atau bercerai. Sementara bagi anak-anak, konflik ibu bapa yang tidak dapat diselesaikan hanya berkesudahan pada satu kata "menderita".

Bagi anak-anak ada tiga hal yang mungkin terjadi seiring berlarutnya konflik ibu bapa.

Pertama, sekurang-kurangnya mereka kehilangan peluang bermain dengan ibu bapanya yang tengah berkonflik. Seterusnya mereka akan mendapati kurangnya perhatian ibu bapa pada mereka kerana disibukkan dengan konflik dan, tahap lanjutannya adalah manakala anak sampai mengalami child abuse (penyiksaan) baik yang berkonotasi fizikal, sebagai melepaskan kemarahan ibu bapa, atau penyiksaan psikologi dan verbal. 

Kerana itu, sebelum konflik suami isteri memakan korban , segeralah mengambil tindakan. Urus masalah dan atasi konflik dengan cepat dan tepat. Diambil dari: tentang-pernikahan.com

No comments: