Saturday, 25 October 2014

KASANOVA ROMANIA BIKIN PANIK 40 BEKAS KEKASIHNYA!!!



Puluhan perempuan di Romania terkejut dan panik saat 
menghadiri pengebumian bekas kekasih mereka, Daniel 
Decu, di bandar Segarcea. Para wanita itu marah saat 
mengetahui punca kematian sang Casanova tempatan itu, 
yakni AIDS.

Majlis pengebumian Daniel menjadi kecoh apabila puluhan 
perempuan yang diduga pernah berhubungan dengan lelaki 
24 tahun itu menjerit penuh kemarahan saat mengetahui 
penyakit bekas pujaan hati mereka.

Penyakit Daniel baru terungkap setelah koroner 
mengeluarkan laporan hasil autopsi. Tidak disebutkan 
telah berapa lama Decu mengidap virus mematikan itu.

Gara-gara fakta itu juga, lebih dari 40 wanita muda 
kemudian menjalani pemeriksaan di hospital. Dan, 
sekurang-kurangnya 
dua wanita sudah dinyatakan 
positif mendapat HIV dari sang Casanova. 

Sementara, puluhan lain resah dan hampir putus 
asa menunggu hasil pemeriksaan perubatan.

Doktor peribadi Daniel, Cornel Stanciu, mengaku 
pernah 
ingin membongkar penyakit Daniel. Namun 
dia 
membatalkannya kerana ibu Daniel mengancam 
akan 
mengambil tindakan mahkamah.

"Saya tahu dia (Daniel) punya banyak teman 
wanita, tapi 
tidak ada yang boleh saya lakukan," 
kata Stanciu. Mustahil 
untuk melakukan tindakan 
undang-undang pada Daniel 
yang sudah meninggal. 
Tapi ibu dan ahli keluarga Daniel kini sedang 
disiasat.

Menurut Undang-Undang Jenayah Romania, 
penularan 
HIV dari seseorang yang telah 
mengetahui dirinya dijangkiti boleh dihukum 
penjara antara lima hingga 15 tahun. Datuk 
bandar Segarcea, Nicolae Popa, berkata ibu 
Daniel Decu 
harus bertanggung jawab atas 
situasi buruk yang berlaku.

"Baru diketahui dengan jelas sekarang bahawa 
doktor 
keluarga tahu Daniel Decu positif HIV 
dan berusaha membuat peringatan pada awam. 
Tapi doktor diancam dengan tuntutan undang-
undang oleh ibu Daniel," kata Popa.

Dia tidak menjelaskan apa tindakan undang-
undang yang mungkin dikenakan terhadap 
ibu dan ahli keluarga Daniel 
lain.
Sumber: viva.co.id

No comments: