Friday, 10 October 2014

KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ YANG KAYA RAYA!!! SUKA KUMPUL KERETA MEWAH!!!


Padah Samakan Khalifah Umar Dengan Guan Eng!!!


KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pemuda PAS, Hafiz Nordin menyatakan gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz yang diberikan oleh PAS kepada Lim Guan Eng tidak wajar dan seolah-olah mempersenda tokoh pemimpin Islam itu.


Katanya, Khalifah Umar Abdul Aziz dan Lim Guan Eng merupakan dua individu yang amat berbeza dari segi watak dan keperibadian, bagai langit dengan bumi.


“Umar Abdul Aziz adalah tokoh besar kepimpinan Islam yang mempunyai keperibadian yang amat tinggi dari segi ketaatannya kepada Allah. 


Beliau juga merupakan cucu kepada Saidina Umar Al Khattab, salah seorang empat khalifah tersohor di dalam sejarah Islam.


“Malah, corak pemerintahan yang diamalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz di zaman pemerintahannya juga amat berbeza dengan Lim Guan Eng hari ini. 


Sebab itu saya dari awal lagi tidak bersetuju dengan gelaran yang diberikan kepada Ketua Menteri itu. Itu hanya berdasarkan kepada perasaan syok sendiri,” katanya..



Tambah beliau lagi, Mat Sabu merupakan individu yang bertanggungjawab menyarankan agar Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang mengikut gaya dan corak pentadbiran tokoh besar Islam itu.


“Perkara ini Mat Sabu sendiri yang kata kepada saya dalam satu pertemuan ketika saya masih memegang jawatan Ketua Pemuda PAS negeri dimana beliau berkata akan meminta Lim Guan Eng mentadbir dengan menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai role model.




“Atas saranan Mat Sabu, Guan Eng nampaknya bersetuju namun jelas menunjukkan Lim Guan Eng hanya mempergunakan nama tokoh besar Islam tersebut sebagai modal politiknya untuk menarik hati umat Islam di negara ini sedangkan realitinya kepimpinan Guan Eng dan Khalifah Umar Abdul Aziz amat berbeza sama sekali, dari semua sudut.


“Biarpun pada awalnya Guan Eng cuba memperlihatkan sikap ‘zuhudnya’ kepada rakyat di Pulau Pinang dan negara ini, namun lakonannya itu tidak dapat bertahan lama setelah bergelar Ketua Menteri selama dua penggal di negeri ini,” katanya – FMT

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah kepada pimpinan PAS yang sememangnya BODOHHHH kerana berjaya membodoh bodohkan melayu di Penang .........