Sunday, 26 October 2014

AWEK CANTIK MENONGGENG-NONGGENG!!!

LIMA PELUMBA MOTOCROSS WANITA TERCANTIK



 Foto: scigacz.pl

 Emma McFerran

Berasal dari Australia, dilahirkan pada 11 Mei 1988. 
Prestasinya di perlumbaan motocross tidak perlu 
diragukan lagi. Emma pernah menduduki tempat ke 
3 di piala wanita MX Australia di Horsham, juara 5 tiga 
tahun berturut-turut di Victoria Motocross Senior dan 
secara peribadi dijemput oleh PINK dan Carey Hart 
untuk melakukan FMX di lima bandar di Australia 
pada 2009.

 Tahun lalu, McFerran berlumba di Kejohanan Federation 
Internationale de Motocyclisme (FIM) Freestyle 
Motocross World Championship 2013 
(NIGHT of JUMPS) di kelas B senior 250cc.

  Foto: motocross.transworld.net

Ashley Fiolek

Lahir pada 22 Oktober 1990. Dia dikenali sebagai pelumba 
motocross pekak di Women 's Motocross Association. 
Memulakan kerjaya di dunia lumba motor sejak usia 
7 tahun. Walaupun dia tidak boleh mendengar bunyi 
raungan enjin motosikalnya sendiri, namun Ashley 
membuktikan bakatnya di dunia motocross yang 
luar biasa.

Menunggang motor lumba dengan nombor 67 dan 1, pada 
tahun 2008 dia menjuarai TOD Pro National champion 
selepas kemenangan profesional pertamanya di WMA 
Pro National Hangtown. Dia juga memenangi beberapa 
perlumbaan lain di musim 2009, termasuk Moto 1 di 
Hangtown dan Glen Helen. 

Pada awal 2010 kerjayanya melonjak dan hingga kini 
dia sudah memenangi 4 kali gelaran juara Nasional. 
Prestasinya di dunia motocross pernah 
menempatkannya sebagai Juara WMA termuda 
selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan 
ke 7 di Baja Town Raceway di Delmont, 
Pennsylvania pada 5 September 2009.

 Foto: supercross.com

Tarah Gieger

Wanita kelahiran Aguadilla, Puerto Rico 18 September 
1985 ini merupakan pelumba motocross wanita 
profesional. Sebelum menceburi dunia perlumbaan, 
Tarah senang menghabiskan masanya berlatih 
surfing dan kemudian memutuskan untuk berganti 
ke motocross pada umur 10 tahun. 

Kerjayanya secara profesional bermulanya sejak 
tahun 2000. Tarah telah memenangi Loretta Lynn 
AMA Amateur National Motocross Championship 
pada tahun 2004, 2006 dan 2007. Pada tahun 
2007, dia mendapat gelaran wanita pertama 
yang pernah bertanding di Motocross des Nations. 
Dan pada tahun 2008 dia juga menyandang 
gelaran sebagai wanita supercross pertama di 
X Games XIV.

 Foto: mundocross.com.br

Livia Lancelot

Wanita kelahiran Saint Denis, Perancis pada 11 
Februari 1988. 
Prestasinya dalam perlumbaan motocross juga 
boleh dibanggakan. Dia pernah meraih juara 
FIM Wanita Motocross World Championship 
pada tahun 2008 dan menempatkan dirinya 
sebagai juara wanita pertama yang pernah ada 
dalam sejarah motorcross Perancis.

 Foto: motorcycle-usa.com

Sara Price

Memulakan kerjaya secara profesional pada tahun 2009, 
Sara Price adalah pelumba baru di Kelas Wanita dari 
Lucas Oil Motocross Championship. Walaupun masih 
seorang amatur, namun wanita cantik dan seksi ini 
dikenali berdaya tahan di litar dan mampu 
mempamerkan prestasi terbaiknya di perlumbaan.