Monday, 13 October 2014

WANITA HARI INI OTAK BERSERABUT!



Dua Gadis Cantik Bangga Pamer 3 Buah Dada...




Mungkin terlalu "kreatif" dan cuba menarik perhatian umum, ada di kalangan manusia yang berotak namun tergamak menambah-nambah kejadian semulajadi yang ada pada tubuh mereka.


Ada yang sanggup menghabiskan wang berjuta ringgit untuk kelihatan cantik dan muda remaja, dan ada pula yang sanggup melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu menukar jantina yang ditetapkan Allah SWT.


Baru-baru ini dua wanita tiba-tiba menjadi "viral" di kalangan pengguna laman media sosial apabila mempamerkan pada dunia bahawa mereka memiliki TIGA payudara.




Kaitlyn Leeb, pernah muncul menerusi filem box office, Total Recall, dan memegang watak Len Wiseman telah mengejutkan dunia apabila tampil di pameran "Comic Con" dengan menonjolkan dirinya yang memiliki 3 payudara.


Gambarnya tersebar meluas di seluruh dunia.


Bagaimanapun, difahamkan bahawa tiga payudara yang dipamerkan Kaitlyn itu hanyalah palsu yang menjadi sebahagian dari kostum yang direka khas bagi pameran tersebut sempena dirinya yang pernah berlakon sebagai "wanita dengan tiga payudara" di dalam filem yang pernah dibintanginya itu.


Malangnya, gaya berkenaan telah ditiru oleh Jasmine Tridevil di Tampa Bay, Florida.



Memberi alasan untuk mengurangkan minat lelaki terhadapnya, Jasmine mengambil keputusan untuk membuat pembedahan plastik dengan kos RM60,000 semata-mata mahu menambah satu lagi payudara di dadanya.


Gara-gara kedegilan yang enggan mendengar nasihat ibu dan kakaknya yang membantah keras tindakan gila tersebut, Jasmine tidak bercakap dengan mereka sehingga kini.




Dalam satu kenyataan yang dipetik dari media antarabangsa, Jasmine selamba mengaku mendapat inspirasi dari Kaithlyn menerusi watak di dalam filem Total Recall. 


Harapan KedahNews.com supaya wanita Islam tidak sesekali meniru perkara-perkara bodoh dari barat yang jelas bertentangan dengan hukum hakam yang telah ditetapkan Allah SWT. 


Nau'zubilllahi min zalik! -KedahNews.com



No comments: