Saturday, 25 October 2014

SAUDARA BLOGGER TOK SELAMPIT,FAHAMILAH YANG TERSIRAT,JANGAN MUDAH MEMBUAT KESIMPULAN BERSANDARKAN YANG TERSURAT!!!

DARI BLOG CUCU TOK SELAMPIT!!!

Kalau Orang Pahang Tak Suka Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Di Sana, Pindahkan Saja Ke Selangor cc. @khairykj


Agak jelek dan memualkan apabila sebuah akademi bola sepak di Gambang menjadi kontroversi apabila akademi berkenaan yang menggunakan nama lagenda bolasepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari, dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Sebelum ini Perkasa Pahang membantah penamaan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari yang baru disempurnakan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Yang Di  Pertua Perkasa Pahang, Datuk Dr Wahid Manaf mahukan Presiden FAM yang juga Baginda Sultan Pahang diabadikan namanya di akademi tersebut. Beliau menyifatkan penamaan Mokhtar Dahari kepada akademi tersebut satu penghinaan halus kepada institusi Di Raja negeri itu.

Semalam pula, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, persoalannya mengapa pihak terbabit menggunakan nama Mokhtar Dahari sedangkan bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu tidak banyak berjasa kepada negara. Kenyataan biadap Ahli Parlimen itu amat keterlaluan. Jasa Allahyarham Mokhtar Dahari kepada kemajuan bolasepak negara lebih tinggi daripada jasa Datuk Abdul Manan kepada negeri Pahang.

Kalau orang-orang Pahang agak kenegerian sangat untuk mengabadikan nama atlet sukan di negeri Selangor pada akademi di bumi Pahang, apa kata Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin memindahkan sahaja akademi tersebut ke Selangor atau mana-mana negeri yang tidak menghina tokoh lagenda bolasepak negara. Apalah bagus sangat akademi tersebut berada di Gambang. Buat Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Di Pertua Perkasa Pahang dan rakan-rakan sekutu dengannya, pastikan dahulu Pahang dapat menewaskan Kedah hujung minggu ini di dalam Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia dan layak ke Peringkat Akhir sebelum cabul mulut untuk mempertikaikan jasa tokoh lagenda bolasepak negara.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/10/kalau-orang-pahang-tak-suka-akademi.html#qJGqyrsVdom8udAc.99



KD:

KJ pink


Persoalannya bukan soal nama Mokhtar Dahari atau Sultan Pahang!



Persoalannya Khairy yang diketahui umum bersekongkol dengan Anuar Musa mengkritik hebat pengurusan FAM telah ambil kesempatan sebagai menteri belia dan sukan membahasakan Sultan Pahang bahawa dia boleh menamakan siapa saja atas kuasanya kepada akademi tersebut walaupun dibina atas tanah negeri Pahang!


Masuk rumah orang,tapi Khairy biadap berlaku sumbang tanpa menghormati tuan rumah!



Sultan Pahang 30 tahun menerajui FAM. apakah baginda tidak langsung dipandang jasanya kepada negara sampai khairy tidak mengambilkira langsung pandangan Sultan P
ahang sebagai tuan tanahnya?


Bukan soal nama akademi tersebut tapi kebiadapan menteri kangkung tersebut kepada raja sebuah negeri yang bermurah hati menganugerahkan sebidang tanah untuk pembangunan bolasepak negara!



Kepada tuan blogger,CUCU TOK SELAMPIT cabaran saudara sudah ditunaikan oleh pemain Pahang dengan mengalahkan kedah 5-0 sebagaimana Felda United memalukan Selangor!!!

No comments: