Wednesday 15 October 2014

CINA SENTIASA BULI MELAYU SEJAK KEDATANGAN MEREKA LAGI!!! SIAPA BULI SIAPA NI???

Ketuanan Melayu : Siapa Buli Siapa?

Kapitan Cina

ISMAWEB - Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya. Ini hakikat yang memang tidak boleh dinafikan. Walaupun begitu, Malaysia berdiri atas satu prinsip dan tradisi yang sangat unik, iaitu hegemoni atau ketuanan Melayu yang menjadi teras utama negara.


Persepi massa yang dimainkan oleh media tempatan dan antarabangsa menunjukkan seolah-olah kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina telah dijadikan warga ‘kelas kedua’ oleh pemerintah Melayu. 

Bangsa Cina yang merupakan kedua teramai di Malaysia dikatakan menjadi mangsa diskriminasi oleh pemerintah Melayu. Dasar Ekonomi Baru (DEB), hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sering dikecam sebagai alat untuk memberikan kelebihan kepada orang Melayu untuk menindas, atau dalam kata lain ‘membuli’ kaum bukan Melayu. Persoalannya, benarkah kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina dibuli oleh Melayu?

Sejarah Tidak Menipu


Penting untuk kita meneliti kembali lembaran-lembaran sejarah untuk membuktikan dakwaan bahawa orang Melayu ‘membuli’ kaum Cina atau sebaliknya. 

Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1784 merupakan satu simbolik permulaan campur tangan British secara langsung ke dalam sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu. 

Satu perkara yang kita lupa ialah bagaimana peranan pemilik-pemilik lombong Cina yang juga merupakan individu berpengaruh di dalam pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang menjadi dalang yang membawa kepada campur tangan British di negeri Melayu.


Penguasaan pelombong Cina dalam industri bijih timah yang direkodkan pada tahun 1910 adalah sebanyak 78% dan menjadi 80% pada 2 tahun berikutnya [1]. Ini adalah satu data yang mengejutkan kerana sebelum ini perlombongan bijih timah dimiliki oleh Sultan, pembesar-pembesar dan orang Melayu sendiri. 

Apakah yang terjadi kepada pemilik-pemilik lombong Melayu sebelum ini? Akan timbul juga persoalan, iaitu bagaimana Sultan dan pembesar Melayu sanggup menyerahkan khazanah sepenting itu kepada orang luar? 

Selain itu, sejarah di Larut dan Sungai Ujong telah mencatatkan pergaduhan sesama sendiri antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina dan serangan kumpulan kongsi gelap ini terhadap orang Melayu telah menjadi alasan untuk British campur tangan dalam urusan pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. [2]


Beberapa tempat perlombongan juga telah ditukar identitinya kepada penempatan Cina sedangkan pada asalnya, tempat-tempat tersebut merupakan kawasan penempatan Melayu. 

Antaranya ialah Kelian Pauh yang ditukar kepada Taiping yang membawa maksud ‘keamanan’ dalam bahasa Cina. Selain itu, Bandar Kuala Lumpur juga merupakan hasil rampasan Yap Ah Loy daripada orang Melayu Mendeling yang lebih awal melombong di situ. 

Tindakan jahat Yap Ah Loy yang bukan sahaja merampas, tetapi telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar Cina telah mengejutkan Frank Swettenhem, Residen Selangor pada masa itu. Pada tahun 1934, pelombong-pelombong Cina di Lukut telah bertindak melampau menyerang majikan Melayu yang membawa mereka melombong di sana. [3]


British juga boleh dianggap bersekongkol dengan kapitan-kapitan Cina apabila membenarkan mereka menubuhkan pasukan bersenjata mereka sendiri untuk ‘mempertahankan diri’ daripada orang Melayu. 

[2] Pasukan bersenjata ini tidak lain tidak bukan ialah ahli-ahli kongsi gelap yang diberi lesen oleh British untuk berbuat sesuka hati mereka, termasuklah melakukan keganasan, rompakan dan ugutan kepada orang Melayu. 

Malah British sendiri telah membawa masuk beramai-ramai golongan pendatang ke Tanah Melayu tanpa dikawal. Pada tahun 1931, bilangan orang Cina dan India adalah hampir 2.6 juta orang manakala orang Melayu hanyalah 2.0 juta orang sahaja. Keadaan semakin meruncing sepuluh tahun berikutnya apabila orang Melayu hanya 2.3 juta manakala orang Cina dan India ialah sebanyak 3.0 juta orang.


Kapitan-kapitan Cina merupakan ‘big player’ dalam dunia perniagaan di Tanah Melayu selain mendominasi perlombongan bijih timah. Menurut Robert Cribb, alam Melayu telah menjadi lubuk kekayaan untuk orang Cina. 

[4] Selain itu, Victor Purcell telah menyifatkan kedatangan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh perlindungan, keamanan dan jaminan keselamatan oleh British kepada mereka. [3] Hasil dasar pentadbiran British, orang Cina telah menguasai sepenuhnya perdagangan di negeri-negeri Selat.


Fakta yang lebih mengejutkan ialah, selepas Singapura jatuh ke bawah penguasaan Stamford Raffles pada tahun 1819, orang Cina di sana berusaha hampir setengah abad untuk memaksa British campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu. 

[3] Alasan yang diberikan ialah keadaan Tanah Melayu yang tidak stabil menjejaskan perniagaan mereka di Singapura. Ini adalah satu tindakan pengkhianatan terhadap orang Melayu kerana meminta bantuan daripada kuasa asing dan bersekongkol untuk menggugat hegemoni politik orang tempatan.  Inilah antara sebab utama British mula campur tangan dan masuk ke negeri-negeri Melayu yang lain.


Sebahagian orang Melayu juga telah dilabel sebagai lanun, di mana Sultan dan pembesar-pembesar Melayu telah dituduh bersubahat dengan mereka untuk menganggu kemakmuran dan kekayaan British dan orang Cina, terutamanya di Negeri-negeri Selat. 

[5] Sedangkan, hakikat yang sebenarnya ialah British dan orang Cina sedang menjarah kekayaan itu daripada tangan orang Melayu sehingga menyebabkan orang Melayu menentang British kerana menganggap British sebagai penjajah yang tamak. Sebaliknya, British memukul rata mereka sebagai lanun, malah menuduh Sultan dan pembesar Melayu sebagai penaja mereka.  


Ketika negara sedang dalam proses rundingan kemerdekaan, orang Melayu pada asalnya enggan memberikan kerakyatan yang terbuka kepada orang bukan Melayu. Keengganan mereka ini berasas, memandangkan Tanah Melayu ini merupakan tanah warisan mutlak bagi orang Melayu. Bagi mereka, tiada siapa yang berhak menentukan hala tuju dan matlamat negara yang bakal merdeka ini melainkan orang Melayu sendiri.


Walaubagaimanapun, ugutan British yang enggan memberikan kemerdekaan jika orang Melayu tidak mahu menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat Persekutuan menyebabkan orang Melayu beralah. 

Kerakyatan terbuka dan longgar diberikan tetapi sebagai gantinya orang bukan Melayu perlu sedia untuk menerima empat syarat, iaitu Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi beraja, Bahasa Melayu sebagai Bahasa persekutuan dan Hak Istimewa orang Melayu yang dikenali sebagai kontrak sosial. 

Ini adalah harga yang perlu diterima dan dibayar oleh orang bukan Melayu jika hendak menjadi rakyat Persekutuan. Mempersoalkan walaupun satu daripada empat perkara ini seolah-olah mempersoalkan kerakyatan yang diberikan kepada mereka.


Hari ini, terdapat sebahagian orang bukan Melayu terutamanya wakil-wakil politik mereka tidak segan-silu mencabar kontrak sosial. 

Adakah mereka lupa akan sejarah nenek moyang mereka dahulu? 

Atau mereka tahu tetapi tidak bersyukur dengan segala pengorbanan yang telah diberikan oleh orang Melayu? 

Jadi di mana berlakunya orang Melayu membuli orang Cina? 

Bahkan, daripada fakta-fakta yang telah ditulis di atas,  tidak keterlaluan jika dikatakan orang Melayu yang sedang dibuli daripada dahulu sehingga ke hari ini. Persoalannya, siapa yang sebenarnya dibuli dan siapa yang sebenarnya sedang membuli?

Mohd Zul Fahmi Md Bahrudin
Aktivis ISMA

No comments: