Thursday 23 October 2014

SI JANTUNG HATI KECINTAAN TMJ!!!


Siapalah gerangan gadis yang bertuah, yang dapat memiliki hati Tengku Mahkota Johor. Wanita yang bertuah tersebut adalah Cik khaleeda bustamam. Bertuah badan.


Berita yang mengejutkan apabila Tengku Mahkota Johor bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya. Perancangan perkahwinan yang telah diperkenankan akan berlangsung tidak lama lagi. 



Serba sedikit biodata dan maklumat peribadi yang boleh dikongsi adalah beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 dan beliau adalah anak bungsu daripada lima adik beradik kepada pasangan Bustaman Daud dan Aziyah Abdul Aziz.



Sekolah  Kebangsaan Taman Seri Gombak adalah pendidikan awal beliau dan belajar bermula tahun 2000 sehingga 2003 seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah St George’s Hanover Square, London pada tahun 2003 sehingga 2004.



Kemudian beliau menyambung persekolahan Di Sekolah Menengah Di Westminster Academy London pada September 2004 sehingga julai 2008 dan pada tahun 2010 beliau kembali ke malaysia serta bersekolah di Sekolah Sri Utama , Kuala Lumpur.


Tak sabar untuk melihat majlis pernikahan Tengku Mahkota Johor bersama Cik khaleeda bustamam. Semoga majlis berlangsung berjalan lancar. 



Layan......... :)Gambar%2BWajah%2BDan%2BBiodata%2BTerkini%2BBakal%2BIsteri%2BTengku%2BMahkota%2BJohor%2B1 TERKINI! (7 Gambar) Wajah Dan Biodata Terkini Bakal Isteri Tengku Mahkota Johor Gambar%2BWajah%2BDan%2BBiodata%2BTerkini%2BBakal%2BIsteri%2BTengku%2BMahkota%2BJohor%2B2 TERKINI! (7 Gambar) Wajah Dan Biodata Terkini Bakal Isteri Tengku Mahkota JohorGambar%2BWajah%2BDan%2BBiodata%2BTerkini%2BBakal%2BIsteri%2BTengku%2BMahkota%2BJohor%2B3 TERKINI! (7 Gambar) Wajah Dan Biodata Terkini Bakal Isteri Tengku Mahkota Johor

No comments: