Sunday 26 October 2014

GAMBAR BOGEL SELEBRITI!!!


 
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Isu skandal 
‘Celebgate’ atau penyebaran gambar bogel selebriti 
di internet menyebabkan laman carian Google 
memadam puluhan ribu gambar tersebut, selepas 
diancam dikenakan tuntutan mahkamah, lapor 
sebuah laman web, ZDNet.


Dalam kenyataannya kepada laman web berkenaan, 
Google telah memadam puluhan ribu gambar 
selebriti 
serta menutup beratus-ratus akaun 
berkaitan skandal tersebut.

Bulan lalu, cache foto peribadi milik beberapa 
selebriti termasuk Jennifer Lawrence, Mari Elizabeth 
Winstead 
dan model baju renang Sports Illustrated, 
Kate Upton 
dicuri dan dimuatnaik di laman web 
popular seperti 
4chan dan Reddit.

Peguam industri hiburan, Martin Singer memberitahu, 
Google mendapat keuntungan berjuta-juta dengan 
melakukan penindasan terhadap golongan wanita 
dan boleh dikenakan tindakan untuk ganti rugi lebih 
daripada 100 juta dolar.

Singer turut menghantar beberapa notis pelanggaran 
Akta Hak Cipta Milenium kepada Google, agar 
penyedia perkhidmatan internet tersebut memadam 
bahan-bahan tersebut.
Sumber: Sinar Harian

No comments: