Monday, 27 October 2014

HARI HARI TERAKHIR SEORANG PUTAR ALAM!!!

Alahai Kesiannya.... ANWAR IBRAHIM Sudah Mula Tagih Simpati Menerusi GAMBAR BERMAIN DENGAN CUCU!!!

Berhentilah menagih simpati. Banduan lain pun ada cucu juga! malah ada cicit dan piut lagi.Kalau ingat muka cucu dulu,tentu tak buat benda tak senonoh!!!

Anwar Ibrahim semakin buntu, semakin kusut dan semakin tidak tenang. Bukan sahaja hari akhirnya akan menjelang, tetapi juga sokongan yang diharapkan, tidak muncul tiba. 

Siri Jelajah 'RAKYAT HAKIM NEGARA' yang membabitkannya, hanya mampu menarik 'pelanggan-pelanggan tua' berbayar yang mengharapkan selepas selesai mendengar ceramah, mereka dibayar dua tiga puluh ringgit sebagai elaun kedatangan. 

Biarpun menghadirkan ramai penceramah-penceramah hebat, termasuklah Mat Sabu yang melepaskan geram kerana tidak ramai orang dengan perkataan 'HARAMJADAH' ketika berceramah di Permatang Pauh beberapa malam, sudah, penontonnya tetap tidak ramai.

Azmin Ali yang sudah dijangkakan tidak akan memberikan sokongan kepadanya, memainkan peranan sebagai pencantas dari belakang. Azmin Ali bukan sahaja tidak menyokong, bahkan langsung tidak peduli dengan nasib yang bakal menimpa Anwar Ibrahim.

Dan kerana itulah, Anwar Ibrahim cuba menggunakan 'teori klasiknya' iaitu dengan menagih simpati daripada para penyokong. Bermula di Permatang Pauh apabila Anwar Ibrahim merayu agar dia tidak dipukul ketika berada di dalam penjara nanti, kini Anwar Ibrahim menggunakan cucunya pula untuk tujuan tersebut.

Ayatnya.... "ADAKAH AKU DAPAT MELIHAT CUCUKU MEMBESAR' sebenarnya cukup menjijikkan!

Bukan kerana jijik kepada kasih sayang seorang datuk kepada cucunya, tetapi kerana sikap munafik dan berpura-pura Anwar Ibrahim yang cukup pandai berlakon demi kepentingan dirinya.

Sekitar 1998, apa drama yang tidak dibuat oleh Anwar Ibrahim dalam menagih simpati para penyokongnya. Disuntik virus HIV, AIDS, Arsenik, dipukul ditelanjang, disiksa dan dikurung di tempat gelap, tidak dibenarkan berjumpa keluarga, tidak diberikan akses untuk mendapatkan maklumat dari luar, makanan disukat, tidak dibenarkan mengambil ubat, dilarang daripada menghadiri sesi rawatan sakit tulang belakang dan tengkuk dan sebagainya.

Hakikatnya, di dalam penjara, Anwar Ibrahim selama 6 tahun bersedap-sedapan di sel yang dikhaskan untuk banduan berpenyakit. Dia mempunyai televisyen untuk ditonton, boleh bermain pingpong, malah ada warden yang membekalkan dan meminjamkan telefon bimbit untuknya berhubung dengan orang-orangnya di luar penjara. Dan tidak cukup dengan itu, ada pula seorang 'tukang urut' bernama Rasyid yang bebas keluar masuk selnya. Walaupun kelihatan seperti terkurung, Anwar Ibrahim sebenarnya 'bebas' berbanding banduan-banduan yang lain.

Dengan lakonan sakit tengkuk, naik kerusi roda, memeluk dan mencium anak-anak, berwajah sayu ketika kematian ibunya sedangkan sebelum itu boleh menari dan bergurau senda serta bergelak tawa dengan anggota-anggota polis serta warden yang mengawal dan mengiringnya, sesi lakonan fasa kedua pada tahun 2014 juga nampaknya kelihatan hampir serupa.

Masa dia buat kerja tak senonoh tu, tidak pula Anwar Ibrahim ingat kepada cucunya, kan? Yang dia ingat, dia ada bala tentera yang akan menyokongnya dan boleh dibohonginya dengan cerita-cerita dalih bodohnya!!!

Patutlah golongan yang kuat menyokongnya terdiri daripada orang-orang bodoh yang mudah ditipu dengan sedikit momokan klasik sebagaimana yang sering dilakukan oleh Anwar Ibrahim.buletinsengal.

No comments: