"Once upon a time..."
Pada masa dahulu...sebelum kedatangan etnik-etnik utara,Benua Siam (IndoChina) diduduki oleh suku kaum bangsa Mala.Bangsa Mala yang menonjol membina kerajaan-kerajaan secara amnya dikenal sebagai bangsa Melayu.
Bangsa Mala ini dikenal telah membina kerajaan-kerajaan sama ada sesama mereka mahupun bersama kaum-kaum kecinaan yang terawal,contohnya Mon dan Khmer.
Namun begitu jika dikaji secara mendalam lagi kemungkinan juga Mon dan Khmer ini adalah hasil asimilasi bangsa Mala dengan kaum-kaum selatan China semenjak kaum Viet itupun menurut pakar arkeologi mungkin berasal dari Indonesia berdasarkan kesan-kesan arkeologi di semenanjung hingga ke utara IndoChina.
Kajian linguistik menunjukkan bahasa Mon-Khmer itu berasal dari gaya bahasa Melayu Purba.Bahasa Melayu secara umum amat cepat mentransformasikan bentuknya sejak kita pun tahu SEBENARNYA BANGSA MELAYU BERSIFAT GLOBAL DAN GEOGRAFINYA JUGA ADALAH LALUAN TRAFIK YANG GLOBAL.
Apabila terjadi desakan dari kaum-kaum utara,segala tradisi,bahasa dan budaya Melayu IndoChina diserap ke dalam budaya kaum-kaum utara yang sebelum itu menjadi kaum gasar akibat serangan Monggol dan Imperium China yang menakutkan itu.
Hasilnya bahasa Melayu Purba dapat dikesan di dalam bahasa Khmer.Budaya Kejawaan juga dikesan dalam kostum,aksesori dan tarian Khmer dan Thai (Thai mencedok budaya Khmer).
Kerajaan Bangsa Mala merentasi kerajaan Kuno Bagan yang misteri di Burma,Kerajaan-kerajaan Mala-Saimen di tengah IndoChina,Angkor,Funan dan Champa di pesisir pantai Vietnam pada hari ini.
Perubahan selama beribu tahun,peperangan dan penjajahan telah melenyapkan kerajaan-kerajaan ini.Namun sifat bangsa Melayu yang halus dan sukakan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan telah meninggalkan sejumlah prasasti-prasasti yang menandakanBANGSA MELAYU PERNAH MEMBINA KERAJAAN DI INDOCHINA.
Kedatangan kaum-kaum seperti Tai,Lao,Khmer dan Dai Viet adalah fenomena baru sebenarnya jika dikira berapa lama bangsa Mala telah menginap dan membina kerajaan di Benua Siam.
Kisah penjajahan,perebutan dan peperangan menghiasi Bumi Siam membuktikan betapa bangsa-bangsa di dunia sememangnya amat berminat untuk merebut Suvarnabhumi ini yang penuh kekayaan dan kesuburan.
Kedatangan bangsa-bangsa Eropah selepas itu,membuktikan lagi pernyataan ini.Filipina yang dahulunya adalah milik bangsa Melayu telah jatuh ke tangan Sepanyol.
Pulau-pulau Melayu Suvarnadvipa (Indonesia) dikuasai Belanda.'Golden Chersonese' pula dinaungi Inggeris.Portugis menjajah Timor selain pernah menduduki Melaka.Apakah maksud yang tersirat dari semua ini?
Kini jika kita lihat politik di Malaysia khususnya kita boleh lihat betapa bangsa-bangsa asing yang lebih terkemudian mendatang,sedikit demi sedikit mahu merebut Suvarnabhumi ini sekali lagi.
Sebagaimana tamadun Melayu yang telah mencapai tahap legenda di Indochina,tidak mustahil bangsa misteri akan tinggal misteri di The Land of The East jika mereka masih terus bermimpi.
Selepas pelbagai cabaran yang getir dengan penuh kepayahan,bangsa Melayu akhirnya kekal memegang Golden Chersonese dan Suvarnadvipa,namun pelbagai bangsa di dunia masih mengidam-ngidam bumi emas yang penuh kekayaan ini.
Pulau SEKANGKANG KERA seperti Pulau Batu Putih pun mereka sanggup bermatian mendapatkannya apatah lagi SEGENTING KERA kerana sudah terbukti pulau sekecil Singapura pun boleh menjana kekayaan berkali ganda dari seluruh Semenanjung Emas.
Apatah lagi jika mereka berhasil merebut Semenanjung Emas sendiri,tidak mustahil kekayaan seluruh Tanah Besar China juga boleh dijana dari sini.MENGAPA INI TERJADI??APAKAH SEBENARNYA YANG TERDAPAT DI SUVARNABHUMI??
Beribu-ribu tahun dahulu,tidak tahu bila,seorang dewa bernama Rama mencari permaisuri yang dicintainya,Sita yang telah diculik Ravana,seorang dewa yang berwatak jahat di sebuah tempat yang menakjubkan digelarSUVARNADVIPA.
Mungkin Dewa Ravana mempunyai negarakota emas yang menakjubkan di situ.Beribu-ribu tahun dahulu;mungkin selepas cerita dewa-dewi kayangan Ramayana itu,para Firaun Mesir,secara rahsia mengimport rempah-rempah dan kapur barus di sebuah tempat bernama Barus di SUVARNADVIPA
ini.
Anehnya,para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini!!!
No comments:
Post a Comment