Patut Pun Spesis Nurul Ni Juling.!
Dah ramai rakyat sekarang ni bukan sahaja juling
malah buta mata hati untuk melihat hakikat sejarah
negara dan bangsa..! Yang lebih buruk mereka
memang sengaja menutup mata hati untuk
mempercayai hakikat kebenaran negara yang
dulunya Tanah Melayu, Malaya dan kini Malaysia..!
SHAH ALAM - [VIDEO] Pensyarah Jabatan Pengajian
Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menyifatkan
pihak yang mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, melihat
sejarah dengan mata yang juling.
Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menyifatkan
pihak yang mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, melihat
sejarah dengan mata yang juling.
Beliau berkata demikian mengulas soal pertanyaan penonton
yang membangkitkan tentang dakwaan bahawa negara ini
tidak pernah dijajah, pada sesi soal jawab pada Wacana
Kemerdekaan Malaysia: Satu Penilaian Semula dari
Perspektif Melayu/Islam, di Unisel hari ini.
“Ada pihak yang mengatakan negara kita tidak dijajah... ada pihak
yang melihat sejarah dengan mata yang juling.
Apabila British tidak menampilkan kehebatan,
realiti penjajahan seperti Jepun di mana
tiga hingga empat tahun terpacak
penguasaan jepun dengan segala
kezaliman dia, maka kita merasa penjajahannya itu.
“Tapi British dengan kehalusannya, dengan diplomasinya dengan
tidak menggunakan istilah penjajahan, maka dia berjaya
menanamkan caranya lebih baik dan lebih berkesan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan agar pemerhati dan penganalisis perlu
turut mempunyai perasaan halus untuk memahami situasi
campur tangan British itu.
“Sebagai pemerhati, seharusnya juga mempunyai perasaan yang
halus untuk memahami itu kerana sesuatu itu tidak pernah
mendapat penamaan sebagai satu penjajahan tetapi sebagai
suatu usaha untuk menasihati raja-raja Melayu.
“Atau untuk melindung negeri-negeri Melayu daripada penjajah
lain atau untuk menyelamatkan negeri Melayu daripada
porak-peranda.
“Begitu halus penjajahan itu sehingga kita tidak melihat itu
sebagai satu penjajahan. Kehalusan inilah yang menyebabkan
sebahagian daripada kita memperlihatkan kejulingan,” katanya.
No comments:
Post a Comment