Thursday 3 April 2014

TRAGEDI MEMALI- PAS LAH PUNCA DAN PENYEBABNYA!!!

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas













Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa 
Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah 
kerajaan pembunuh. 

Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan 
dilemparkan kepada Umno dan polis.

Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah 
tentulah cerita tersebut diputar belit supaya 
menyebelahi mereka agar rakyat menyokong 
mereka dan membenci kerajaan yang 
memerintah.

Mereka tak pernah ceritakan punca mengapa
perkara ini  boleh berlaku. Tak kanlah ianya 
boleh berlaku tanpa sebab.Tiada sebab takkan 
ada akibat!

Peristiwa ini berlaku akibat dari politik 
ekstrem dan politik kebencian melampau 
yang diajar oleh Pas. 

Agama diguna dan diputar secukup-cukupnya 
oleh Pas untuk mendapat sokongan orang-orang 
melayu. 

Islam dilacur secukup-cukupnya oleh mereka 
untuk menakutkan orang-orang melayu daripada 
menyokong Umno.

Anak-anak muda pada hari ini mungkin tidak 
tahu betapa teruknya Pas di tahun 80an dulu. 
Jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di 
mulut pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu. 
Benda-benda itu semualah yang menjadi
kan pengikut mereka ekstrem dan 
menganggap Umno adalah musuh yang 
perlu dihapuskan serta melawan 
Umno adalah jihad.

Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara 
Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid 
edaran pertama terdapat jelas pada muka 
26 berbunyi begini:

"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut 
Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di 
Masjid Kampung Pulau Melaka dengan 
mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO 
TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA 
DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu 
tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar 
kepada orang ramai kerana kononnya sensitif 
dan fatwa itu hanya untuk orang dalam 
semata-mata". Sumber: sini


Selain daripada itu Haji Hadi sendiri 
juga pernah mengeluarkan amanatnya pada 
7.April.1981 di Kg Banggol Peradong ,Kuala 
Trengganu yang berbunyi,

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama 
dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional 
bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita 
menentang dia ialah kerana dia mengekalkan 
perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-
undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. 

Oleh kerana itulah kita menentang mereka. 
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. 
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita 
adalah jihad, derma kita adalah jihad.
Bergantunglah kita kepada Allah dengan 
(menghadapi) puak-puak ini kerana kalau 
kita mati melawan puak-puak ini, mati kita 
adalah syahid. Mati kita adalah Islam


Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu 
masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, 
Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 
'politik suku, agama suku'.

Banyak lagi kalau kita nak senaraikan 
kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh 
Pas, antaranya sembahyang dua iman, tak 
boleh pergi kenduri orang Umno, tak 
boleh makan sembelihan orang Umno dan 
sebagainya. 

Semua itu adalah untuk memastikan 
orang-orang Umno dipulau, 
dibenci dan sebagainya. Apabila perkara itu 
berlaku, maka orang-orang Umno yang 
terasa mereka disisihkan akan menyertai 
Pas dan akan mengundi Pas.

Itulah politik kotor , politik ekstrem dan 
politik kebencian melampau yang diamalkan 
oleh Pas dalam usaha mereka 
menumbangkan Umno. 


Kejahatan Pas orang tak nampak kerana mereka 
berselindung di sebalik jubah, ketayap, serban ,
 janggut , tasbih dan sulaman ayat-ayat Quran 
serta hadis di mulut. 


Yang orang nampak Umno jahat sepanjang masa, 
kerana apa ? kerana itulah yang diulang-ulangkan 
di atas pentas ceramah Pas selama 365 hari setahun 
sejak Pas ditubuhkan sehingga kini.

Berpunca daripada politik ekstrem yang 
diajar dan diamalkan oleh Pas itulah 
terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.

Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik. 
Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada 
tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di 
Baling, kemudian belajar pula di madrasah di 
Kepala Batas. 

Selepas itu dia melanjutkan pelajaran 
ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di 
Kelantan beliau ke India dan selepas itu 
menyambung pelajaran di Libya.

Kembali ke tanahair pada awal 70an dan 
beliau bekerja di Pusat Islam dibawah 
Jabatan Perdana Menteri. Akhir tahun 1976 
beliau letak jawatan dan bekerja dengan 
Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada 
situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah 
bebas.

Semuanya berjalan dengan lancar tanpa 
sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau 
menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi 
calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka 
mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. 


Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar 
oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan 
sepenuhnya kepakaran dan kehebatan 
yang ada pada Ibrahim Libya untuk 
menguatkan pengaruh mereka.

Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu 
dia seorang penceramah bebas yang hebat dan 
dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. 

Pada waktu kegemilangannya semua orang 
akan menunggu depan tv setiap khamis malam 
jumaat untuk menunggu kemuculannya 
dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat 
yang ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai 
mereka dan menggunakan pengaruh yang ada 
pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai 
menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali 
semaksimum mungkin di atas pentas-pentas 
ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, 
dipuji dan dijilat oleh orang-orang Pas sepanjang 
masa.

Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan 
benteng Dun Selangor daripada ditembusi 
oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 
di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya 
bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.

Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula 
rosak apabila menyertai Pas dan beliau 
kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 
2004. 


Tetapi pada pru 2008 Hassan menang 
balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada 
masa itu bukan kerana dia Hassan Ali 
tetapi kerana kemarahan rakyat kepada 
kepimpinan negara dan Umno pada masa itu.

Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali 
yang menang, ramai lagi pemimpin yang 
menang sehingga mereka berjaya membentuk
kerajaan campuran. 

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? 

Dari segi pengaruh memang ada persamaan 
antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. 
Mereka berjaya menggunakan pengaruh 
mereka untuk menarik orang menyokong Pas. 


Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan 
Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan 
orang pintar. Manakala Ibrahim Libya 
pula berjaya digunakan oleh Pas untuk 
menjadi ekstremis. Suasana zaman juga 
menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.














Berbalik kepada kisah Memali, selepas 

menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah 
mengikut acuan Pas.

Kerajaan pada masa itu mendapati 
Ibrahim Libya mengancam keselamatan 
negara dengan kegiatan memecah-belahkan 
masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah 
agamanya. 

Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk 
menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan 
keadaan.

Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan 
Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 
1984,bagaimana pun usaha itu gagal. 

Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya 
tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang 
keluar beramai-ramai.

Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yang 
ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya 
oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik 
hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas 
pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis 
berundur dan selepas itu Ibrahim lari 
menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia 
di Baling. Setelah sekian lama menyembunyikan 
diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, 
maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil 
keputusan membawa Ibrahim kembali kerumah
nya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli 
Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di 
bawah ISA.

Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa 
kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA 
tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang
-orang kampung yang bersenjatakan buluh 
runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. 


Pernah berlaku dimana beratus orang kampung 
mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya 
ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya 
orang kampung meletak senjata di tengkuknya.

Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. 
Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk 
menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta 
dia menyerah diri secara sukarela. 

Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab 
sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut 
dengan polis dengan cara yang baik kerana tempoh
nya sudah terlalu lama.

Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, 
mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana 
itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan 
kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis 
bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan 
modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan 
BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan 
diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi 
mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan 
pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke 
kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan 
pengikutnya. 

Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah 
mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan 
pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah 
diri. 


Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam 
masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung 
telah keluar dengan membawa buluh runcing dan 
senjata tajam.














Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah 
melepaskan gas pemedih mata. Tiba-tiba keluar 
seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di 
sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah 
parang untuk menyerang polis dan dia telah di
tembak mati. 

Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh 
Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang 
polis.


Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga 
turut digunakan untuk menembak anggota polis 
oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya. 

Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita
berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! 

Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan 
pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang 
mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk 
dijadikan modal politik.

Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah 
pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi 
taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan 
taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun 
mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan 
politik.

2 comments:

Anonymous said...

Bg aku, punca utamanya adalah Amanat HH81. Org Islam ni yg belajar agama sikit bila terpengaruh ngan ust tertentu bila diseru jihad, klu mati pulak syahid konfirm syurga, apa lg naik la semangatnye.
Bg aku Amanat HH81 perlu sgt sgt ditarik balik, sesat lg menyesatkan dan bnyk sgt menimbulkan fitnah. Bg aku jugak , Amanat HH81 tu adalah amanat Khawarij dan tidak sama sekali bersandarkan kaedah kita ASWAJA. Aku tak paham, aku rasa ada jugak ramai yg dlm PAS tu yg OK, kenapa tak buat teguran dan diperbetul dan diislahkan.

Anonymous said...

Sudah-sudahlah hai hamba Allah,apa yang terjadi masa lalu biarlah sebagai sejarah.sekiranya kita maseh menguingkit-ungkit dianya akan menjadi barah sama ada dalam hati atau akal.Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi pendoman kapada kita serba sedikit cerit orang-orang terdahulu yang bagitu angkoh menentang Allah.jangan tahu membaca tapi tak tahu apa yang hendak disampaikan oleh Allah SWT untuk kegunaan kita.Nabi dalam sebuah hadthis menyatakan sesaoran apabila keluar drpd. sembayang tetapi maseh melakukan fitnah terhadap orang lain, maka beliau mengatakan orang ini belum sembayang.jangan menjadi saudara syaitan/iblis untuk meranap segala kenikmatam yang dikecapi rakyat Malaysia buat masa kini.carilah makan dengan cara yang halal.serba sedikit bgi tatapan Hamba Allah yang berada diatas muka bumi Malaysia.kapada hamba iblis/syaitan terpulang kapada mereka.