FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH
Kerajaan
Bani ‘Abbasiyyah yang diasaskan oleh Abu ‘Abbas as-Saffah itu hanya
sempat bertahan selama 508 tahun (5 kurun) iaitu pada tahun 750 hingga
1258 Masihi. Namun dalam tempoh 400 tahun yang terakhir, pemerintahan
Bani ‘Abbasiyyah hanya tinggal pada nama sahaja.
Keagungan dan kehebatan sebelumnya gagal dikembalikan semula. Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menjadi lemah dan terus merosot. Akhirnya kerajaan ‘Abbasiyyah tumbang pada tahun 1258 Masihi apabila digempur oleh tentera Hulagu Khan. Berikut adalah faktor-faktor kejatuhan kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.

Kelemahan Pemerintah.
Faktor
utama kejatuhan kerajaan ‘Abbasiyyah adalah disebabkan oleh kelemahan
pemerintahnya sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila para pemerintahnya
diperlakukan seperti boneka oleh bangsa Turki. Selain itu, para khalifah
‘Abbasiyyah pada zaman terakhir pemerintahan, mereka lebih mementingkan
kepentingan peribadi serta kehidupan yang mewah tanpa mempedulikan
rakyat dibawah pemerintahan mereka.
Keadaan adalah lebih teruk apabila Khalifah al-Mu’tasim Billah termakan nasihat penasihatnya sehingga menyebabkan Kerajaan ‘Abbasiyyah jatuh ketangan Hulagu Khan yang merupakan cucu kepada Genghis Khan. Ketika itu, pusat pemerintahan ‘Abbasiyyah bertapak di Kota Baghdad, Iraq.
Dalam sejarah, kejatuhan itu dilihat berpunca dari kelemahan Khalifah al-Mu’tasim Billah sendiri. Beliau yang hanya mendengar nasihat dari pengampu kerajaan, sedangkan pengampu tersebut mempunyai seribu satu muslihat untuk menjatuhkan pemerintahan Khalifah Islamiah tersebut.
Walaupun mempunyai kemahiran dalam bidang al-Quran dan as-Sunnah, tetapi Khalifah al-Mu’tasim Billah merupakan seorang yang kurang cerdik. Beliau amat mempercayai penasihatnya yang bernama Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, sedangkan ketika itu sudah banyak tindakan-tindakan Umayiduddin yang amat meragukan.
Segala nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Umayiduddin, ternyata tidak memberi sebarang faedah kepada Islam, seperti cadangan mengadakan hubungan perpaduan dengan Hulagu Khan, walhal ketika itu tentera Hulagu Khan sudah bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap pusat pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah di Kota Baghdad tersebut.
Ketua Tentera kerajaan ‘Abbasiyyah bernama Rukunuddin Ad-Daudar telah memberi nasihat kepada Khalifah, tetapi Khalifah tetap meletakkan kepercayaannya kepada Umayiduddin, sedangkan Umayiduddin itu mempunyai ‘Abbasiyyah secara senyap-senyap.
Hulagu Khan telah menjanjikan jawatan raja kepada Umayiduddin, sekiranya tentera Hulagu Khan berjaya menguasai Baghdad. Oleh hal yang demikian, dengan segala kecerdikan yang ada, Umayiduddin telah menggunakannya untuk memperdayakan Khalifah al-Mu’tasim Billah sehingga Hulagu Khan dan bala tenteranya berjaya masuk ke kota Baghdad tanpa menghadapi sebarang kesusahan dan kepayahan.
Sebelum kejadian itu, beberapa tindakan yang dilakukan oleh Umayiduddin ini sudah dapat dihidu oleh ketua tentera Kerajaan ‘Abbasiyyah iaitu Rukunuddin, malahan telah dilaporkan kepada Khalifah. Namun begitu, disebabkan kebodohan dan sifat “lurus bendul” yang wujud dalam diri Khalifah al-Mu’tasim Billah, menyebabkan segala laporan yang disampaikan oleh Rukunuddin tidak dipedulikan.
Memandangkan Khalifah seorang yang mempunyai sifat ego, sombong, malas, penting diri dan lurus bendul, dia tidak mengambil peduli terhadap dakwaan Rukunuddin yang telah lama sangsi akan kewujudan Umayiduddin, sedangkan Khalifah tidak mahu mempedulikan apa yang diberitahu olehnya.
Umayiduddin
seorang yang mempunyai kebijaksanaan mengungkap ucapan yang menarik,
disamping kepetahan membaca bait ayat-ayat al-Quran, menyebabkan
Khalifah tidak mempercayai segala dakwaan Ketua tentera Kerajaan
‘Abbasiyyah iaitu Rukunuddin.
Serangan Tentera Mongol
Orang-orang
Mongolia adalah bangsa yang berasal dari Asia Tengah. Negeri mereka
adalah Mongolia yang merupakan sebuah kawasan di negara China. Mereka
terdiri daripada kabilah-kabilah besar yang pelbagai, yang kemudiannya
disatukan oleh Genghis Khan (603-624 H/ 1206-1226 M) .
Mereka
adalah orang Badwi-sahara yang terkenal dengan sikap yang keras kepala
dan suka melakukan kejahatan. Selain itu, mereka juga adalah kelompok
manusia yang suka berperang, merompak, dan menumpahkan darah, serta
menyembah berhala-berhala, bintang-bintang, dan matahari. Mereka memakan
apa sahaja apa yang mereka mahu, dan suka melakukan perkara-perkara
yang hedonisme-permisif.
Pada
tahun 1258 Masihi Baghdad telah jatuh ke tangan bangsa Mongol, ini
bukan sahaja mengakhiri kekuasaan Khilafah Bani ‘Abbasiyyah di sana,
tetapi juga merupakan tanda awal kemunduran politik dan peradaban Islam,
kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan peradaban Islam yang
sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan itu lenyap dimusnahkan oleh
tentera Mongol yang dipimpin Hulagu Khan.
Dalam kejadian itu, digambarkan bahawa Hulagu Khan menyerang Baghdad dengan pasukan tentera yang sangat besar. Jumlah tentera Mongol kira-kira seramai 200 000 orang. Oleh itu, tentera ‘Abbasiyyah tidak mampu menentang tentera Mongol lalu lari berkurung di dalam kota. Tentera Mongol terus mengepung kota Baghdad selama 10 hari. Akhirnya, kota Baghdad jatuh ke tangan tentera Mongol.
Tentera Mongol memasuki kota Baghdad dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad telah dihancurkan. Segala kitab yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam telah dikumpulkan dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi hitam (kerana dakwat daripada tulisan kitab-kitab itu).
Pada
saat yang genting tersebut, penasihat kepada Khalifah al-Mu’tasim iaitu
Umayiduddin Muhammad Al-Aqami ingin mengambil kesempatan dengan menipu
Khalifah. Umayiduddin berkata kepada Khalifah al-Mu’tasim,
"Saya telah menemui mereka untuk perjanjian damai. Hulagu Khan ingin mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Bakr Ibn Mu'tashim, putera Khalifah. Dengan demikian, Hulagu Khan akan menjamin kedudukanmu. la tidak menginginkan sesuatu kecuali kepatuhan, sebagaimana saudara-saudaramu terhadap sultan-sultan Seljuk".

Khalifah
al-Mu’tasim menerima usul itu, ia keluar bersama beberapa orang
pengikut dengan membawa mutiara, permata dan hadiah-hadiah berharga
lainnya untuk diserahkan kepada Hulagu Khan. Hadiah-hadiah itu
dibahagi-bahagikan Hulagu kepada para panglimanya.
Keberangkatan khalifah disusul oleh para pembesar istana yang terdiri dari ahli fiqh dan orang-orang terpandang serta keluarganya. Tetapi, sambutanyang diberikan Hulagu Khan sungguh di luar dugaan Khalifah. Apa yang dikatakan wazirnya ternyata tidak benar. Mereka semua, termasuk wazir sendiri, dibunuh dengan leher dipancung secara bergilir-gilir.

Polisi Mengutamakan Bangsa Asing
Terdapat
khalifah-khalifah ‘Abbasiyyah yang terlalu mengutamakan bangsa asing
khususnya keturunan Turki dan Parsi. Sebaliknya bangsa Arab kurang
diberi perhatian. Bangsa Turki dan Parsi diberikan jawatan-jawatan
penting dalam pentadbiran negara. Ini menimbulkan perasaan tidak puas
hati bangsa Arab.
Hal
ini dapat dilihat apabila Khalifah Al-Mu’tasim telah mencipta satu
dasar yang melemahkan Kerajaan ‘Abbasiyyah apabila beliau mengambil
50,000 orang Turki untuk menjadi askar upahan dengan harapan untuk
menjadikan mereka sebagai penyokongnya yang setia.
Apabila orang Turki ini menjadi pengawal istana, maka kedudukan mereka bertambah kuat, lalu mereka mulai menguasai khalifah sehingga khalifah terpaksa mengikut arahan mereka.
Apabila orang Turki ini menjadi pengawal istana, maka kedudukan mereka bertambah kuat, lalu mereka mulai menguasai khalifah sehingga khalifah terpaksa mengikut arahan mereka.
Apabila masuknya dominasi bangsa luar ke dalam pusat pemerintahan
Baghdad telah menyebabkan kedudukan Khalifah sebagai boneka. Akibatnya,
para khalifah hanya berkuasa atas nama Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah tetapi
urusan pemerintahan dikuasai oleh orang lain.
Sejak awal, Khalifah Bani ‘Abbasiyyah memasukkan unsur-unsur bukan Arab seperti unsur Parsi dan Turki. Pada tahun 945-1055 Masihi, Kerajaan Bani Buwaih dari Parsi menguasai Baghdad. Selanjutnya Bani Seljuk dari Turki pula menguasai pemerintahan pusat di Baghdad menggantikan Bani Buwaih.

Antara 27 orang khalifah selepas Khalifah al-Mutawakkil (819-847 Masihi), ada 12 orang khalifah yang kedudukannya dipermainkan oleh para pengawal istana dari Turki. Sebagai contohnya, Khalifah al-Mu’tasim melarikan diri dari Baghdad kerana tidak sanggup menghadapi perlakuan kasar pengawal-pengawal dari Turki. Al-Mu’taz hanya berkuasa selama tiga bulan.
Beliau dipaksa turun dari takhta oleh pengawalnya sendiri. Al-Muhtadi juga dipaksa turun takhta dan dipenjarakan kerana berselisih pendapat dengan orang Turki. Ramai lagi khalifah-khalifah yang dipecat, disingkirkan, dibunuh ataupun dipenjarakan oleh para pengawal dari Turki.
Kemerosotan Ekonomi
Selain
mengalami kemunduran dalam bidang politik, Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah
juga mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk sehingga menyebabkan
jatuhnya kerajaan.
Pada zaman awal pemerintahan Bani ‘Abbas, Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan sebuah kerajaan yang kaya. Dana yang masuk lebih besar dari yang keluar sehingga Bait al-Mal penuh dengan harta. Sumber pendapatan Kerajaan ‘Abbasiyyah adalah daripada hasil kutipan cukai wilayah dan pertanian.

Setelah banyak negara melepaskan diri, jumlah bayaran pajakan daripada
wilayah-wilayah semakin berkurangan. Bagi meningkatkan pendapatan,
pemerintah mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa.
Menurut Jurji Zaidan, pendapatan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menurun kerana para pengutip cukai memonopoli hasil cukai. Pertanian pula terganggu kerana lumpur menimbus sistem pengairan. Ini berikutan Sungai Nahrawan mengalami kerosakan besar akibat perang dan salurannya yang tidak dibaiki.

Selain itu, kemerosotan ekonomi Kerajaan ‘Abbasiyyah juga adalah disebabkan oleh berlakunya rusuhan rakyat sehingga menyebabkanpara pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad. Hal itu menyebabkan dana yang tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan. Malahan berpunca daripada kehidupan para khalifah yang semakin mewah dan mementingkan diri sendiri.
Munculnya Gerakan Pemberontakan
Pada
zaman al-Muthadi (869 Masihi), timbul pemberontakan daripada kaum Zanj
di bawah pimpinan Ali bin Muhammad. Di Iraq, terdapat gerakan Syiah,
Qaramitah yang di pimpin oleh Hamdan Qarmat pada tahun 874 Masihi.
Gerakan ini berjuang untuk menjadikan wilayah mereka sebagai zon
merdeka. Lanjutan daripada gerakan Qaramithah, timbul pula gerakan
Hasyasyin di bawah pimpinan Hasan bin Sabbah.
Mereka membunuh para pembesar negara yang menjadi musuh mereka seperti Perdana Menteri Kerajaan Bani Seljuk di Baghdad dan Nizamul Muluk. Sebelum berkuasa, Kerajaan Bani Buwaih juga melakukan pemberontakan ke atas pemerintahan Baghdad sehingga berjaya menguasainya.

Selepas melalui fasa-fasa kemunduran, akhirnya kerajaan Bani
‘Abbasiyyah jatuh ke tangan tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu
Khan. Menurut Jurji Zaidan, sebelum Hulagu menyerang Baghdad, kedudukan
dalaman Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah sedang mengalami zaman kemunduran
akibat berlakunya pertentangan hebat di antara kumpulan Syiah dan Sunni.
Golongan istana pada ketika itu menganut kepercayaan Sunni, manakala penasihat atau wazir kerajaan pada ketika itu iaitu Umayiduddin al-Aqami pula adalah seorang penganut Syiah.
Sebab terjadinya tentangan di antara Syiah dan Sunni disebabkan oleh tindakan Al-Daudar dan Abu Bakar, yang merupakan putera khalifah pada ketika itu bertindak menghancurkan daerah Karkh yang menjadi tempat tinggal orang-orang Syiah. Akibat marah dengan perbuatan itu, Umayiduddin mengirim surat kepada Hulagu dan meminta Hulagu menyerang Baghdad.

PENUTUP
Era
kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan era keemasan dan kegemilangan Islam.
Ketika ini kedaulatan umat Islam sampai ke kemuncak kemuliaan, baik dari
segi kekayaan, kemajuan atau kekuasaan.
Ketika ini juga telah lahir pelbagai cabang ilmu yang penting yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Selain itu, sumbangan umat Islam untuk peradaban dunia juga hasil cetusan minda para cendikiawan besar dan hebat yang lahir ketika era kerajaan ‘Abbasiyyah.

Namun begitu, terdapat pengajaran penting yang perlu diberi perhatian
dalam kita menghayati dan menyulusuri sejarah sepanjang tertegaknya
kerajaan ‘Abbasiyyah yang telah menguasai dunia berabad-abad lamanya.
Pengajarannya ialah umat Islam jangan mudah terlena dengan kekuasaan yang dimiliki, kerana apabila leka dibuai mimpi indah dan hidup dalam keadaan bermegah-megah akan menyebabkan kita tersasar dari ajaran Allah s.w.t yang telah disampaikan melalui utusannya Nabi Muhammad s.a.w.
Hal ini juga menjadi pemacu kepada umat Islam kembali bangkit untuk mencapai kembali kegemilangan Islam seperti yang pernah diraih ketika era kerajaan ‘Abbasiyyah.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah juga yang terjadi
kepada sebuah kerajaan yang agung seperti kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.
Hanya dengan beberapa isu kontroversi, kerajaan ini berakhir dengan
sarangan tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan pada tahun 656 H
bersamaan 1258 M.
BIBLIOGRAFI
Ahmad al-‘Usairy, penterjemah: Samson Rahman, 2003, Sejarah Islam Sejak Zaman Nabi Hingga Abad XX , Jakarta: Akbar Media Eka Sarana
Ahmad Rauh Yaacob, 1994, Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Esa Khalid, 2001, Konsep Tamadun Islam Sains dan Teknologi, Johor: Muafakat Jaya Percetakan Sdn. Bhd.
Mohd Azri Awang, 1996, Sejarah & Tamadun Umat Islam Zaman ‘Abbasiyyah
Mohd Mokhtar Syafie, 1996, Sejarah Islam Abad Pertama, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Nur Hakim, 2008, Jatuhnya Sebuah Tamadun: Menyingkap Kebangkitan Dan Kejatuhan Empayar Khalifah Islam, Selangor: PTS Islamika, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd
Yusuf al-Isy, 20007, Dinasti Abbasiyyah, Jakarta Timur: Pustaka al-Kauthar
Zakaria Abdullah, 2009, Tamadun Islam Teks Lengkap Sejarah STPM, Kuala Lumpur: Marshall Cavendish
http://id.wikipedia.org/wiki/Kekhalifahan_Abbasiyah
http://id.wikipedia.org/wiki/Kekhalifahan_Abbasiyah#Kemerosotan_Ekonomi
2 comments:
Terbukti dlm sejarah, berapa ramainya, yg mulanya memusuhi Islam, kemudiannya menjadi pembela dan pengembang Islam. Dinasti Moghul adalah antara contohnya.
Kebnykn negeri yg ditakluk, rakyat negeri yg ditakluk akan menganut agama penakluk. Tp bg agama Kebenaran, penakluk pula yg menganut agama yg ditakluk, terbukti bila berapa ramainya dr anak turunan Hulagu Khan ni yg menganut Islam.
itulah kelebihan dan keindahan islam!
Post a Comment