Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan'
antara polis dan penduduk kampung yang ekstrim
berlangsung, akhirnya ia tamat di mana menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yang diajar oleh Pas. Al Fatihah...
Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yang dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan.
Mereka-mereka yang ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang,malah ada yang jadi Senator sekarang ini.
Mereka-mereka yang ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang,malah ada yang jadi Senator sekarang ini.
Jika pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yang hanya mementingkan politik dari nyawa ahli-ahli mereka.
Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 29 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka.
Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yang Pas lakukan 29 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.
Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yang Pas lakukan 29 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.
Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya dikebumikan, ada di kalangan orang-orang Pas yang pergi mencurahkan cecair berbau wangi di atas kubur mereka.
Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yang wangi keluar dari kubur mereka yang terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah SWT dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yang berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pas.
Untuk menyuraikan perhimpunan-perhimpunan haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu.
Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi mereka tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik.

Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka di dalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid.
Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk ke masjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yang anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk.
Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah Pas hanya menceritakan orang-orang mereka yang terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yang orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh empat orang anggota polis.
Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yang diajar oleh Pas.
Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang-orang Islam di Malaysia. Ilmu yang beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia-sia selepas menyertai Pas.
Orang yang sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik di luar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan!!!

No comments:
Post a Comment