Kenapa melayu pakatan jadi macam ni ..? Seagama sebangsa dicaci maki secukupnya tetapi dengan kafir harbi disanjungi..dimana ya boleh golongan munafik.....
MENYANJUNG DAN MEMUJI ORANG TANPA DIKETAHUI KEADAAN SEBENARNYA
Sanjungan dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan perkataannya.Akan tetapi sanjungan dan pujian yang baik dan ikhlas terhadap sesama muslim adalah dibolehkan dalam islam.
Namun demikian,sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak sesuai dengan kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam islam dan tergolong amalan orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim.
Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai umat islam menyanjung dan memuji orang-orang yang ingkar kepadanya seperti orang kafir,munafik dan fasik kerana boleh menambahkan kesombongan dan keingkaran mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t marah apabila orang fasik dipuji."
(HR.Ibnu Abiddunya dan Baihaqi).
"Sesungguhnya Allah s.w.t marah apabila orang fasik dipuji."
(HR.Ibnu Abiddunya dan Baihaqi).
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu."
(HR.Muslim)
"Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu."
(HR.Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata.
Kemudian datang Malaikulmaut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah."
Maka tersebar disemua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya:
"Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?"
Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya.
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath."
(Yang Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum."
Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat "Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq."
(Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam."
Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?"
Maka dijawab: "Saya tidak tahu".
Lalu ditanya: "Apakah agamamu?"
Maka dijawab: "Saya tidak tahu"
Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?"
Dijawab: "Saya tidak tahu".
Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?"
Maka dijawab: "Saya tidak tahu"
Maka terdengar suara seruan dari langit:
"Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya.
Kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu."
Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang jelek."
Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat."
5 comments:
Parti dalam Pakatan tidak pernah menyanjung satu sama lain. Ia hanya bekerjasama untuk menjatuhkan barisan yang zalim.
Memuji tindakan yang baik adalah wajib jika tidak merosakkan agama. DAP patut dipuji dalam urus tadbir di Penang sehingga kini.
Umat Islam kebanyakannya selesa kerana Pakatan di Penang berjaya menghidupkan Islam walaupun dikatakan DAP menolak Islam.
Masjid2 penuh dengan ceramah setiap hari. Kebersihan terjaga. Banyak tempat riadah dipasang dengan alatan senaman.
Hanya orang yang tamak rasa susah di Penang.
Jangan hanya pentingka diri sendiri. Mungkin kita kaya tapi fikirlah beribu lagi yang miskin. Macamana mereka nak beramal ibadat jika hidup susah.
Pemimpin yang korup mesti ditegur. Jika tak berubah kita tukar. baru kita maju. Jangan jaga amalan diri sendiri sahaja. Kita mesti mempertikaikan amalan orang atau pemimpin yang salah. Jika tidak, maksiat akan berterusan.
Matinya seorg mukmin sejati dan muttaqin adalah satu kemenangan, kejayaan dan pelepasan dr segala kepayahan dunia.
Matinya seorg yg kufur, adalah penamat kpd segala kesenangan, kemewahan dan kenikmatan dunia bgnya, dan bermula kepayahan, kesusahan, kesengsaraan bgnya, dan bakal berakhir dgn kehinaan dan azab yg besar di Neraka.
Matinya muslim yg fasik, zalim,... hai tunggu aje lah, mcm mcm nanti, itu pun jika tidak mati dlm keadaan Syahadah yg tidak terbatal.
untung di pahang pusat judi lebih tinggi dari kubah masjid.tahniah kutukan dewata memilih pemimpin yang boleh membawa ke neraka.
ramai juga ahli syurga yang komen di sini.alhamdulillah! semoga kekal di syurga!!!
rupanya hadis itu sia-sia saja disiarkan.lupa pulak ada yang tak terima hadis rasulullah!
sah lah puak pas ni syiah.sbb syiah tak percaya pada hadis kerana mereka mengkafirkan sahabat nabi untuk meragukan manusia islam tentang kesahihan hadis!
pas juga khawarij sbb khawarij ni dia aje yang betul orang lain salah.
anon 11.03 jelas jahil agama.tapi cakapnya tu seolah2 dia alim sangat!
untuk anon 11.03 yang alim ulamak.baca ini,dan muhasabah diri.itu pun kalau beriman dengan rukun iman!
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat, kutuk dan
menghina engkau tanpa engkau ketahui.”
Bersabda Rasulullah kepada para sahabat: "Janganlah kamu berbuat GHIBAH!"
Sahabat bertanya: Apakah itu GHIBAH (umpat/mengunjing)?
Nabi saw mjwb: Menceritakan perihal (keburukan/aib) seseorang yang tidak disukainya.
Sahabat lalu bertanya: Bagaimana kalau itu memang kenyataan yang benar tentangnya?
Rasullullah menjawab: Jika ia benar maka kamu sudah berbuat Ghibah, jika ia dusta maka kamu sudah membuat Fitnah!
Post a Comment