SEMBILAN “SITI” YANG PATUT DICONTOHI
Bismillahirohmanirohim,
Alangkah baiknya nama Siti kerana salah satu makna nama Siti membawa erti “isteri Nabi”. Alhamdulillah, di bawah dikongsikan sembilan orang Siti yang patut dijadikan contoh oleh Muslimah agar menjadi wanita yang baik dan mulia sebagaimana mereka. Hmm..tiada Siti Nurhaliza dalam senarai.
❶ SITI KHADIJAH
Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang melahirkan anak-anak baginda. Wanita yang setia dan menyokong Rasulullah SAW walaupun ditentang hebat oleh orang kafir serta musyrik. Dia juga telah menghantar makanan kepada Rasulullah SAW ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
❷ SITI FATIMAH
Puteri Rasulullah SAW yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya, Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kadangkala berbantalkan lengan Ali. Rasulullah SAW pernah berkata “Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali memaafkanmu.”
❸ SITI A’ISHAH
Beliau isteri Rasulullah SAW yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah SAW. Di mana Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
❹ SITI HAJAR
Isteri Nabi Ibrahim yang sangat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah SWT demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali).
❺ SITI MARIAM
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa as. Beliau satu-satunya wanita yang disebut namanya di dalam Al Quran menerusi.
❻ SITI ASIAH
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun. Sepanjang menjadi isteri Firaun, tidak pernah beliau ditiduri Firaun. Beliau mati diseksa Firaun kerana enggan keluar Islam.
❼ SITI AMINAH
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah SAW dan mendidik baginda menjadi insan yang mulia. Rasulullah terasuh dengan baik di dalam masyarakat Jahiliyah namun Rasulullah tidak pernah menyembah berhala dan minum arak (khamar), minuman kegemaran masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu. Rasulullah dikenali sebagai Al-Amin dan seorang yang tak pernah berdusta meskipun sebelum menjadi Rasul.
❽ SITI MUTI’AH
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah SWT syurga untuknya kerana setia dan taat kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan kecantikan untuk tatapan suaminya sahaja. Rasulullah pernah berkata kepada anaknya Fatimah, “ Ummu Mutiah wanita pertama akan masuk syurga” sehingga menangis Fatimah kerana menyangka dirinyalah wanita pertama akan masuk syurga.
❾ SITI ZUBAIDAH
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah Ta’ala.
Semoga isteri, ibu, kakak, adik dan anak kita dapat mencontohi 9 Siti. Amin.
AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
1 comment:
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI JAYA DI NMR (_085-342-064-735) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT
Post a Comment