Saturday, 12 April 2014

DYMM TUANKU SULTAN,YTM TENGKU MAHKOTA PAHANG,PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN!!!



Tuanku sultan!!!Patik sebagai rakyat Pahang mohon tuanku berundur daripada menjadi presiden FAM. Orang dah tak hendak kat kita buat apa kita beria-ia sangat!

Pelbagai cara dah orang buat supaya tuanku berundur termasuklah menggunakan media sosial,perilaku buruk penonton memalukan negara di stadium yang nyata ada dalangnya!

Beberapa orang kebulur nak kan jawatan tuanku! Meremeh dan memperlekehkan tuanku sudah jadi agenda!

Tak cukup dengan pegawai kebulur jawatan di bantu lagi bapak menteri kangkung!!!
 
Letak aje jawatan tu tuanku! Bukan salah tuanku kalau bolasepak Malaysia ni masih berada di takuk lama.

Bukan tugas tuanku melatih dan mengurus pasukan bolasepak Malaysia supaya menjadi pasukan terkuat di dunia ni.Tugas tuanku ialah memastikan FAM terurus dari segi pentadbiran dan penjanaan pendapatan bagi meneruskan kelangsungan bola sepak negara!!!

Berani cakaplah pasukan Malaysia ni kalau ambil Alex Furguson sekali pun tak akan ke mana!Tambah lagi pakar bolasepak dari seluruh dunia datang bantu pasukan Malaysia pun tak ke mana sudahnya!Habis tinggi pun jadi juara peringkat Asia tenggara aje!

Umpama menghantar guru sekolah berprestasi tinggi ke sekolah orang asli di pedalaman dengan mengharapkan mereka ramai dapat 5 A adalah agak keterlaluan!

TAK TAHULAH KALAU PEGAWAI YANG KEBULUR JAWATAN TU JADI PRESIDEN FAM!LAGI PUN DIA MEMANG ANTI RAJA.RAJA DIA SENDIRI PUN PERNAH DIA KUTUK KETIKA KRISIS PERLEMBAGAAN DAHULU!TAK CAYA TANYALAH PEMBANGKANG!

MUNGKIN DIA BOLEH MEMBAWA PASUKAN MALAYSIA MENJUARAI PIALA ASIA KALAU TAK MAMPU KE PIALA DUNIA PUN!

AKU YAKIN DIA BOLEH BUAT DENGAN BANTUAN DAN SOKONGAN MENTERI KANGKUNG!!!

Selama 30 tahun tuanku menjadi presiden FAM,bermakna tuanku telah menjawat kerusi presiden sejak tahun 1984.
 
Dalam ruangan utusan kelmarin, Tuanku sultan dikabarkan bakal melepaskan jawatan.

Patik sebagai penyokong skuad Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala penat lelah Tuanku  sepanjang karier menjadi presiden FAM.

Berilah peluang kepada yang beria-ia sangat nak kan jawatan tersebut sehingga sanggup buat apa saja.Rakyat Pahang lebih memerlukan tuanku yang terkenal dengan keprihatinan dan kemurahan hati membantu rakyat jelata.

Cukuplah setakat ini.Kata-kata hinaan dan nista kejian yang berkumandang biarlah berlalu begitu sahaja!
 
Bangsa yang berkelas rendah adalah bangsa yang tak tahu mengenang jasa dan pengorbanan orang lain!


Kelmarin najib dalam merasmikan akademi bola yang diberikan belanja RM10juta ada menyebut, mengenai RANKING BOLA yang terlalu jauh teruk daripada filipina.

RANKING BOLASEPAK MALAYSIA TIDAK SEPADAN DENGAN FASILITI BOLASEPAK IVORY COAST...
 
MEMANG ITULAH STANDARD MALAYSIA.LETAKLAH MALAIKAT BOLASEPAK SEKALI PUN HASILNYA ITU JUGA!!!

No comments: