JATUHNYA KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH'.
Kerajaan
Bani ‘Abbasiyyah yang diasaskan oleh Abu ‘Abbas as-Saffah itu hanya
sempat bertahan selama 508 tahun (5 kurun) iaitu pada tahun 750 hingga
1258 Masihi. Namun dalam tempoh 400 tahun yang terakhir, pemerintahan
Bani ‘Abbasiyyah hanya tinggal pada nama sahaja.
Keagungan dan kehebatan sebelumnya gagal dikembalikan semula. Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menjadi lemah dan terus merosot. Akhirnya kerajaan ‘Abbasiyyah tumbang pada tahun 1258 Masihi apabila digempur oleh tentera Hulagu Khan. Berikut adalah faktor-faktor kejatuhan kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.

Kelemahan Pemerintah.
Faktor
utama kejatuhan kerajaan ‘Abbasiyyah adalah disebabkan oleh kelemahan
pemerintahnya sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila para pemerintahnya
diperlakukan seperti boneka oleh bangsa Turki.
Selain itu, para khalifah ‘Abbasiyyah pada zaman terakhir pemerintahan, mereka lebih mementingkan kepentingan peribadi serta kehidupan yang mewah tanpa mempedulikan rakyat dibawah pemerintahan mereka.

Keadaan adalah lebih teruk apabila Khalifah al-Mu’tasim Billah termakan nasihat penasihatnya sehingga menyebabkan Kerajaan ‘Abbasiyyah jatuh ketangan Hulagu Khan yang merupakan cucu kepada Genghis Khan.
Ketika itu, pusat pemerintahan ‘Abbasiyyah bertapak di Kota Baghdad, Iraq. Dalam sejarah, kejatuhan itu dilihat berpunca dari kelemahan Khalifah al-Mu’tasim Billah sendiri. Beliau yang hanya mendengar nasihat dari pengampu kerajaan, sedangkan pengampu tersebut mempunyai seribu satu muslihat untuk menjatuhkan pemerintahan Khalifah Islamiah tersebut.
Walaupun
mempunyai kemahiran dalam bidang al-Quran dan as-Sunnah, tetapi
Khalifah al-Mu’tasim Billah merupakan seorang yang kurang cerdik. Beliau
amat mempercayai penasihatnya yang bernama Umayiduddin Muhammad
Al-Aqami, sedangkan ketika itu sudah banyak tindakan-tindakan
Umayiduddin yang amat meragukan.
Segala
nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Umayiduddin, ternyata tidak
memberi sebarang faedah kepada Islam, seperti cadangan mengadakan
hubungan perpaduan dengan Hulagu Khan, walhal ketika itu tentera Hulagu
Khan sudah bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap pusat
pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah di Kota Baghdad tersebut.
Ketua Tentera kerajaan ‘Abbasiyyah bernama Rukunuddin Ad-Daudar telah memberi nasihat kepada Khalifah, tetapi Khalifah tetap meletakkan kepercayaannya kepada Umayiduddin, sedangkan Umayiduddin itu mempunyai ‘Abbasiyyah secara senyap-senyap.
Hulagu
Khan telah menjanjikan jawatan raja kepada Umayiduddin, sekiranya
tentera Hulagu Khan berjaya menguasai Baghdad. Oleh hal yang demikian,
dengan segala kecerdikan yang ada, Umayiduddin telah menggunakannya
untuk memperdayakan Khalifah al-Mu’tasim Billah sehingga Hulagu Khan dan
bala tenteranya berjaya masuk ke kota Baghdad tanpa menghadapi sebarang
kesusahan dan kepayahan.
Sebelum
kejadian itu, beberapa tindakan yang dilakukan oleh Umayiduddin ini
sudah dapat dihidu oleh ketua tentera Kerajaan ‘Abbasiyyah iaitu
Rukunuddin, malahan telah dilaporkan kepada Khalifah. Namun begitu,
disebabkan kebodohan dan sifat “lurus bendul” yang wujud dalam diri
Khalifah al-Mu’tasim Billah, menyebabkan segala laporan yang disampaikan
oleh Rukunuddin tidak dipedulikan.
Memandangkan
Khalifah seorang yang mempunyai sifat ego, sombong, malas, penting diri
dan lurus bendul, dia tidak mengambil peduli terhadap dakwaan
Rukunuddin yang telah lama sangsi akan kewujudan Umayiduddin, sedangkan
Khalifah tidak mahu mempedulikan apa yang diberitahu olehnya.
Umayiduddin
seorang yang mempunyai kebijaksanaan mengungkap ucapan yang menarik,
disamping kepetahan membaca bait ayat-ayat al-Quran, menyebabkan
Khalifah tidak mempercayai segala dakwaan Ketua tentera Kerajaan
‘Abbasiyyah iaitu Rukunuddin.
Serangan Tentera Mongol
Serangan Tentera Mongol
Orang-orang
Mongolia adalah bangsa yang berasal dari Asia Tengah. Negeri mereka
adalah Mongolia yang merupakan sebuah kawasan di negara China. Mereka
terdiri daripada kabilah-kabilah besar yang pelbagai, yang kemudiannya
disatukan oleh Genghis Khan (603-624 H/ 1206-1226 M) .
Mereka
adalah orang Badwi-sahara yang terkenal dengan sikap yang keras kepala
dan suka melakukan kejahatan. Selain itu, mereka juga adalah kelompok
manusia yang suka berperang, merompak, dan menumpahkan darah, serta
menyembah berhala-berhala, bintang-bintang, dan matahari. Mereka memakan
apa sahaja apa yang mereka mahu, dan suka melakukan perkara-perkara
yang hedonisme-permisif.
Pada
tahun 1258 Masihi Baghdad telah jatuh ke tangan bangsa Mongol, ini
bukan sahaja mengakhiri kekuasaan Khilafah Bani ‘Abbasiyyah di sana,
tetapi juga merupakan tanda awal kemunduran politik dan peradaban Islam,
kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan peradaban Islam yang
sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan itu lenyap dimusnahkan oleh
tentera Mongol yang dipimpin Hulagu Khan.
Dalam
kejadian itu, digambarkan bahawa Hulagu Khan menyerang Baghdad dengan
pasukan tentera yang sangat besar. Jumlah tentera Mongol kira-kira
seramai 200 000 orang. Oleh itu, tentera ‘Abbasiyyah tidak mampu
menentang tentera Mongol lalu lari berkurung di dalam kota. Tentera
Mongol terus mengepung kota Baghdad selama 10 hari. Akhirnya, kota
Baghdad jatuh ke tangan tentera Mongol.
Tentera
Mongol memasuki kota Baghdad dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka
temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad telah dihancurkan.
Segala kitab yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam telah
dikumpulkan dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi
hitam (kerana dakwat daripada tulisan kitab-kitab itu).
Pada
saat yang genting tersebut, penasihat kepada Khalifah al-Mu’tasim iaitu
Umayiduddin Muhammad Al-Aqami ingin mengambil kesempatan dengan menipu
Khalifah. Umayiduddin berkata kepada Khalifah al-Mu’tasim.
"Saya telah menemui mereka untuk perjanjian damai. Hulagu Khan ingin mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Bakr Ibn Mu'tashim, putera Khalifah. Dengan demikian, Hulagu Khan akan menjamin kedudukanmu. la tidak menginginkan sesuatu kecuali kepatuhan, sebagaimana saudara-saudaramu terhadap sultan-sultan Seljuk".

Khalifah
al-Mu’tasim menerima usul itu, ia keluar bersama beberapa orang
pengikut dengan membawa mutiara, permata dan hadiah-hadiah berharga
lainnya untuk diserahkan kepada Hulagu Khan.
Hadiah-hadiah itu dibahagi-bahagikan Hulagu kepada para panglimanya. Keberangkatan khalifah disusul oleh para pembesar istana yang terdiri dari ahli fiqh dan orang-orang terpandang serta keluarganya.
Tetapi, sambutan yang diberikan Hulagu Khan sungguh di luar dugaan Khalifah. Apa yang dikatakan wazirnya ternyata tidak benar. Mereka semua, termasuk wazir sendiri, dibunuh dengan leher dipancung secara bergilir-gilir.

No comments:
Post a Comment