Friday 25 April 2014

SYARAT-SYARAT BAHARU MASUK SYURGA!!!!!




Ahli PAS Wajib Turun Demontrasi Jika Mahukan 'SYURGA'



PAS kini sedang melakukan kerahan tenaga dan mewajibkan setiap ahlinya supaya turun ke demontrasi haram yang di rancang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 1 Mei 2014 nanti.


Sudah pastilah antara yang paling beria-ia adalah Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar.Menurut beliau setiap ahli PAS wajib hadir dan pengangkutan di sediakan kepada mereka.


Mahfuz sendiri selaku Ahli Parlimen Pokok Sena di beritakan telah menyediakan sebanyak 2 buah bas untuk membawa penyokong-penyokongnya ke ibu kota bagi meramaikan demontrasi haram yang telah di rancang.


Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut memberitahu PAS Kawasan Sungai Petani telah menyediakan lima buah bas untuk ahli-ahli mereka.


"Perkara ini berjalan, kerahan telah dilakukan tidak kira dalam PAS mahupun PKR dan DAP.


"Walaupun nampak tidak rancak tetapi sambutan himpunan itu akan menepati apa yang kita jangkakan," sambung beliau.


Secara logiknya PAS hari ini tidak lagi seperti dulu dan sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam tindakan mengajak rakyat turun ke jalan raya di lihat banyak pihak sebagai satu tindakan yang tidak membawa sebarang keuntungan khususnya melibatkan moral rakyat.


Agak menghairankan kenapa PAS sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang pasti besar itu semata-mata untuk meramaikan satu gerakan demontrasi yang tidak punya keuntungan khususnya dalam perjuangan Islamnya.


Apakah Islam mengajar umatnya untuk berdemontrasi menentang pemerintah yang sentiasa berusaha untuk memberikan kebaikan kepada rakyatnya ?


PAS sememangnya terkenal dengan sikap keras kepala dan ego pemimpinnya tetapi sayang semua itu di lakukan secara sembrono tanpa melihat kepada kesannya di kemudian hari.


Alasan demontrasi untuk menentang usaha kerajaan melaksanakan GST sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada banyak pihak.Pada ketika rakyat mendesak kerajaan supaya memikirkan tentang kenaikan kos sara hidup maka perlaksanaan GST di lihat sebagai sebahagian daripada kaedah untuk memastikan rakyat tidak terus terbeban.


Mahfuz dan teman PASnya seolah-olah di butakan oleh sahabat-sahabat sekutunya dan mungkin nafsu untuk berkuasa menjadi penghalang kepada mereka untuk memikirkan tentang pendirian sebenar PAS dalam perjuangan politiknya.


PAS hari ini tidak ubah sekadar pelengkap kepada gerakan demi gerakan melalui Pakatan Rakyat yang sebenarnya memberikan banyak keburukan daripada kebaikan bukan sahaja dalam konteks negara tetapi juga terhadap rakyat.


Mereka sebelum ini turut menghantar ramai ahlinya ke setiap demontrasi haram yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat .Soalnya sejauh mana kejayaan demontrasi yang di sertai oleh PAS benar-benar memberikan faedah kepada mereka mahupun rakyat ?


Malah PAS juga menghantar pasukan 'Polis' sukarelawannya sendiri bagi mengawal lalulintas selain daripada menjaga keselamatan penyokong Pakatan di setiap kawasan demontrasi.Menjadikan mereka tidak ubah sekadar pencacai kepada gerakan halus sekutunya dalam Pakatan Rakyat.


Paling meloyakan apabila kerahan yang di buat oleh PAS terhadap ahlinya supaya berdemontrasi seolah-olah menjanjikan syurga !
~UtaraNews.com



KD:



ALMAWARDI KETIKA MENGULAS AYAT 59 SURAH ANNISA MENYATAKAN:
" MAKA ALLAH SWT (MELALUI AYAT INI)MEMFARDUKAN KEATAS KITA TAAT KEPADA PARA PEMERINTAH DARIPADA KALANGAN KITA".


IBNU HAJAR DALAM FATHUL BAARI MENYATAKAN:


"PARA ULAMA TELAH IJMAK MENYATAKAN WAJIB TAAT KEPADA PEMERINTAH YANG BERKUASA DAN BERJIHAD BERSAMANYA".


SEHUBUNGAN DENGAN ITU,MENDERHAKA KEPADA PEMERINTAH ADALAH  SATU DOSA BESAR YANG DILETAKKAN  SEBARIS DENGAN DOSA SYIRIK,MEMBUNUH,MAKAN HARTA ANAK YATIM,MAKAN RIBA,MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA,SEPERTI YANG DISEBUT OLEH IBNU HAJAR DALAM KITABNYA "AZZUWAJIR" BERASASKAN HADIS-HADIS SAHIH RIWAYAT BUKHARI,MUSLIM IBNU ABI HATIM DAN LAINNYA.


TERMASUK DALAM PERBUATAN DERHAKA IALAH MEMBANTAH TANPA MENGIKUT SALURAN YANG SAH APA-APA KEPUTUSAN  PEMERINTAH YANG DIBUAT SECARA SAH BERASASKAN KUASA YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA DALAM MENJALANKAN URUSAN PENTADBIRAN NEGARA.


DALAM SEBUAH HADIS ATTABARANI,RASULLULLAH SAW BERSABDA:


"PENDERHAKA-PENDERHAKA ADALAH KILABUNNAR (ANJING-ANJING NERAKA)"


No comments: