Thursday, 24 April 2014

BIJAK MENGKRITIK ORANG TUA,DIRI SENDIRI LINTANG PUKANG!!!


Khairy kj 'Budak Hingus' Elitis Cakap Saja Berdegar!!!






























Parlimen Belia Malaysia diumumkan oleh PM 
pada 28 Mei 2011, biarpun begitu ia belum 
menjadi realiti malah ditangguhkan beberapa 
kali, dan sehingga hari ini belum ada tarikh 
baru yang diumumkan oleh Menteri 
yang dipertanggungjawabkan.

Pada Julai 2013, Menteri berkenaan, Khairy 
Jamaluddin mendakwa pendaftaran pemilih bagi 
parlimen belia kurang mendapat sambutan 
apabila hanya 15,516 orang saja yang mendaftar 
dari kesemua 222 parlimen.

Masalah itu menyebabkan ianya ditangguhkan, 
beberapa bulan kemudian penyertaan belia 
meningkat sebanyak 310 peratus dan KJ 
menjangkakan ia dapat dilaksanakan pada 
Februari dan April 2014.

Namun setelah sampai waktunya dan pendaftaran 
belia menepati sasaran sekali lagi 
berlakunya penanggguhan yang kali ini 
didakwa berpunca daripada masalah 
teknikal kepada sistem pengundian 
sehingga laman web parlimen belia 
ditutup.

Masalah teknikal serta penutupan laman web 
itu sudah hampir dua bulan  berlaku, pengurusan 
sebegini sangat MEMALUKAN kerana tidak 
padan dengan cakapnya yang berdegar-degar 
dan ia tak patut berlaku dibawah pengurusan 
'budak' lepasan 'oxford'.






























Cacar-marbanya pengurusan KJ itu seolah-
olah ada sesuatu yang tidak kena, sepatutnya 
masalah sistem seperti itu tidak perlu mengambil 
masa berbulan-bulan tanpa kesudahan, sedangkan 
sistem "Instagram' dengan aplikasi 'Lifestyle' 
yang diperkenalkan oleh adik Samy Vellu pun 
boleh digunakan!

Apakah permainan KJ yang sebenarnya ? 
Apakah faktor-faktor permainan seumpama 
ini yang menyebabkan mantan PM Tun Dr 
Mahathir amat begitu marah sekali dengan 
beliau sebelum ini. 'Dah lama dah', sebab 
Tun M berpandangan jauh, kita ni hari ni 
baru nampak.....

Sebaliknya dalam bab bolasepak, KJ dilihat 
begitu bersungguh-sungguh untuk 
membangunkan akademi bolasepak, 
akhirnya Akademi Bolasepak sudahpun 
dilancarkan minggu lalu tanpa sebarang 
masalah dan penangguhan.

















Masihkah kita ingat satu pasukan bolasepak 
yang dikenali dengan nama 'MyTeam' hasil dari 
program realiti yang diusahakan KJ dan DJ 
Jason Lo ? Dimana pasukan 'MyTeam' sekarang ? 

Bagaimana nasib pemain-pemain 'MyTeam' ? 
Adakah nasib mereka semua dibela oleh KJ 
sepertimana berdegar-degarnya ucapan KJ 
yang kononnya membela agama, bangsa dan 
tanahair ?


Lompat si hingus lompat, lompat budak hingus
- Antara aktiviti elitis yang bakal diperkenalkan
oleh 'Kementerian' dua sahabat baik ini!!!

























Antara Parlimen Belia Malaysia dan Akademi 
bolasepak Negara, KJ lebih berminat untuk fokus 
kepada akedemi bolasepak, kenapa ? Adakah 
kerana akademi bolasepak punyai ruang untuk 
menjana keuntungan menerusi penajaan syarikat 
korporat manakala Parlimen Belia Malaysia pula 
tidak membawa apa-apa keuntungan ???

Pada tahun 2006 KJ pernah berkata, pihak 
pengurusan MyTeam tetap melihat siri 
realiti sukan pertama itu mampu dieksport ke 
luar negara jika cadangan meneruskan musim 
keduanya gagal mendapat kerjasama FAM.

"Kami masih boleh memikirkan alternatif dan 
tidak akan hanya bergantung kepada satu 
pihak dengan mengadakan MyTeam di 
negara jiran,''.

Faktor KJ prihatin dengan masa depan bolasepak 
negara sama sekali tidak terpakai dan ianya jauh 
tersasar, berdasarkan kenyataan berstatus 
ugutan mirip ugutan syarikat penerbangan 
AirAsia itu, ia tidak menampakkan akan 
keprihatinan KJ kepada masa depan 
bolasepak negara selain masa depan beliau 
dan Jason Lo, membuat keuntungan....
Lepas kenyang hasil 'MyTeam'....... 
MIMMA ......





DJ Jasan Lo tubuh persatuan supaya senang
KJ nak salurkan fund dari kementerian milik
bapak KJ






























Terlalu banyak KJ mencipta isu, pokoknya 
adalah cakap saja berdegar-degar, kalau 
dengar KJ bercakap, peghhhhhhh, 
memang dasyat, terpukau habis!!! Lebih-
lebih lagi  dalam ucapan berskrip 
setiap tahun dalam Perhimpunan Agung 
Umno seolah-olah berada dalam syurga 
bodohwi.

Jika faktor KJ Pak Lah bersara awal, jika 
faktor KJ BN tewas teruk dan tumbangnya 
beberapa negeri ketangan pembangkang, 
apakah faktor KJ juga BN akan menjadi 
pembangkang dan lupus selepas PRU 14 nanti.

Tidak dinafikan hari ini golongan muda 
khasnya mahasiswa dilihat berpihak kepada 
BN, antara penyumbang kepada faktor 
itu adalah terpengaruh dengan berdegar-
degarnya ucapan KJ disamping idea-idea 
moden mirip pembangkang, namun 
golongan muda ini pasti akan beralih 
arah apabila menyedari segala yang 
pernah diungkapkan KJ semuanya retorik 
yang tidak lebih sekadar meraih populariti 
bagi mencapai matlamat peribadi.

KJ dalam persediaan bagi merealisasikan 
impiannya untuk menjadi Perdana Menteri 
sebenarnya adalah dari spesis sama dengan 
peliwat tegar yang turut berkongsi cita-cita 
yang sama.... Anda Mampu Mengubahnya 
-gelombangkick.
KJ ? Kepala Jahat !!!

2 comments:

Anonymous said...

Kalau pemimpin macam ni pun dikategorikan sebagai teruk , dah confirm barisan dah tak ade siape dah.

Pemuda semua wajib tukar ke Pakatan.

Kutukandewata said...

tukarlah,orang umno bukan macam orang pas!segala kelemahan pemimpin wajib di tegur! barulah ada perubahan dan penambahbaikan mutu perkhidmatan!

lain dengan orang pas! mereka pak turut yang tak berani menegur keburukan yang telah pemimpin mereka lakukan!malah mereka beria-ia membela keburukan pemimpin mereka!sah dan nyata pas adalah pengamal assobiyyah!

sbb itu Allah selalu menangguhkan kemenangan pas memerintah malaysia!

pas ternyata gagal mendapat sokongan orang melayu islam.sbb itu pas beria-ia nak mendapat kan sokong orang2 kafir sehingga terpaksa menggadai prinsip parti dan maruah diri!