Friday, 18 April 2014

MATI KEMALANGAN PUN SALAH UMNO JUGA???

Untitled



Tersebar meluas di laman Facebook di mana seorang pengguna Facebook yang mengaku dirinya anak saudara kepada mendiang Karpal Singh mendakwa kemalangan telah dirancangan oleh Kerajaan.

Kita memahami saat ini ahli keluarga mendiang pastinya sedih dengan berita yang mengejutkan ini. Tetapi apabila membuat tuduhan membabi buta seperti ini, ia adalah satu tindakan yang melampau.

Apa yang dilaporkan oleh media, kemalangan mungkin berlaku disebabkan kereta mendiang Karpal dipandu laju dan tambahan pula kenderaan itu memiliki rekod 29 kesalahan trafik yang banyak masih belum dibayar.

Kenapa kaitkan dengan politik? Jelas sekali, Anil JS mencabar pihak berkuasa untuk melakukan tangkapan ke atas dirinya.

Kalau dah siap memfitnah kononnya kemalangan dirancang, memang sesuatu tindakan yang agak berani dan Anil JS perlu ditahan untuk siasatan lanjut. Lebih-lebih lagi kes ini melibatkan individu yang berprofil tinggi.

Tindakan mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah dia mengetahui apa yang berlaku sehingga terjadinya kemalangan tersebut. -mediahub/terengganutoday

6 comments:

Anonymous said...

Cerita provokasi jugakah yang kita bincangkan? Banyak dah dengar kes facebook ni tapi tiada hukuman pun. Terutama ianya dari kalangan penyokong pimpinan sekarang.

Cuba lihat Zul Nordin. Harap KJ yang cerdik sikit yang komen.

Kutukandewata said...

zul nordin hanya menyatakan halangan pas sudah tiada lagi!

Anonymous said...

KJ yg akn merosakan perjuangan pemuda itu sendiri..jadi menteri pun mulut celupar..perasan sendiri diri tu hebat...zul nordin sangup keluar dari PKR demi perjuangan yg benar..tp KJ tu anti ngan zul..

Anonymous said...

Anon 10.53. Kau tak lihat atau tak nak lihat. Apa jawatan zul dapat dalam kerajaan sekarang? Dalam pkr tak dapat apa, kerana perjuangan pakatan untuk rakyat.

KJ dah nampak tu... Korang bukalah mata.

Kutukandewata said...

perjuangan pakatan hanyalah mengekalkan pemimpin pujaan mereka agar dapat terus jadi YB! dia orang serupa itu juga! serupa juga dalam umno,ahli di peralatkan untuk mereka mengekalkan kedudukan dan kuasa! ahli di minta berjuang untuk parti,utamakan parti,undi siapa saja yang pucuk pimpinan pilih sebagaai calon,walaupun calon itu low class punya calon!

ahli utamakan parti,pemimpin utamakan diri sendiri dan jaga kroni!

akhirnya umno menuju mati!!!

Anonymous said...

Tuan. Betul pengundi pakatan rela diperalatkan oleh calon mereka. Kadang2 low class kerana asal dari orang biasa. Bukan kerabat kaya raya.

Ini kerana calon mereka tidak rasuah, menipu, bermewah2. Mereka berani. Mengaku silap jika tersilap. Hidup ala kadar je kecuali untuk acara rasmi.

Mungkin ada slah silap sikit. Maklum manusia. Tapi taklah melibat jutaan ringit. Tak jadi kes mahkamah pun setakat ni. Mungkin sebenarnya silap pentadbiran dan bukannya salah pentadbiran atau rasuah.

Kalau ada yang tergelincir betul, pemimpin lain akan tegur. Yang terima teguran akur, yang tak terima kena TENDANG keluar. Panas.

Isteri mereka tak boros. Tak menonjol kecuali terpaksa. Pakaian bagi yang Islam menunjukkan tauladan yang baik.

Anak2 ada yang terlibat. Tapi tak ade dalam kepala nampak duit. Silap2 ikut jejak bapa masuk penjara.

Dan yang paling penting. Berani kerana benar.

Dengar macam baik betulkan?

Tak juga. Tapi jauh lebih baik dari kebanyakan pemimpin barisan.