Sunday 20 April 2014

TEORI DOMINO CINA UNTUK BERKUASA!!!



ELEMEN PERKAUMAN & RASIS




Salam Perjuangan

Pertama kita kena lihat apakah punca gerakan berbentuk perkauman ini??? sebelum ini melayu, cina & india tidak langsung berjuang demi perkauman 'secara nyata'... bentuk perjuangan ini hanya timbul beberapa ketika ini...

Pencetus atau punca pertama yg saya dapat lihat ialah sejurus sebelum PRU 12 kaum cina & India dilihat 'memberontak' mempersoalkan hak keistimewaan yg diperuntukkan kepada Kaum Melayu... malahan mereka sewenangnya secara terbuka memfitnah kononnya ditindas dan sebagainya... lihat gerak geri HINDRAF, DAP malahan PKR waktu itu...



Kenapa mereka memainkan sentimen perkauman ini... nah! rupanya bertujuan memesongkan pemikiran rakyat dari melihat isu sebenar dan paling utama iaitu PERPADUAN kepada politik perkauman yg sempit... terbukti dengan BN tewas kepada Pakatan Rakyat hasil undi Cina & India yang berubah arah dan disokong undi melayu hasil penangan pembebasan Anwar Ibrahim....

Kenapa bermula ketika itu dan sehingga kini kaum cina & india terus menerus berani menghina kaum melayu dan bertindak atas politik perkauman... Mereka berani kerana ada melayu yang dengan rela menjadi pengkhianat dengan menyokong tuntutan tidak munasabah kaum Cina & India... Anwar Ibrahim dengan kepetahan hujah dan karisma beliau disokong oleh 'fatwa' daripada PAS merupakan pakej lengkap untuk menjahanamkan kestabilan negara...

Kerelaaan Anwar (PKR) dan PAS menjadi 'si kitol' aka petualang bangsa hanyalah satu iaitu demi kuasa... menjatuhkan BN dan memerintah... namun apakah mereka tidak berfikir jauh nanti jika Allah mentakdirkan Pakatan Berkuasa... apakah nasib dan letaknya kedudukan bangsa melayu & Islam ketika itu apabila hak bangsa dan martabat Islam telah kita lacurkan dan gadai demi kuasa...

Lihat sahaja PAS sanggup menolak perjuangan demi Islam dan rela mengeluarkan 'fatwa' mengelirukan dengan pentafsiran laksana pengamal 'Islam Liberal' demi meng'halal'kan tindakan DAP walaupun parti ini terang-terangan memusuhi Islam malahan bersikap 'rasis' terhadap melayu dan Islam.


Melayu di dalam PKR pula lantang mengkritik bangsa melayu & semangat nasionalisme... hinggakan hak keistimewaan bangsa sendiri (melayu) dipersoalkan dan dikatakan tidak relevan... malahan turut menyokong idea 'kesamarataan' walaupun jelas realiti bangsa melayu yg masih gagal bersaing walaupun menerima bantuan...




Istilah 'RASIS' seingat saya mula digunakan apabila melayu mula 'vokal' mempertahankan hak keistimewaan ini dari terus dipersoalkan bangsa lain. 

Istilah ini mula digunakan oleh pemimpin CINA... Apa yang menghairankan tindakan bangkit mempertahankan hak ini dianggap 'rasis' malahan dalam kes tertentu ada pemimpin melayu yang dihukum kerana kenyataan 'SEBENAR' yg disampaikan. 

Yang jelas Kerajaan, Parti Politik & Pemimpin mengamalkan 'double standard' dalam perkara ini kerana kaum cina dan india yang mempersoalkan & mencabar hak keistimewaan Melayu seperti diberikan keistimewaan dengan tidak dihukum dan sewenangnya diberikan ruang untuk terus menerus memainkan isu perkauman ini...

FIKIRKAN... SIAPA YANG RASIS??? Kaum yang mempersoalkan hak kaum lain... atau kaum yang bertindak mempertahankan hak mereka akibat dicabar...

Kesimpulan yang dapat saya lihat dan jangkakan... politik perkauman SUDAH PARAH... kenapa??? analisis saya pada PRU 14 jelas ditentukan oleh pola politik perkauman ini. 


Kaum cina 'confirm' (melebihi 85%) akan memusatkan undi bagi memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Malahan 50% kaum India  turut memberikan PR undi mereka... manakala 'si kitol' & petualang bangsa Melayu turut  mengundi PR menerusi PKR & PAS...

Apa akan jadi nanti??? skrip drama pemerintahan Pakatan Rakyat sudah dipentaskan di PERAK, SELANGOR & PULAU PINANG. Itulah yang akan berlaku pada negara jika Pakatan Rakyat memerintah. 


Seingat saya pengarah lakonan malahan watak utama bukan lagi dilakonkan oleh bangsa Melayu sebaliknya bangsa Cina menjadi watak dominan dalam pementasan drama ini.Malahan pengarah pementasan turut dipegang oleh Cina.

Nasib bangsa Melayu??? 


Lihat sahaja pada babak pementasan di PERAK, SELANGOR & PULAU PINANG... itulah nasib melayu... secara tersusun dan terancang watak Melayu digugurkan satu persatu... nescaya jika dibiarkan Melayu akan hanya menjadi penonton sepi yang tiada lagi kuasa menentukan perjalanan pementasan ini... malahan maruah, harga diri, hak dan kuasa akan dinafikan...


Hanya satu jalan sahaja bagi menyelamatkan maruah dan kewujudan negara bangsa yang penuh toleransi ini... Melayu perlu bersatu... bersatu dalam bentuk 'tulen' tanpa prejudis... kita bersatu kali ini bukan lagi demi PARTI... tetapi demi survival bangsa MELAYU dan agama ISLAM... 

Bersatu, jika kita gagal maka musnah dan punahlah nasib bangsa dan agama kita... Kegagalan bersatu akan menyebabkan gelap dan meranalah masa hadapan generasi kita yang akan datang... Bersatu demi memastikan Pakatan Rakyat tidak menjadi tuan di bumi bertuah ini...

Namun apa yang menjadi DILEMA apakah Kaum Melayu yang terkenal dengan keegoan dan bodoh akibat 'keras kepala' ini mampu mengetepikan halangan demi penyatuan ini? 


Inilah yang diharapkan Pakatan Rakyat (Kaum Cina). Kerana kegagalan Melayu bersatu sebenarnya bererti kemenangan kepada Kaum Cina... dan 'TEORI DOMINO' kejatuhan kerajaan BN yang sudahpun bermula yang begitu lama dirancangkan menerusi 'ops tanjung' oleh DAP bakal menjadi kenyataan.

Tepuk dada tanya Iman... Teruskan Perjuangan...


by 

No comments: