Saturday, 26 April 2014

ULAMAK SU' EJEN KE NERAKA!!!

ULAMAK SU' BOLEH MENGHERET KITA KE NEREKA???!!!





ULAMAK TERBILANG PEWARIS NABI!!!


JEMAAH YANG SERING TERTIPU KERANA TOK GURU SELALU CAKAP JANGAN GUNA LOGIK AKAL!!!

Rasulullah pernah bersabda; "Di akhir zaman akan muncul orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu kambing untuk mempamerkan zuhud mereka, lisan mereka lebih manis dari gula, namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan)…" (HR. Tirmidzi). 


Fenomena ini menyebabkan timbulnya ramai ulama su' yang sudah tentu pekerjaannya merosak, mengacau dan menyesatkan ummah. Ulama jenis ini sanggup dipergunakan oleh golongan ‘asi (jahat lagi berdosa) untuk bersekutu dengan musuh-musuh Islam terdiri dari kaum kafir harbi dan golongan munafiq untuk menjatuhkan umat Islam yang lain. 

Ulama su' sering mengajarkan tipu daya dan memutar belit untuk mencari mana-mana hukum Allah untuk menghalalkan segala perbuatan salah pengikut mereka, sehingga hukum dan peraturan boleh dipermainkan.  

Mereka juga sanggup berbohong demi merosakan maruah orang lain agar dirinya ternama. Mereka inilah ulama palsu yang rela menjadi hamba kepada Dajjal si perosak.
Di antara ulama su' ada juga kelompok yang mengajak kepada kebaikan, namun tidak pernah memberikan contoh yang baik. 


Begitu mudahnya bangsa kita, terpengaruh dengan manusia bertopeng agama. Konon sepanjang hidupnya bergelumang dosa, mengisytihar diri bertaubat nasuha, serban besar berjubah meleret pakai saja, janggut sejemput dibuat ada, lebam di dahi sengaja dicipta. 

Cakap sikit pasal agama diselang-seli lawak jenaka. Hebat, menuduh orang lain celaka, terus diangkat jadi penceramah terkemuka. Walaupun ilmu agama tak setara mana, hanya sebulan dua mengaji agama, bebas bertazkirah sini dan sana. 

Habis ceramah karung dihulur jua, tak cukup kopiah, baldi pun diguna, kepada pendengar derma dipinta, konon untuk jihad kita, tapi duit lesap entah ke mana. Mereka juga yang kaya-raya, anak bininya yang kenyang makan derma kita.  Kita yang tertipu jua dengan sandiwara ciptaan ulama wahan fil’ dunia (cinta dunia). 
          
Ceramah-ceramah agama dari ulama muktabar kian berkurangan kerana diganti oleh ceramah-ceramah ulama su’ dan penglipur lara.

Begitulah fenomena di Malaysia kini apabila semakin ramai yang mengisytiharkan diri sebagai ulama dan ahli agama sedangkan mereka tidak mempunyai kriteria khusus yang selayaknya bergelar sedemikian.

Hanya kerana pandai bercakap dan maki hamun sesama manusia, diselang-seli dengan ayat-ayat Quran, hadis dan sunnah anbiya, kita mudah saja menabalkan diri mereka sebagai ustaz dan ulama ternama. 


Ulama Ibnul Qayyim berkata : "Ulama su' duduk di depan pintu surga dan mengajak manusia untuk masuk ke dalamnya dengan ucapan dan seruan-seruan mereka. 

Dan mengajak manusia untuk masuk ke dalam neraka dengan perbuatan dan tindakannya. Ucapan mereka berkata kepada manusia: 'Ke marilah! Ke marilah!' 

Sedangkan perbuatan mereka berkata: Janganlah engkau dengarkan seruan mereka. Seandainya seruan mereka itu benar, tentu mereka menjadi orang pertama yang akan memenuhi seruan itu." 

Seorang tabi’in terkenal; Asy-Sya'bi pernah berkata: "Akan ada sekelompok penduduk syurga yang melihat sekelompok penduduk neraka. Lalu penduduk syurga menyapa mereka dengan penuh kehairanan, 

'Apa yang membuat kalian masuk neraka, padahal kami masuk syurga kerana jasa didikan dan ajaranmu?' 

Mereka menjawab: Sesungguhnya kami memerintahkan kalian melakukan kebaikan namun kami sendiri melakukan kejahatan." 


Ada kalangan ulama dan pendakwah dengan manisnya mengatakan bahwa tugasnya adalah berdakwah demi kesejahteraan Islam, namun di waktu lain pula ia membolehkan, bahkan mengajak umat Islam untuk memilih musuh-musuh Islam sebagai pemimpin meskipun menyedari musuh-musuh itu akan memudaratkan ummah, agama dan negara. 

Ulama su' turut berpura-pura mengajak ummah  kepada kebaikan, namun dengan cara-cara kefasikan, seperti berdakwah dengan maki hamun. Mulutnya sentiasa menjanjikan pahala  dan syurga namun sikapnya mengajak orang lain bermusuh-musuhan. Mereka gemar berdakwah cara melawak, namun caci maki tetap menjadi rencah wajib dalam setiap ceramah demi melampiaskan kemarahannya. 

Quran dan Hadis sering digunakan untuk menghalalkan segala pendustaan mereka. Jenis ulama penghibur ini tidak mengikuti aturan dakwah dalam syariat Islam sebaliknya, mengikuti nafsu demi mengejar nama. 

Mereka lupa akan ancaman Rasulullah; "Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan murka manusia, maka Allah mencukupinya dari manusia. Dan barangsiapa mencari redha manusia dengan (menyebabkan) kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan dirinya kepada manusia." (HR. Tirmidzi).
Umar r.a berkata kepada Ziyad bin Hudair"Apakah kamu mengerti apa yang merosak Islam?" Ziyad berkata: "Tidak." Umar berkata: "Tergelincirnya seorang alim, debatnya orang munafik dengan ayat Al-Qur'an dan (penetapan) hukumnya oleh para imam yang menyesatkan." (HR. Ad-Darimi). 

Sesungguhnya ulama su' adalah ulama fasik yang terlebih dahulu akan dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka bersama para pengikutnya sebelum para penyembah berhala kerana ulama fasik telah berdosa merosakkan agama, ummah dan negara. 

Oleh itu, jangan sampai Allah menurunkan bala dan kehinaan ke atas umat Islam disebabkan oleh kejahilan kita mengikuti ulama-ulama perosak ini. Kembali kepada jalan benar yang diredhai Allah dan Rasul semoga hidup kita kekal bahagia.

No comments: