Monday, 28 April 2014

KALAU MEREKA BOLEH BERGABUNG MENENTANG HUDUD, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH BERGABUNG MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN!??





Kepada pemimpin dan penyokong kedua-dua parti politik Islam Terbesar di Malaysia PAS & UMNO , sampai bila kita nak tengok jer DAP, GERAKAN DAN MCA secara terang - terangan 'bergabung' menentang HUDUD , nampakkan agenda mereka??? 

Tetapi di pihak ISLAM takut untuk berpadu dalam pelaksanaan salah satu sistem syariah tersebut. sampai bila dan bila lagi wahai PAS & UMNO ??! wahai orang Islam??! Bergaduh sesama sendiri!

Wahai orang Melayu, sedarlah dari buaian mimpi yang tidak pasti. Sedarlah maruah bangsa kini dicemari oleh penghinaan yang amat dahsyat. Penghinaan yang telah sampai ke tahap yang tidak dapat diterima oleh aruah-aruah yang telah memperjuangkan bagi menaikan mertabat orang-orang Melayu. 

Sedarlah, kini bangsa Melayu tidak lagi dihormati malahan dihina dan di keji sehingga agama Islam tidak terlepas daripada dipermainkan dan dihina. Sedarlah sebelum terlambat, rapatkan saf-saf naikkan kembali maruah dan mertabat orang Melayu dan agama Islam. Ketepikan fahaman politik atas dasar persaudaraan sesama Islam.

4 comments:

Anonymous said...

4 mazhab fekah ASWJ berbeza pendapat, pandangan dan ijtihad imam imam dan ulama' ulama'nya, tp tak bersengketa, tak bermusuh dan saling menghormati.
Jika difahami dan dihayati prinsip prinsip Islam sebenar yg jadi pegangan dan amalan imam imam dan ulama' ulama' ASWJ kita, serta tolak ansur mrk dan sikap mrk dlm berbeza pendapat, tentu tak jadi masalah utk bersama bersatu dan bekerjasama.
Kena saling menghormati, jgn salah menyalahkan atau memperkecil satu pihak kpd pihak yg lain. Masing masing ada peranan dan sumbangannya.
Ayat 55 Surah Al Mukminun, menjelaskan, umat berpecah kerana setiap kumpulan berbangga, merasa hebat, dan merasa benar sendiri dgn kumpulan masing masing. Kena buang sikap dan sifat ini, barulah tak sukar utk bekerjasama.

Anonymous said...

Bagaimana perpaduan boleh wujud? Jika ia hanya terletak pada kata2 dan gambar2.

Sedangkan perbuatan satu pihak jauh menyimpang dari maksud sebenar. Secara langsung menerangkan maksud hati walaupun hanya ALLAH yang tahu hati masing2.

Pejuang Islam sebenar tidak goyah kerana tahu ALLAH sentiasa bersama. Pejuang dan pemimpin datang dan pergi. Hanya mengharapkan redha ALLAH dan pengampunan di atas dosa sebagai manusia biasa.

Pejuang Islam dunia berpaksikan nilai wang dan pangkat dengan nama Islam. Sentiasa gentar jika manusia sedar tindakannya. Namun masih juga berharap redha ALLAH. ALLAH maha pengampun tetapi sempatkah mereka meminta ampun???

ALLAH maha adil.



.

Kutukandewata said...

ketika umno menyatakan sokongan untuk hudud yang akan pas bentangkan di parlimen pada jun nanti janganlah ada pihak yang berburuk sangka dengan mempertikaikan niat umno!

ketika umno menyokong hudud,ada pulak puak pkr dan dap menyatakan umno guna hudud untuk pech belahkn pakatan! wal hal bukan umno yang akan bentang draf hudud tersebut!!

Usin Malaun said...

masa bila UMNO sokong hudud tp sokong judi ada la.tengok pusat judi genting lebih tinggi dari kubah masjid.negara islam katakan.